About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Monday, June 30, 2014

Segmen: blogwalking sempena RAMADHAN 1435H

Jom join segmen blogwalking ramadhan


Salam Ramadhan semua.. Di kesempatan ni N nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada umat Islam.. Minta maaf kiranya N terkasar bahasa. Harap minta ampun yaaa... Jom BW ramai-ramai

klik banner untuk join

NUFFNANG CPUV Campaign KKBOX Awareness - Jom Karaoke

Haiii... Ohhh my.. N sangat excited. Setelah sekian lama N merajuk sampai tak buka Nuffnang. Sekali bila buka hari ni Nuffnang buat suprise.. Tengok tarikh baru hari ni tersangkut.. Syukur rezeki bulan Ramadhan, sayang Nuffnang keta-ketat..

NUFFNANG CPUV Campaign KKBOX Awareness - Jom Karaoke

Campaign KKBOX Awareness by Nuffnang.

Anda suka Karaoke??? N suka, suka sangat tapi karaoke sendiri-sendiri la.. Bukan di pusat Karaoke, malu la sebab suara tak sedap.. Sumbang sangat la.. huhu.. KKBOX ni macam sesuai je untuk N yang tak gemar nak Karaoke kat pusat Karaoke. Mesti download bila line Internet kat PC N dah ok nanti.

Tapi kalau you all nak download guna HP pun boleh yaa :D 

NUFFNANG CPUV Campaign KKBOX Awareness - Jom Karaoke

KKBOX

Servis Penstrimen Muzik No 1 di Asia
Nikmati lebih 10 juta trek muzik melalui
Telefon pintar, tablet dan PC anda.

NUFFNANG CPUV Campaign KKBOX Awareness - Jom Karaoke

Untuk muat turun KKBOX rajin-rajin la klik iklan KKBOX yang tengah berlegar kat blog Kapas Putih :D

5 cara mudah menikmati muzik dengan KKBOX

1. Nikmati lebih 10 juta lagu di atas dan diluar talian
2. Nyanyi dengan bantuan lirik bergerak
3. Akses koleksi muzik melalui peranti anda di mana saja
4. kenali selebriti pujaan anda dengan lebiih dekat
5. Kongsi lagu bersama rakan melalui Facebook dan Twitter

Tak sabarnya nak download dan Karaoke... Ayokkk.. Jom kita Karaoke sama-sama ye.. Kalau malu macam N kita karaoke sendiri-sendiri saja....

NUFFNANG CPUV Campaign KKBOX Awareness - Jom Karaoke

Kalau you all nampak je iklan KKBOX macam gambar kat atas ni, moh la kita serang beramai-ramai yer :D..

UPDATE SEGMEN: Kapas Putih Julai Bloglist

Hai you all.. Selamat tengah hari. Nampaknya line Internet kat tempat kerja N masih bermasalah. Tak boleh nak jenguk blog. Ini pun online kat tempat lain lagi. Jadi kepada semua peserta segmen watermark yang dah tinggalkan email kat bahagian komen untuk tuntut watermark diharap banyak-banyak bersabar ye sebab bila dah guna PC orang lain segala info dan harta karun semua ada dalam PC N. Tunggu line Internet dah okay nanti N emailkan watermark you all.

Okay berbalik pada tajuk.. SEGMEN Kapas Putih Julai Bloglist bakal berakhir jam 11.59 malam ni (30 June 2014). Masih ada masa lagi. Pada yang belum join, klik banner untuk join.

(klik banner untuk join)

Peserta yang dah join setakat ni seramai 20 orang. Semua yang join akan dapat masuk dalam bloglist Kapas Putih.. Terima kasih juga kepada semua yang sudi jagi peserta segmen ni.

** Lepas ni mungkin N susah nak update selagi line Internet tak okay.. Jadi N tengah gigih gunakan masa yang ada sekarang ni untuk blogwalking ke semua blog peserta SEGMEN Kapas Putih Julai Bloglist dan blogger-blogger lain yang sudi singgah ke blog N.

