About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Tuesday, September 9, 2014

Day 1 - Facebook Profile Photo + 5 Facts on photo

Bermulalah cabaran 10 Day Photo Challege.. Wahh. List yang pertama lagi dah mencabar sebab kena tunjuk gambar Facebook. Huhuu.. Ok teruskan bacaan kalau nak tahu kenapa N cakap mencabar..

Day 1
Facebook Profile Photo + 5 Facts on photo

Day 1 - Facebook Profile Photo + 5 Facts on photo

5 facts on photo:

Gambar kat atas ni merupakan gambar profile Facebook N. N letak gambar ni sebagai gambar profile sebab perasan yang muka N dalam gambar ni cantik.. Huhuu.. ye la kan, mana ada orang nak letak gambar yang tak cantik kat profile Facebook masing-masing.. Masa tu tak peduli apa orang lain nak cakap, yang penting diri sendiri rasa yang orang dalam gambar tu memang cantik.. huhu

Baju yang dipakai dalam gambar adalah baju kegemaran N, N rasa confident bila pakai baju ni dan ramai yang akan puji... :P hehe perasan. Baju ni dua helai sebenarnya. Dalam sleeveless kolar dan luar pula blouse lengan panjang yang berleher besar. N ni memang suka baju-baju.. Kalau datang waktu sengal, N akan meroyan cantik-cantik bersolek bagai bila ke tempat kerja sampaikan ada pujian nakal dari rakan sekerja dan juga students.... Ouchhh... Dah kahwin anak lima tolak empat pun laku lagi tau, hehe.. N boleh berpakain gini sebab N kerja swasta.. Kalau Gomen dah tentulah baju kurung 365 hari..

Satu perkara yang you all kena tahu pasal orang comel dalam gambar ni ialah dia (N) bukanlah seorang pengguna Facebook yang tegar. Boleh bilang dengan jari sebelah tangan sahaja berapa kali N log in Facebook dalam masa sebulan. Jadi you all tak payahlah nak merayu bagai (ada ke??) tanya nick name sebab nak add dalam Facebook. Dalam facebook N memang tak ada apa-apa sangat sebab tak pernah berupdate bertahun lamanya. Kalau log in pun sekadar skroll nak tahu perkembangan rakan-rakan dan lepas tu log off.. Friend request pun dah beratus tak dilayan sebab kebanyakannnya students. Mungkin derang tak tahu kewujudan FB kedua N yang khas untuk students.

Tapi walaupun tak aktif FB, N tetap akan kekalkan akaun tersebut sebab senang nak contact kawan-kawan lama. Dan tak ada pun rakan blogger dalam akaun Facebook tersebut sebab N tak pernah revealkan dalam blog. Bukannya sombong, tapi N lagi suka macam tu. Kebanyakan pembaca blog N semua tak kenal N siapa dan ada dua orang sahaja kenalan FB yang ada akaun blog. N sengaja tak mahu campurkan kenalan Sekolah, Uni, Kolej, Keluarga dan Kerja yang ada dalam FB dengan rakan blogger. Rakan FB tak ramai yang tahu N ada blog dan mereka pun takder blog. Rakan blogger, N nak remain dalam blog saja. Kadang-kadang menulis bacaan untuk orang yang tak kenal kita pun ada kebaikannya yang tersendiri juga. Ataupun  mungkin sebab N ni pemalu, sembunyi dalam baju..

Dan last sekali fakta pasal gambar kat atas ni.. N dah edit dulu sebelum N post kat entry ni. N edit guna app fotor.com. Dalam app tu kita boleh edit muka lagi cantik. Nak tambah eyeshadow dan lipstik pun boleh.. Oleh kerana baru first time edit muka gini, jadi hasilnya boleh tahan handsome la juga.. hehe and a bit funny.. Tapi N tak kisah macam mana lucu pun, N letak je. Malas nak ambil pusing sangat. Anyway, tujuan edit gambar tu sebab nak cantikkan lagi muka yang dah sedia cantik. :P haha gila perasan

Info tambahan:

Ini adalah gambar selfie kat office, masa ni takder siapa pun lagi kat office. Jadi dapatlah meroyan selfie

1 comment:

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D