About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Wednesday, September 3, 2014

Disk Defragmenter lajukan komputer

DISK DEFRAGMENTER lajukan PC

Masa Internet takderlah masa yang sesuai untuk defrag pc. Apa itu Disk Defragmenter? Disk Defragmenter adalah satu tempat untuk melancarkan loading PC dengan mendekatkan file-file yang ada dalam PC. Ini adalah apa yang N faham. Tapi u all mohon google maksudnya yang sebenarnya ye. PC akan lambat loading atau beroperasi bila terdapat rompong atau ruang kosong antara file seperti gambar di bawah.


Sebenarnya untuk lajukan PC ada banyak cara. Jom tengok satu-satu:

1. Salah satunya yang orang lain akan suggest adalah tambah RAM. Tapi untuk N agak mustahil sebab PC yang N guna adalah PC company. Takleh suka hati nak request tambah RAM sebab setakat buat kerja office takkanlah berat sangat PC. Cumanya tak berapa sedap la bila buka salah satu microsoft office makan masa yang agak lama. (PC dah lama.. uzur)

2. Buang apa-apa software yang berat dan tak diperlukan dalam PC. Boleh tengok kat bahagian control panel, add and delete program. Tapi make sure jangan terbuang software-software / program-program penting.

3. Buang segala benda yang tak digunakan seperti file-file lama peninggalan orang lain (untuk PC company).

4. Simpan apa yang perlu sahaja dalam PC. Segala gambar disimpan dalam pendrive dan lagu ambil yang favourite je untuk simpan dalam PC.

5. Baru-baru ni ada baca pasal dekstop. Orang tu kata kalau boleh bahagian dekstop tu tak mau ada banyak benda dan pastikan tak banyak program-program berat diletakkan di dekstop. (pembacaan N)

6. Dan cara yang paling akhir ni N kerap buat sekarang ni iaitu DISK DEFRAGMENTER. Oleh kerana RAM pc office N ni sangat kecik macam semut, jadi N kerapkan diri untuk defrag.

Sekarang ni N tengah dalam operasi untuk clearkan PC N. Masih terdapat banyak gambar dan lagu dalam PC ni. Wish me luck okay..

Banyak lagi tips lain untuk lajukan PC, N pernah cuba search tapi ada yang tak faham. Penerangan kat atas ni apa yang N faham saja.. Cuba google kalau nak tahu lebih.

Macam mana nak defrag???? Tengok step kat bawah ni:

Start > All Programs > Accesories > System Tools > Disk Defragmenter


Before and After Defrag


Disk > Analyze > Pop Up Disk Defragmenter > Close


Klik Defragment


Close Report.. Tapi kalau you all tahu macam mana nak baca report apa salahnya view.. N tak tahu, jadi N tutup je :P


Nampak kan perbezaan sebelum dan selepas defrag.. Untuk disk D ni, N tak tahu kenapa ruang kosong tu tak boleh dipenuhi..


Kalau you all dah tengok arahan tapi masih tak tahu nak buat.. Tolong minta bantuan yer. Sebab kalau tersalah buat lain pula jadinya, nak bantu pun memang tak reti lah N.. huhu

** Entry ni dah lama duduk dalam draft. Masa tulis entry ni, N masih gunakan PC company lama.. Tapi sekarang tak berat dah sebab dah tukar PC baru. Tapi tips kat atas masih N guna pakai untuk menjaga dan pastikan PC baru ni sentiasa laju.. 

5 comments:

  1. ubai pernah try.. n memang berkesan.. huhu ^_^

    ReplyDelete
  2. takut jugak nak try..takut terhilang yang penting-penting

    http://acikwatie.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Jemput join

    http://acikwatie.blogspot.com/2014/09/nak-bagi-hadiah-lagi-2.html

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D