Lucky blogger no 14 - Segmen: Saya nak watermark by kapas-putih.blogspot.com

Lucky blogger no. 14
http://sueagogeous.blogspot.com/

Lucky blogger no 14 - Segmen: Saya nak watermark by kapas-putih.blogspot.com


Watermark ni N gandingkan dengan bintang-bintang yang menepati tema GORJES..

Lucky blogger no 14 - Segmen: Saya nak watermark by kapas-putih.blogspot.com

Harap-harap empunya watermark ni akan sentiasa gorjes.. Anyway N sangat enjoy buat watermark ni sebab ianya kelihatan gorjes di mata N.. Mintak maaf la sebab N perasan dan syiok sendiri dengan watermark hasil tangan bak masuk dalam bakul dan angkat sendiri :D

Empunya watermark sila tinggalkan email adress anda di bahagian komen untuk tuntut watermark anda yang gorjes ni :D

Sunday, June 29, 2014

Lucky blogger no 13 - Segmen: Saya nak watermark by kapas-putih.blogspot.com

Lucky blogger no. 13
http://lifeisgreatwithme.blogspot.com/

Lucky blogger no 13 - Segmen: Saya nak watermark by kapas-putih.blogspot.com


Blogger ni punya request sangat simple. Jadi warna watermark yang N hasilkan berdasarkan warna krikkrikkrik header, MERAH. Dia minta tiga jer krik krik krik.. Tapi untuk watermark ni N kasi lebih :D

Lucky blogger no 13 - Segmen: Saya nak watermark by kapas-putih.blogspot.com

Sangat enjoy buat watermark ni sebabnya ianya ringkas bersahaja dan menarik pada pandangan N :D.. Empunya watermark sila tinggalkan email address di bahagian komen

Saturday, June 28, 2014

Lucky blogger no 12 - Segmen: Saya nak watermark by kapas-putih.blogspot.com

Lucky blogger no. 12
http://lovehim30.blogspot.com/

Lucky blogger no 12 - Segmen: Saya nak watermark by kapas-putih.blogspot.com


Fieqa ni request nak letak gambar dia. Sumber inspirasi warna amik dari warna baju kurung yang dia pakai dalam gambar. Makan masa nak siap ni sebab kena edit dulu gambar, baru kelmarin siap..

Lucky blogger no 12 - Segmen: Saya nak watermark by kapas-putih.blogspot.com

Cik Fieqa, sila tinggalkan email address di bahagian komen ya :D

Friday, June 27, 2014

Lucky blogger no 11 - Segmen: Saya nak watermark by kapas-putih.blogspot.com

Lucky blogger no. 11
http://syahidahfadilah.blogspot.com/

Lucky blogger no 11 - Segmen: Saya nak watermark by kapas-putih.blogspot.com


Empunya watermark ni request benda lain tapi oleh kerana terlampau excited nak buat watermark, sebelum dia bagitau apa dia nak, N dah siapkan dulu :P.. Yee.. watermark ni N dah siap lama dah, cuma duk terperam lama dalam simpanan sebelum dikeluarkan :D

Lucky blogger no 11 - Segmen: Saya nak watermark by kapas-putih.blogspot.com

Inspirasi diambil dari empunya blog sendiri.. Perkataan dan tulisan warna coklat. Macam tajuk lagu la pula dan juga klasik. Empunya watermark, sila tinggalkan email address di bahagian komen ya :D

Yang lain, kalau nak tahu anda bertuah ataupun tidak, please stay tune for the next day, okay chill bloggers semua :D

Thursday, June 26, 2014

SEGMEN: Kapas Putih Julai Bloglist

Hai semua.. Bulan June 2014 bakal berakhir. Hari ni N nak mula kumpul blogger yang sudi masuk ke dalam Bloglist Julai 2014 Kapas Putih. Blogger yang tersenarai dalam Bloglist June Kapas Putih, silalah renew untuk kekal berada dalam bloglist. Dan siapa yang tak sempat nak join sebelum ni bolehlah join sekarang :D



SEGMEN: Kapas Putih Julai Bloglist

Syarat senang wajib ikut:

Follow blog kapas-putih.blogspot.com
Buat entry dan letak banner kat atas dan backlink segmen
Tinggalkan URL segmen kat kotak komen

Semua yang join SEGMEN: Kapas Putih Julai Bloglist akan dapat masuk dalam Kapas Putih Bloglist Julai 2014.

