About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Thursday, June 19, 2014

Takziah kepada ahli keluarga Syuhada Baharudin

haii.. you all pernah masuk tak blog Syuhada Baharudin ni?? N pernah masuk beberapa kali dan baru je tahun ni mengenali blog tersebut.

Takziah kepada ahli keluarga Syuhada Baharudin

Tapi perkara yang tak dijangka-jangka berlaku. N baru kunjung ke beberapa buah blog (cikguzamrud) dan dapat perkhabaran yang sama. Blogger Syuhada Baharudin ni dah pergi meninggalkan dunia semalam. Oleh kerana N tak tahu perkembangan pasal blogger ni, nak cerita panjang pun tak tahu tentang pemergiannya.

Tapi apa-apa pun N rasa sebak dengan berita ni. N sangat suka baca blog arwah sebab banyak info yang sangat berguna dan boleh diguna pakai. Mesti semua orang yang selalu mengunjungi blognya akan rindu dengan update-update terbaru. 

Latest entrynya adalah Senarai Peserta GiveAway Tunai RM500 By SyuhadaBaharudin.com. Yang buat N lagi sedih, giveaway yang dilakukan sempena ulangtahun perkahwinan yang ke 8, yang memberi hadiah lumayan bertarikh 3 jun akan berakhir pada 30 Jun.. Masih ada lagi11 hari lagi tapi.... sob sob. Arwah telah merasmikan Giveaway ni pada 3 Jun 2014 tapi tak sempat nak habiskan, urmm .. Print screen dan peserta terakhir giveaway ni.. Bergenang air mata lepas baca

Takziah kepada ahli keluarga Syuhada Baharudin

Sekarang ni walaupun tuan blog dah tiada, N berharap yang blognya sentiasa dibanjiri dengan pelawat yang tak henti-henti. Banyak info dan maklumat-maklumat berguna boleh dibaca di sana. Semoga blognya dijadikan satu tempat dan sumber yang memberi banyak ilmu dan manfaat kepada orang ramai selari dengan moto blognya "Manfaatkan kehidupan".

Dan tak lupa juga, marilah ramai-ramai mendoakan kesejahteraan arwah Syuhada Baharudin di sana.. Semoga arwah dipermudahkan dan disenangi di alam sana seperti mana dia disenangi di alam dunia.. Al- Fatihah

5 comments:

  1. salam. al-fatihah buat arwah..semoga rohnya tenang disana

    ReplyDelete
  2. yurp, jom ramai-ramai doa.. sedih lagi sekarang ni walaupun N tak berapa nak kenal dengan dia

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D