About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Wednesday, February 12, 2014

Apakah itu LINK / HYPERLINK?

Apakah itu Hyperlink?

Secaranya ringkasnya Hyperlink membawa maksud Pautan.

Hyperlink = Pautan

Hyperlink boleh dijumpai dalam pelbagai jenis bentuk dan ianya terpulang kepada penulis dan motif pautan yang dibuat.

-------------------------------------------------------------

Bagaimana Hyperlink berfungsi?

Hyperlink berfungsi apabila anda menekan perkataan Hyperlink tersebut dan ianya akan membawa anda kepada sebuah laman sesawang yang lain. Cara nak kenalpasti samada ianya adalah Hyperlink ataupun tidak adalah dengan menggerakkan cursor anda ke perkataan Hyperlink dan perkataan tersebut akan bergaris secara automatik dan bertukar warna. Tapi selalunya warna Hyperlink ni lain dari warna ayat yang lain. Ada juga laman sesawang yang disable garisan apabila cursor menyentuh perkataan Hyperlink tersebut.

-------------------------------------------------------------

Bagaimana bentuk Hyperlink?

Hyperlink boleh dijumpai dalam bentuk kata (text ataupun ayat) dan juga gambar yang dapat menghubungkan anda ke laman sesawang sendiri (Internal Link : Pautan Dalaman) mahupun tempat lain (External Link : Pautan Luaran).

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Contoh Hyperlink menerusi kata adalah seperti di bawah. Hyperlink jenis ni sangat ringkas dan tak banyak maklumat.

Hyperlink Kata atau text (Internal Link) : Scrapbook (cuba klik)
Hyperlink di atas menghubungkan anda kepada salah satu laman dalam blog N. Hyperlink di atas adalah pautan yang diambil dari salah satu label dalam blog N.

Hyperlink Kata atau text (External Link) : Hantaran (cuba klik)
Hyperlink di atas menghubungkan anda kepada salah satu laman dalam blog orang lain ( blog N juga tapi blog yang lain :D ). Hyperlink di atas diambil dari salah satu tajuk entry blog luar.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Contoh Hyperlink menerusi ayat adalah seperti di bawah. Boleh buat Hyperlink panjang-panjang supaya orang lain boleh tahu lagi banyak maklumat sebelum masuk ke laman sesawang tersebut. Boleh buat dalam bentuk soalan mahupun kenyataan.



-------------------------------------------------------------

Nantikan kemunculan entry di bawah.. N akan update bila ada masa yaa..

Apakah kegunaan Hyperlink?

Bagaimana nak buat Hyperlink?

2 comments:

  1. Bagus entry ni. Wan leh blaja ilmu baru. Hyperlink. Good job.

    ReplyDelete
  2. Mohd Ridzwan Abdullah: yurp, thanks..

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D