Segmen ni berakhir pada 11.59 pm, 30 June 2014.

Berapa banyak penyertaan?? Takder had. Kalau 10 orang join, maka dalam bloglist tu akan ada 10 blog. Tapi kalau ada sorang je, jangan risau juga sebab segmen takkan terbatal, makanya satu blog saja la yang akan ada dalam bloglist.. Sekian terima kasih dan selamat bersegmen semua :D

Segmen Blogwalking Summer Break

Jom join contest ni.. Senang dan ringkas..


Syarat-syarat:

1. Kena ada blog
Blog http://kapas-putih.blogspot.com

2. Follow blog penganjur contest
Dah..

3. Like dan follow page
Ikut aje..

4. Buat entry bertajuk  " Segmen Blogwalking Summer Break ". Letak banner, backlink dan jumlah follower..
190 follower.. bagi orang lain sikit, tapi bagi N dah macam beribu lemon okay :D

5. Tinggalkan link entry kat komen :D

6. Pastu kena BW kat blog peserta yang lain untuk lebih kenal mengenali sebab tak kenal maka tak cinta.. tapi kalau yang dah kahwin jangan pula bercinta ye, kawan-kawan udah.. hehe :P

Nak join klik banner deras-deras sederas ombak di lautan.. huhu

Lucky blogger no 10 - Segmen: Saya nak watermark by kapas-putih.blogspot.com

Lucky blogger no. 10
http://hanifadhlinaabdulrahman.blogspot.com/

Lucky blogger no 10 - Segmen: Saya nak watermark by kapas-putih.blogspot.com


Watermark yang direka menggunakan warna hijau, lebih kurang sama macam background empunya blog. N gunakan juga lembaran kertas sebagai hiasan belakang tabir sama macam logo yang disertakan oleh hanifadhlina.

Lucky blogger no 10 - Segmen: Saya nak watermark by kapas-putih.blogspot.com

Empunya watermark, sila tinggalkan address di bahagian komen yer :D

Wednesday, June 25, 2014

Rahsia follower bertambah-tambah dalam masa sebulan ni

Hai semua, selamat tengah hari. Dah makan, dah kenyang?? Kalau udah, jom kita blogwalking yer melawat kawan-kawan maya.. Sejak kebelakangan ni N banyak join segmen, giveaway dan juga contest. Dan memang tak boleh dinafikan kesannya ke atas blog, blog Kapas Putih makin meriah.. clap clap clap.. Ucapkan tahniah kepada diri sendiri :D

Follower pun tak payah cakaplah.. Seingat N, sebelum ni follower N memang tak ramai lebih kurang 130 something la gitu. Tapi tuptup dah nak dekat sebulan lebih macam sekarang ni dah cecah 189. Banyak kan. Datang dari mana tu?? Haa kat atas N dah sebut kan. Meh ulang balik. 

Rahsia follower N bertambah-tambah dalam masa sebulan ni adalah kerana penyertaan segmen, giveaway dan juga contest dari blog lain. Dan tak lupa juga segmen yang N buat juga untuk para pelawat Kapas Putih. Sungguh tak sangka hebatnya penangan segmen, giveaway dan contest ni. Selain dari tu penyertaan ni juga boleh mengeratkan silaturahim dan hubungan dengan rakan-rakan maya.

