Apa yang menariknya sesebuah blog tu sampaikan mereka ada berpuluh ribu follower? Rasa macam best je setiap kali tengok follower orang lain yang ribu riban sambil dalam hati berangan nak macam tu juga.. Tapi macam mana nak menarik minat orang ramai untuk follow sesebuah blog. Jom kita tengok faktor-faktor yang menaikkan trafik sesebuah blog dan menjadikan pengunjung menjadi pembaca setia blog tersebut:
Blogger cantik dan comel
Yang ini memang lumrah setiap manusia yang sangat suka tengok yang cantik-cantik. Baik lelaki mahupun perempuan semua pun sama. Kalau ada blogger yang cun melecun, dahi licin, comel dan ditambah pula pandai bergaya dah pastinya boleh menarik pembaca untuk datang kembali dan menjadi follower ataupun pembaca setia blog. Blog yang dimaksudkan adalah seperti blog Yuyu Zulaikha, Fatin Suhana, Namee Roslan, Irine Nadia Marcello.....
Blogger cun carian google..
Blogger pandai / berjawatan / popular / artis
Orang yang pandai sering disenangi orang ramai kerana daya pemikiran mereka yang melampaui orang lain, kiranya dianggap istimewa dari orang biasa yang lain. Orang yang berjawatan pula selalunya dijadikan ikon dan idola untuk membakar semangat serta dijadikan contoh dalam hidup. Orang yang popular mahupun artis memang sudah dikenali ramai. Jadi bila dah ada peminat mahupun haters, ramai la orang yang sibuk nak tahu hal kisah mereka. Setiap apa yang mereka update pastinya akan dikunjung dan menarik perhatian ramai pihank / individu. Seperti Fatin Liyana, Doktor ni okay.. Hanis Zalikha seorang model dan ada juga berlakon, retis you all.. Dan tak lupa Abang Ben yang jatuh dalam kategori blogger popular, siap ada fanclub lagi.
Widget yang bersesuaian
Widget yang digunakan sesuai, sangat ringkas dan senang difahami. Sekali gus penggunaannya disenangi setiap pelawat yang kunjung.
Loading cepat
Satu perkara yang sangat disenangi pengunjung bila sesebuah blog tu loading dengan cepat. Sebab boleh kata bukan semua pengguna Internet mempunyai kelajuan Internet yang tinggi mahupun PC, lappy dan HP yang terkandung ram yang memuaskan hati. Lagipun masa itu emas, menunggu adalah satu perkara yang merimaskan dan membuang masa.
Bahasa ringkas
Blog yang menggunakan bahasa yang ringkas dan mudah difahami lebih mesra pengguna. Bila pembaca berpuas hati dengan bahan bacaan tanpa sebarang gangguan ketika membaca / mengeja sekaligus menarik minat pembaca untuk kunjung lagi dan seterusnya mengikut setia blog tersebut.
Tajuk menarik
Tajuk sesebuah blog memang memainkan peranan yang tak kurang pentingnya. Daripada tajuk yang dibacalah boleh menarik minat seseorang untuk klik dan masuk ke satu-satu blog. Jadi tajuk mestilah berbunyi menarik sehingga membuatkan pembaca tak sabar nak tahu isi kandungan.
Informasi berguna
Zaman sekarang dah canggih. Apa-apa sahaja informasi yang kita nak tahu pastinya kita akan cari melalui Internet. Ramai orang yang suka cari maklumat melalui carian Internet sebab dalam laman sesawang terdapat pelbagai jenis maklumat baik yang sudah jadi sejarah mahupun yang baru lagi segar dari ladang. zterdapat pelbagai jenis informasi yang boleh menarik minat ramai pembaca mahupun trafik seperti isu semasa, kehidupan, fashion, makanan, percutian, barang keperluan, perniagaan, pendidikan, career, hobi, pregnancy, baby, ibubapa, tutorial, idea dan lain-lain. Lyssa Faizureen salah satu blog yang memberi informasi berkaitan dengan turorial blog. Kemn Azmaili dengan blog yang banyak bercerita pasal dekorasi rumah. Dan tak lupa Hasrul Hassan yang mengetengahkan panduan untuk blogger, informasi terkini dan suka berkongsi cerita berkenaan dengan menjana pendapatan.
Banyak gambar
Gambar sangat menarik. Tak mustahil seseorang tu suka masuk ke sesebuah blog bila nampak update bergambar. Lagi menarik kalau gambar tersebut cantik, unik ataupun yang diambil sendiri.. Informasi bergambar lebih menarik minat kerana gambar boleh jelas menggambarkan situasi mahupun cerita yang ingin disampaikan penulis. Blog yang kerap menggunakan gambar selalunya blog / entry yang bercerita berkenaan dengan jualbeli, produk, percutian, tutorial, idea, masakan, makanan, hobi dan juga kehidupan.
Top commentator
Widget ni penting juga dalam blog dan ia merupakan salah satu tarikan kepada pengunjung setia sesebuah blog. Widget ni digunakan untuk memberi penghargaan kepada pengkomen setia dan memberi semangat kepada mereka untuk meletakkan komen dengan lebih banyak dan dalam masa yang sama memberi kelebihan kepada trafik blog pengunjung sekiranya mereka tersenarai dalam carta pengkomen terbanyak.
Popular post
Kekuatan sesebuah blog kadang kala bergantung kepada entry yang popular. Entry yang popular ni selalunya informasi yang selalu dicari selain daripada jodol artikel yang sangat menarik hingga membuatkan pengunjung takkan fikir dua-tiga kali untuk klik..
sy nk jgk duduk dlm list blogger comel.hahahahahaha
ReplyDeletealorrrr ..yuyu orang nya tak berapa nak comel, macam mana nih ada ker orang nak follow ..hihihihi
ReplyDeleteBagus info ni
ReplyDeleteSalam sejahtera tuan/puan semohga senantiasa semua di berikan kesihatan dan di murahkan rezeki nya (amiin) . Kami disini nak menawarkan sewa kereta tuk (bandung/jakarta city tour) bagi sesiapa tuan/puan yg dah ada plan tuk bercuti di bandung/jakarta dan memerlukan kereta untuk transportasi semasa di bandung/jakarta boleh WASAPP sahaja dekat number ni : +6289619522797 atau EMEL: ayunk.hayukka@gmail.com (untuk lebih detail nya) Dijamin kami bagi harga yg sangat berbaloi & service yg terbaek/layanan 5bintang ***** (insha allah) mohon maap tuan/puan apabila ada ayat yg kurang berkenan dalam promotion yg kami tawarkan ..
ReplyDeleteNb:yang lebih mahal banyak yang lebih murah pon ada,tp kami jamin yg terbaek tetap HAYUKKA BANDOENG (insha allah) jom jom bercuti di bandung murah jer TERIMAKASIH :)
kena letak gambar pipi kembong la kalau camni..baru nampak comel
ReplyDelete