About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Friday, July 18, 2014

MH 17 Dugaan buat kali kedua untuk Malaysia pada tahun 2014

Salam takziah buat ahli keluarga penumpang MH 17. Di harap pada bulan Ramadhan yang mulia ni kuatkan iman dan banyak bersabar. Maut tak kira mangsa dan boleh berlaku di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Tak boleh N bayangkan bagaimana sebaknya hati bila terjadi perkara yang tidak diingini oleh ahli keluarga.

Seperti yang kita semua maklum dan dah tersebar luas berkenaan tragedi MH 17 yang baru sangat menimpa Malaysia. Terkejut tak payah cakap la bila bangun nak bersahur pagi tadi jam 4 pagi, ahli keluarga semua tengah mengadap TV dengar cerita pasal MH 17

Di khabarkan pesawat MH 17 jenis Boeing 777 telah ditembak dan jatuh terhempas di Ukraine. Pesawat tersebut berlepas dari Amsterdam pada jam 12.15 waktu tempatan dan bakal smapai ke KLIA pada jam 6.10 pagi waktu tempatan. Tapi tak sempat pun nak sampai.. Huhuuu sedih bila dengar perkhabaran macam ni.

Semua 280 penumpang dan 15 orang krew telah terkorban dalam tragedi. Pelik betul, angkara siapa semua ni. Mengapa MH 17 ditembak dan siapa yang tembak. Adakah Malaysia bermusuhan dengan mereka?? Orang yang tembak tu mesti bertanggungjawab sebab MH 17 bukan pesawat ketenteraan yang diterbangkan untuk mencari maklumat mahupun menyerang mana-mana negara.. Tetapi pesawat MH 17 merupakan pesawat komersil berjadual yang membawa orang awam. Semua orang pun boleh tahu bila pesawat tersebut akan berlepas, perjalanan dan juga waktu sampai ke destinasi. 

Yang paling sedih bila tengok gambar-gambar yang dipaparkan dalam TV pagi tadi. Dalam salah satu gambar siap ada mangsa yang masih lengkap anggota tubuh. Tak sangka N sebab selalunya kalau kejadian kapal terbang meletup or what so ever dah pastilah satu mayat pun tak dijumpai takpun anggota badan dah berkecai dan terbakar kerana letupan. 

MH 17 Dugaan buat kali kedua untuk Malaysia pada tahun 2014

Tak sangka perkara macam ni akan berlaku. Tragedi MH 370 pun tak selesai lagi, dah muncul lagi satu tragedi. Memang tragedi ni merupakan dugaan kali kedua buat seluruh Malaysia dalam tahun yang sama 2014. Tragedi MH 370 masih tak dijumpai kotak hitamnya tetapi berharap yang MH 17 dapat diselesaikan dengan segera melalui kotak hitamnya. Marilah kita doakan yang terbaik untuk misi mencari penyebab tragedi dan tak lupa doa untuk keamanan Palestina.

Bacaan lain:

2 comments:

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D