Check this out.. comment yang sangat menarik perhatian N, amik dari sitiyangmenaip.blogspot.com

Rahsia follower bertambah-tambah dalam masa sebulan ni

Masa tengah kunjung balas segmen N terbaca la comment conversation between pelawat dan empunya blog. Kisahnya lebih kurang sama dengan N. Tujuan nak masuk segmen, giveaway dan contest sebab nak hadiah.. hehe.. Lumrah lahkan, siapa takmo barang free aka hadiah. Ada satu segmen ni (comment di atas dalam entry segmen yang N maksudkan), tertanya-tanya la juga apa hadiahnya sebab empunya diri yang wat segmen tak bagitau apa yang peserta akan dapat. Kalau dulu-dulu, tak tau hadiah apa, malas nak join.. Tapi sekarang ni walaupun tertanya-tanya, N tetap akan join.

Kenapa N join?? Sebabnya N dah nampak kehebatan hubungan dan juga kesannya ke atas blog, trafik blog, comment box dan tak lupa juga follower..

Walaupun satu-satu segmen tu takder hadiah fizikal mahupun balasan dari pembuat segmen tapi dengan menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh blog lain dah membolehkan kita menerima hadiah daripada pengunjung blogger tersebut dan juga peserta yang menyertai.. Apa hadiahnya?? Ianya sebuah kunjungan mesra untuk meriahkan lagi aktiviti dan juga mengeratkan hubungan sesama blogger. Boleh kira hadiah juga tu kan dan lagi satu tak susah pun sebab tak perlu nak gebang kat orang ramai supaya melawat blog kita :D

Bila join satu segmen, contest or giveaway.. Keesokkannya bila buka blog mesti N akan dapat kunjungan dari peserta yang menyertai ataupun menerima kunjung balas. Dan lagi best siap follow blog N. Ikhlas tau tu, N tak paksa pun diaorang tekan follow. Dan lepas tu of course la N akan kunjung balas dan follow balik. Dah memang satu kewajipan N rasa follow mollow ni.. Syiokk tau. Kalau dulu memang liat betul nak join aktiviti tapi sekarang ni ianya dah jadi sebati dengan diri.

Haaa you all, nak eratkan silaturrahim dan tambah follower macam N?? Tapi tak tau macam mana? Meh N bagi sikit tips yaa:

> Join je mana-mana segmen yang terbaca kat mana-mana blog.
> Kalau disuruh follow, follow aje
> Kalau disuruh like, like aje
> Kalau disuruh buat statement, buat aje, hentam pun tak apa sebab gerenti empunya segmen tak marah, tapi jangan la merapu meraban dan lari dari tujuan segmen. N memang suka baca statement dari segmen, contest dan giveaway sebab serius statement semua orang tak boleh blah.. kadang-kadang tu statement up kan diri sendiri.. Sangat kelakar okay, sampai tergelak sorang-sorang.. hehe
> PENTING: Kalau disuruh follow aplikasi lain selain blog contoh Insta, FB, Twitter or etc.. Follow aje dan kalau u all takder menda alah semua tu.. Jangan risau. Buat muka tembok join dan tak perlulah nak follow dan like apa yang u all takder. Penyertaan diterima atau ditolak terpulang pada hati budi penganjur..

Haaa dah habis baca, dah faham?? Apa lagi.. Jom join segmen, giveaway dan contest. Tak menang pun tak apa, janji aktiviti dan blog meriah sentiasa. Kalau dapat hadiah, itu adalah bonus.. wink wink wink.. :D

Lucky blogger no 9 - Segmen: Saya nak watermark by kapas-putih.blogspot.com

Lucky blogger no. 9
http://kakijoincontest.blogspot.com/

Lucky blogger no 9 - Segmen: Saya nak watermark by kapas-putih.blogspot.com


Lagi satu watermark yang ringkas. Sesuai dengan tajuk blog Kaki Join Contest..  Dah tentu banyak segmen, giveaway dan contest dalam blog ni, jadi tak perlu design yang sophisticated. Hasilnya..

