Seronoknya bila penat-penat balik kerja, bergurau senda dengan anak. Masa ni lah nak bermanja-manja dengan Baby Asy. Baby Asy pun tak kisah, lagi melayan lagi dia suka. Biasalah masih peringkat bayi lah katakan. Nanti esok dah besar dah tak boleh nak manja-manja macam sekarang. Nanti pada masa akan datang mesti N rindu saat-saat dia sekarang ni..
Ouchh!!! Jauh betul N fikir.. Huhuuu. Cepat sungguh dia membesar, rasa macam nak berhentikan masa dan biar sentiasa kekal macam ni :D
But life are not as simple as that, mana boleh suka-suka nak play and pause. Dan keadaan macam tu memang takkan sesekali wujud di alam nyata ni. Tapi kalau dalam movie ada la..
Melayan baby asy ni memang seronok sebabnya kalau N agah macam mana pun dia akan gelak. Tapi ikut mood dia juga la dan lagi satu mungkin sebab N dah tahu cara dan style yang boleh diguna pakai untuk baby asy. Tapi cara N tak semestinya boleh guna kat baby lain sebab baby biasanya akan mudah gelak bila bersama dengan orang yang paling terdekat dengannya.
N ada buat eksperimen dekat anak buah. Macam mana N buat kat baby asy macam tu jugalah N buat kat dia.. Ternyata tak berkesan.. huhu Mungkin sebab N tak rapat dengannya dan dia pun tak biasa. Buat muka pelik lagi ada la.. N pula yang macam kesian kat situ sebab takder respon. Muka pun serius je. Baby bila muka serius pun kelakar. Last-last N yang tergelak sorang-sorang..
Apa yang seronok lagi bila layan baby asy ni, kadang-kadang bila tak agah pun dia akan gelak.. Happy je dia. Seronok kalau dapat jadi baby. Masa ni kami tengah wefie. Bukan main lagi gelak sengih-sengih dia macam N tengah buat lawak.. Hohoo
melayan anak2 memang menyeronokkan...
ReplyDeletedgr baby gelak mmg boleh hilang segala stress keje...huhu
ReplyDeleteseronok layan anak..sampaikan kat tempat kerja, rindu je
ReplyDeleteMungkin dengan awak je Baby Asy sronok.. ada sudut kesronokan kat dri awak yg mnjadi tarikan untuk dia.. unik, unik.. :)
ReplyDelete