Lucky blogger no 9 - Segmen: Saya nak watermark by kapas-putih.blogspot.com

Empunya watermark sila tinggalkan email address di bahagian komen :D

Tuesday, June 24, 2014

Kuih raya oh kuih raya..

Salam petang semua.. Harap semuanya masih dalam keadaan yang ceria. Perhatian kepada semua penggemar kuih raya. Nak buat advertisement sikit.

Ini budak kecik tengah semangat nak jual kuih raya, kalau you all berkenan bolehlah order.

Kuih raya Tart Nanas Mak Nor

Tart Nanas Mak Nor

Kuih raya Tart Nanas Mak Nor

Harga dan info Tart Nanas Mak Nor:

RM 25.00 / 50 biji

Kalau nak beli borong pun boleh. Harga akan jatuh lagi rendah tapi kualiti tetap sama. Maintain sedap sokmo. Order dibuka sekarang. Selain dari tart nanas yang rapuh bila berada dalam mulut, lain-lain kuih raya:

Kuih kacang Mazolla rapuh
RM 25.00 / 50 biji

Semprit cair di mulut
RM 25.00 / 50 biji

Nak order biasa atau borong sila email nadiamus85@gmail.com

Lucky blogger no 8 - Segmen: Saya nak watermark by kapas-putih.blogspot.com

Hahhh.. Ada lagi ke blogger bertuah yang dapat watermark designed by MissNadia KapasPutih?? Haaa.. tak percaya?? Bukti dah ada kat bawah. Silalah percaya ye. Memang niat N nak buat lebih dari 7 watermark. Berapa?? Tunggu dan lihat.. Surprise, takleh bagitau awal-awal :D

Jom layan.. zasss

Lucky blogger no. 8
http://thecutepurpleprincess.blogspot.com/

Lucky blogger no 8 - Segmen: Saya nak watermark by kapas-putih.blogspot.com


Watermark yang ringkas dan simple sesuai dengan tajuk blog:

Ceritera hidup saya :D

Selepas ditepek kat atas print screen blog.. tada...


Warna watermark purple sebab URL nya pun ada perkataan purple.. Hope this cute purple princes suka. Kalau suka sila tinggalkan email address kat bahagian komen yaa :D

Monday, June 23, 2014

Segmen blogwalking SEBELUM puasa

Jom join segmen :D


Segmen Blogwalking sebelum puasa
by Ayu Insyirah

22 June 14 - 28 June 14

Tutorial: Masukkan Video dari Youtube dalam entri blog - Embed / Code

1. Cari video youtube yang you all nak masukkan dalam entri.

Share > Embed > Select all code in box and copy (Ctrl C)

Tutorial: Masukkan Video dari Youtube dalam entri blog - Embed / Code

------------------------------------------------------------

2. Create new post > HTML > Paste code dalam kotak entri (Ctrl V)


Tutorial: Masukkan Video dari Youtube dalam entri blog - Embed / Code

------------------------------------------------------------

3. Compose (untuk edit) > Edit / tulis text > Publish

Tutorial: Masukkan Video dari Youtube dalam entri blog - Embed / Code

------------------------------------------------------------

Contoh kat bawah:


What's in my purse
by thebeautyfashionbabe

Budak omputih ni tengah buat review pasal barang-barang yang ada dalam purse dia. Nak tau lebih lagi boleh klik sini.

Sunday, June 22, 2014

Youtube star Video trending

Baru-baru ni N terjumpa satu video yang agak menarik dalam youtube. Video ni dikelolakan oleh seorang budak yang baru berumur 14 tahun. Dan dah tentu la budak ni dari oversea.

Sebenarnya ramai budak/ orang yang suka buat video sendiri dan paparkan kat youtube. Cuma N ni je yang tak berapa rajin nak terjah youtube dan tengok.

Self video oversea trend:
Beauty / Lifestyle / Make up tutorial / Make up tools review / Products review / Things in bag / purse / school bag / pool bag / Christmas gift / Birthday gift / Favourite things / Room review / Outfit idea / How to make money / Holiday / Fashions / Music Instrument / HP review / PC @ Laptop review / Cook food / etc

Self video Malaysia trend:
Tudung tutorial / Make-up tutorial / Music Instrument / HP review / dll yang mungkin N tak tahu

Apa bezanya?? hehhh.. banyak kan.. Kalau you all ni selalu explore youtube, you all akan jumpa terlalu ramai budak-budak oversea ni buat video sendiri dan upload dalam you tube. Kebanyakannya masih budak. Kalau kat Malaysia macam kanak-kanak ribena lagi. Kat Malaysia ada juga yang ikut trend oversea tapi boleh bilang dengan jari je. Tapi kalau oversea bila sorang dah start review apa yang diaorang dapat masa Christmas, ianya akan jadi viral. Semua orang pun berlumba-lumba nak buat video gunakan tajuk yang sama.. Budak kat bawah ni salah seorang youtube star video trending yang N suka.

Ada juga lah budak lain yang N suka dan setiap orang dari mereka ada kelebihan sendiri. Apa yang N tertarik dekat budak ni adalah dari segi percakapan. Sangat laju macam kereta api, memang tak bosan bila tengok video dia. Kalau budak lain ada yang duk aaaaa.. cakap sikit pastu aaaaaaa lagi sebab duk pikir ayat apa nak cakap. Tapi budak ni kalau 10 minit video, selama 10 minit tu la dia akan cakap non-stop.. Serius hebat. Kalau N nak cakap sorang-sorang depan kamera, bukan kata 2 minit. Mula-mula start je rakam dah tak tahu nak cakap apa.. hehe

Okay, bebel je lebih. Jom layan video ni


What I Got for my 14th Birthday
by thebeautyfashionbabe

Bestnya kalau waktu hari jadi N dapat banyak hadiah macam ni.. Hurmm

Saturday, June 21, 2014

Tutorial: Masukkan gambar dari laman sesawang ke dalam entri blog

























1. Google gambar yang you all nak, takpun masuk website yang ada gambar tersebut. 

Kat bawah ni contoh daripada carian google.. N taip blog N je la sebagai contoh.. Ni cara pemalas:

Summary: Google image search > Klik kanan atas gambar > Copy image URL


Tutorial: Masukkan gambar dari laman sesawang ke dalam entri blog

Ni pula cara rajin, masuk mana-mana laman sesawang yang ada gambar yang you all nak tu:

Summary: Website > Klik kanan atas gambar > Keluar pop-up > Copy image URL

Tutorial: Masukkan gambar dari laman sesawang ke dalam entri blog

--------------------------------------------------

2. Create new entry > klik ikon gambar

Tutorial: Masukkan gambar dari laman sesawang ke dalam entri blog

--------------------------------------------------

3. Keluar pop-up window. Ada enam pilihan




Tutorial: Masukkan gambar dari laman sesawang ke dalam entri blog

--------------------------------------------------

4. Pilih yang terakhir, From a URL.

Tutorial: Masukkan gambar dari laman sesawang ke dalam entri blog

--------------------------------------------------

5. Klik kanan dan klik paste kat dalam kotak [Paste an image URL here]

Gambar akan dimasukkan (loading) dan muncul untuk tatapan you all.

Summary: Klik kotak > Ctrl V > loading pic > Add selected button

Tutorial: Masukkan gambar dari laman sesawang ke dalam entri blog

--------------------------------------------------

6. Tadaa.. Gambar dah masuk dalam entri. Publish


 Tutorial: Masukkan gambar dari laman sesawang ke dalam entri blog


Contoh gambar yang N ambil dari Blog KapasPutih Wedding. Ini adalah isi buku tetamu masa N kahwin. N buat sendiri tau.. Nak tengok lagi.. meh klik sini http://kapasputihwedding.blogspot.com/


Tutorial: Masukkan gambar dari laman sesawang ke dalam entri blog
--------------------------------------------------
Tutorial & Ilmu blog yang lain: