About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Friday, November 28, 2014

Ben Ashaari masuk surat khabar METRO..

Pagi tadi sempat N belek-belek paper Metro.. Tengah-tengah kalut sebab nak cepat terbuka la muka surat ni... Woww.. Blogger abang ben masuk Metro. Best.. Nak baca tak sempat. Terus je N snap. Tak tahulah kat dalam Metro Online ada ke tak, malas pula nak cek.

Jom baca..
Ben Ashaari masuk surat khabar METRO..
Abang Ben dah ada 27 000 follower.. wuyoo.. banyak

Ben Ashaari masuk surat khabar METRO..

Abang ben selaku suri rumah dan blogger yang berjaya.. Bagus dan untung bini dia dapat laki yang nak buat kerja rumah dan tak ego... Eeee suka laki yang macam gini :D hehe tutup muka.. malu :P

Ben Ashaari masuk surat khabar METRO..

Pendapatan paling tinggi pernah dapat RM20 000.00 sebulan.. Banyaknya.. Ni memang boleh jadi sumber inspirasi dan naikkan semangat N untuk jadi seorang blogger yang berjaya.. Ecewah :D

Thursday, November 27, 2014

Owl Hand Phone Pouch dah dapat!!

Sebelum ni kan N ada war-warkan pasal Owl Hand Phone Pouch dari Simple Giveaway by BBWANA & ADIENIA.. So sejak dari blogger tu post giveaway ni, N buat dunno je walaupun dalam hati ni tak sabar nak dapat. Selalunya kalau post biasa memang lambat sampai, jadi takmo la menaruh harapan yang tinggi gamaknya..

Pagi tadi ada officemate bagitau dia ada nampak bungkusan untuk N. Cepat-cepat N tengok, excited sangat. Bila buka je... Tada...

Simple Giveaway by BBWANA & ADIENIA

N suka sangat dengan Owl Hand Phone Pouch ni.. N memang suka owl...

Mekasih banyak-banyak BBWANA & ADIENIA :D

Simple Giveaway by BBWANA & ADIENIA

Ni bahagian dalam.. Span dan baldu nipis. Mesti selesa HP N lepas ni :D

Simple Giveaway by BBWANA & ADIENIA

Mekasih lagi sekali.. setem tu akan disimpan dalam koleksi N, Note dan sampul N akan gunapakai dan jadi bahan cerita untuk daily scrapbook journal N.. Selamat dah satu hari punya jurnal, tak payah nak pikir nak pakai apa. Recycle je

Ada masa nanti N akan cerita perkembangan jurnal scrapbook N yaa :D

SEGMEN: BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH

Jom join segmen blogwalking :D


Segmen Bloglist Cun December 2014 by Ekinnuar

Jom join bloglist cun for december :D


klik banner untuk join :D

Giveaway kerusiburok: Ole-Ole Phuket!

hai semua blogger! 

seperti yang korang semua maklum, kerusiburok akan bercuti ke Phuket awal Disember ni (baca entri kerusiburok ke : PHUKET (intro)

jadi, kerusiburok bercadang nak bagi ole-ole dari Phuket kepada blogger2 sekalian.

bermula 25 Nove 2014 hingga 3 Dec 2014
KLIK banner di atas untuk sertai.

OLE-OLE utama akan diberi kepada 3 pemenang bertuah. 
tapi kalau ramai yang join segmen giveaway ni, 
saya akan tambah 7 lagi ole-ole untuk blogger bertuah! 
hehehe

3 x Ole-Ole Utama = T-shirt kenangan dari Phuket
(sebab tu conduct giveaway awal-awal, nanti pemenang boleh dapat saiz baju yang betul hehe)


JOM SERTAI! Mana tahu korang bertuah! Klik Banner kat atas tu ye untuk syarat yang simple :)


jom join ramai-ramai. ajak blogger lain sekali yer! 
di samping bersegmen, boleh jugak kita berblogwalking dan berkenalan! hehehe

babai.

Segmen Pencarian Bloglist Disember 2014 #48 Jam

Jom join ramai-ramai..


Segmen Pencarian Bloglist untuk Bulan Disember 2014.
15 Blog dicari untuk menjadi penyeri di sidebar blog Truly Love... 

Syarat-syarat Penyertaan:

1. Follow Blog Maria Firdz
2. Add G+ +Maria Firdz 
3. Buat entry bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist Disember 2014 #48 Jam"
4. Copy coding yang disediakan dan pastekan di ruangan HTML;
5. Publish dan hantarkan entry penyertaan di entry ini.

Segmen ini bermula 25 November 2014 jam 12 tengah hari dan akan tamat pada 27 November 2014 jam 12 tengah hari.

Jom support segmen ringkas ini...

Free breakfast

free breakfast for today

Morning all!!

Hari ni dapat breakfast free.. Ni breakfast student yang tengah orientasi hari ni. N buat muka tembok g minta.. Huhu

Tapi belasah je sebab dah nampak macam ada terlebih. Lagipun kejap lagi kalau takdak sape nak makan membazir la pula.. ;p

Okay.. N breakfast dulu ya ;)

Tuesday, November 25, 2014

3# CPUV Nuffnang datang bergolek-golek..

Bila Cik Akak suruh semak Nuffnang.... N pun buka dan jenguk-jenguk Nuffnang. Padahal baru je semalam buka dan dah tahu CPUV apa yang masuk..

3# CPUV Nuffnang datang bergolek-golek..

Konon buka dengan harapan akan ada lagi CPUV yang masuk.. huhu gila tamak.. CPUV N yang terbaru masuk semalam.. syukur, rezeki walaupun berapa sen pun :D

3# CPUV Nuffnang datang bergolek-golek..

Thanks Nuffnang..

Monday, November 24, 2014

CHAMPS Vitamin C for kids

Morning.. U all dah ambil supplement Vitamin pagi ni ??.. Well, N terskip pula sejak dua menjak ni. Sekarang ni memang N amalkan Spirulina. But for my baby Asy, N belikan dia Vitamin C.

Sekarang dia tengah makan Vitamin C brand Champs ni. N beli RM 25++ untuk double pack ni kat Guardian. Ngam-ngam je masa N beli tu last day promotion.. Murah dan berbaloi-baloi. Baru habis setengah botol. Boleh cukup untuk dua bulan ni :D

CHAMPS Vitamin C for kids

Sebelum beli Champs perisa Strawberry kat atas ni, N dah pernah beli Champs perisa anggur. Suka je dia makan, terus beli double pack kat atas :D

CHAMPS Vitamin C for kids

Sebenarnya first vitamin brand yang N beli untuk baby asy adalah brand Chewies, Multivitamin. Multivitamin ni brand apa-apa pun harganya memang mahal sikit berbanding Vitamin C.

Untuk Vitamin kanak-kanak N sengaja belikan yang jenis tablet sebab dulu N pernah bagi baby asy makan gummy sweets, tapi dia luak balik. Jadi N tak berani nak beli vitamin jenis gummy.

Baby Asy ni memang susah nak makan sebelum ni, sebab tulah dia nampak kurus macam tak cukup makan, walhal kat rumah maktok dia sentiasa masak. Tapi dengan pengambilan vitamin, baby asy dah berselera nak makan.

Friday, November 21, 2014

SEGMEN: Kapas Putih December Bloglist

Sempena nak masuk bulan baru N nak update bloglist yang sedia ada untuk Bulan December 2014.


Syarat senang wajib ikut:

Follow blog kapas-putih.blogspot.com
Buat entry dan letak banner kat atas dan backlink segmen
Tinggalkan URL segmen kat kotak komen

Segmen ni berakhir pada 12.00 am, 1 December 2014.

Berapa banyak penyertaan?? Takder had. Sesiapa sahaja boleh join..

--------------------------------------------------

Update senarai penyertaan:


Thursday, November 20, 2014

Keychain - Sarawak's Shopping Hauls Giveaway

Haii morning all... ceria rasa pagi ni bila baca comment dari owner giveaway.. Beberapa hari sudah N ada join Sarawak's Shopping Hauls Giveaway

Bila cek nama pemenang, blog kapas putih termasuk sekali.... seronok. Kelmarin dapat Owl Handphone Pouch by BBWANA, hari ni dapat keychain pula daripada Siti Yang Menaip.

Keychain - Sarawak's Shopping Hauls Giveaway

Thanks Siti.. Happy sangat dapat keychain Sarawak :D.. Ni yang naikkan semangat untuk join giveaway lagi di masa akan datang.

Wednesday, November 19, 2014

Day 7 - 10 Things To Do When You Are Bored

Day 7 - 10 Things To Do When You Are Bored

Apa nak buat kalau bosan??

1. Selfie / Tangkap gambar - N memang suka sangat selfie. Jadi kalau tengah bosan haruslah cari lighting yang bagus dan selfie. Kenapa perlu cari lighting?? Sebab nak dapatkan gambar yang deboom!! hehe.. favourite app untuk selfie adalah BeautyPlus :D.. Takpun kalau kat rumah, cari baby asy dan snap gambar dia.

2. Photo Edit - Bila dah tangkap gambar of course la N suka edit buat collage dengan menggunakan applikasi Photo Grid sebelum posting kat blog.

3. Makan - N adalah seorang pemakan. Siap ada hati nak bertanding makan dengan Blogger Misya lagi.. Hohooo.. Oleh kerana N seorang pemakan, bila di kala bosan N akan cari apa-apa sahaja makanan yang ada untuk makan. Jadi, agak sukar untuk N berdiet. Yer!! Sekarang N tengah diet lepas terpengaruh baca satu blog yang cerita pasal penurunan berat badan selepas berdiet nasi.. Tapi N takder la diet nasi, N amalkan sekarang makan nasi satu hari sekali je :D.. Wish me luck okay

4. Membaca - N akan cari surat khabar sampaikan surat khabar lama-lama yang N tak pernah baca pun N akan selongkar dan baca :D..  hehe.. Majalah amat jarang sekali sebab susah nak baca kalau asyik kena berebut dengan baby asy je.. huhu

5. Journal - Sekarang ni N tengah rancak buat scrappy journal. Ingat nak mula bulan December, tapi oleh kerana terlampau excited N dah mula awal bulan November..  Just for trial. Walaupun tak dapat buat setiap hari tapi setiap hari punya journal N akan buat walaupun dah berlalu, so N memang akan buat draft dulu supaya tak lupa hari-hari yang lepas..

6. Blogging - kalau kat office N akan berblog. Buat post baru, join segmen dan blogwalking. Tapi sekarang ni macam dah takder masa nak buat semua tu.. huhu.. Post entry sekarang ni pun curi-curi masa dan bukan sebab bosan. Sekarang ni memang tengah kejar masa. Masa tu memang emas...

7. Window Shop - Memang suka sangat window shop ni bila tengah bosan. Semua barang N akan tengok terutamanya barang yang N selalu beli. Survey sekali harga dan bila dapat gaji baru rembat.. Kekadang bila terlebih rajin siap pusing masuk Hero market pastu keluar pergi masuk Giant pula then patah balik masuk Hero.. Boleh?? hehhe

8. Baby Asy - Bila kat rumah dah tak tahu nak buat apa N akan cari baby asy dan kacau dia. Selalunya dia suka kacau N bila tengok TV, jadi untuk balas dendam N akan gomol dia puas-puas sampai dia jerit.. hehe

9. TV - Buka TV dan cari cerita yang best-best :D

10. Whatsapp - N akan cari sesiapa untuk dikacau.. hehe

Okay, dah siap 10.. Tapi last solution N akan buat sekiranya 10 kat atas ni pun terasa bosan nak  buat.. N akan tidur.. heheh

Baca ni juga:

Kids Playground Taman Tasik Shah Alam, Selangor.

Last Sunday N dan mertua bawa Baby Asy pergi main playground kat taman tasik shah alam. Sebelum bertolak ke sana kami sempat culik dua orang anak jagaan mertua untuk buat teman si baby asy. Ye la baby asy ni kan takder adik lagi, kesian pula kalau main sorang-sorang.

Kids Playground Taman Tasik Shah Alam, Selangor

Asy panaskan badan. Seronok dia dapat naik tangga sendiri. Duk mengekor je abang and kakak dia tu..

Kids Playground Taman Tasik Shah Alam, Selangor

Seronok sangat main sampai habis peluh-peluh baju dia termasuklah rambut dia sekali..

Kids Playground Taman Tasik Shah Alam, Selangor

Seronok dia dapat bergelungsur dengan abang and kakak.. N paling suka anak jagaan mertua yang pompuan ni sebab dia pandai jaga baby asy. Kata mertua ''kalau pompuan ni lain sikit''. Kiranya apa yang nak disampaikan adalah orang pompuan ni dia lebih bertanggungjawab.. :D

Yang si abang pula dia syok sorang-sorang.. :P

Kids Playground Taman Tasik Shah Alam, Selangor

Mainan yang baby asy takleh main derang tak main sebab takut baby asy ikut.. tengok je boleh

Kids Playground Taman Tasik Shah Alam, Selangor

Sebenarnya acara hari tu adalah berkelah tapi bila on the way baru teringat kami tak bawa tikar.. aduyaii..  Tapi nasib baik la kat sana bangku bukan main banyak di keliling playground. Jadi kami lepak kat atas bangku je sambil perhati budak-budak ni main.. Tapi kalau dapat bersila atas tikar lagi layan

Sambil-sambil tu makan nudget, nasi lemak dan air teh yang kami bawa :D

Dah lama sebenarnya nak picnic macam ni tapi tak pernah berkesempatan.. Best sangat bila sekali dah merasa. N dan mertua pun dah rancang, kalau next week ada rezeki kami pergi berkelah lagi. Baby asy pun memang suka sampai nak balik kena dukung sebab dah penat sampai terlanggar-langgar playground, merangkak-rangkak kat tangga pun ada hati lagi nak main..

Nasib baik dia tak buat drama peluk tangga besi tu sebab takmo balik.. huhu

Tempat riadah yang lain:

Tuesday, November 18, 2014

Dirimu Satu by Ungu - Bila ku jauh

Bila ku jauh baru engkau nampak.. baru engkau buka mata.. baru engkau rindu..


Lagu ni ditujukan oleh kekasih hati kepada N. Dari semalam lagi kekasih hati tu suruh dengar lagu ni kat youtube, tapi memandangkan semalam tersangatlah busy, jadi tak sempat nak dengar. Blog pun terabai tanpa posting. Jadual hari ni busy macam semalam.. huhu

------------------------------------------------

Lirik Lagu Dirimu Satu -Ungu 

I will always love you kekasihku
dalam hidupku hanya dirimu satu
i will always need you cintaku
selamanya takkan pernah terganti

Ku mau menjadi yang terakhir untukmu
ku mau menjadi mimpi indahmu
cintai aku dengan hatimu
seperti aku mencintaimu
sayangi aku dengan kasihmu
seperti aku menyayangimu
i will be the last for you
and you will be the last for me

I will always love you kekasihku
dalam hidupku hanya dirimu satu

Ku mau menjadi yang terakhir untukmu
ku mau menjadi mimpi indahmu

Cintai aku dengan hatimu
seperti aku mencintaimu
sayangi aku dengan kasihmu
seperti aku menyayangimu
i will be the last for you
and you will be the last for me
i will be the last for you
and you will be the last for me


------------------------------------------------

Lirik penuh dengan kata-kata puitis memang indah. 

Lucky me - Owl Handphone Pouch by BBWANA ADIENIA

Hai you all.. Rabu lepas, N ada join segmen kat bawah ni..



And guess what??

Antara banyak-banyak segmen N join, baru kali ke dua ni N bertuah.. Terharunya rasa. Macam nak joget-joget kat tengah-tengah office ni.. hehe. Sebelum ni pernah juga dapat jadi yang bertuah tapi oleh kerana hari lapor diri untuk dapatkan hadiah dibuat hujung minggu dan hujung minggulah hari my day off without Internet, so N mampu tersenyum kelat je.. But this time, happy sangat..

Opss, bila cakap pasal hadiah ni. N teringat yang N pernah dapat satu lagi hadiah daripada blogger sebelum ni. Hadiah tu dah sampai rumah sebulan or dua bulan yang lalu tapi masih tak berkesempatan nak review dan tak buka pun lagi sampulnya.. Mungkin minggu depan N akan review.

Okay, jom tengok owl handphone pouch yang bakal jatuh ke dalam tangan N ni:


Cute kan.. Mekasih owner blog wana yang menganjurkan giveaway ni..

Thursday, November 13, 2014

Segmen #2 : Bloglist Disember 2014

Segmen #2 : Bloglist Disember 2014

klik banner kalau nak join

pendapat tentang blog kataubaid:

blog yang ringkas dan senang nak baca sebab berlatar belakangkan warna putih macam blog kapas putih ni.. N suka :D



Sarawak's Shopping Hauls Giveaway by Siti Yang Menaip


Nak join klik banner :D

Day 6 - 10 Things that you want to buy

October 10 Days Challenge

This is my top 10 items that I wanna buy:

1. Rumah
Tak kira la rumah kecil or besar asalkan rumah. Kalau ada banyak duit nak beli banyak rumah.. Sekarang ni rumah makin mahal, kadang-kadang tengok harga memang tak masuk akal langsung, tapi sebab tempat dan lokasi harganya melambung-lambung tanpa dijulang.. huhu

2. Kereta
Lagi up to date dari kereta yang ada sekarang. Kalau boleh nak la merasa kereta yang lagi best dan baru :D

3. Emas
Nak kumpul emas kenalah beli emas dulu. Bagus untuk pelaburan jangka masa panjang sebab emas makin hari makin naik harganya.

4. Lappy
Sekarang memang ada lappy tapi nak lagi canggih.. hoho

5. HP
Dah ada juga tapi nak yang lagi up to date dan specialist for camera lover 

6. Powerbank
Bila dah pakai HP canggih mesti ada powerbank pula sebab N ni kuat bergambar :D

7. Set bilik tidur
Ni khas untuk Baby Asy. kelmarin Maktok dia ada tunjuk katil theme Batman. Macam cute je. Dan Baby Asy pun perlukan almari sendiri sebab barang dia pun dah banyak. Tak muat dengan perabot yang ada.. huhu

8. Set memancing
Ni khas buat suami sebab dia suka memancing :D

9. Tiket ke seluruh dunia
Yang ni pula khas untuk parent yang dicintai. Mereka suka travel..

10. Set peralatan dapur
Untuk mertua yang sangat suka memasak

Baca ni juga:

Segmen : Blogwalking by Syahirah Valiant #1


klik banner untuk join

Jom blogwalking you all :D



Wednesday, November 12, 2014

SIMPLE GIVEAWAY BY BBWANA ADIENIA


SIMPLE GIVEAWAY BY BBWANA ADIENIA

klik banner untuk join :D

tarikh tamat 16 november 2014.. Wish me luck yaa :D

Day 5 - 10 Favourite Songs

October 10 Days Challenge

10 Lagu favourite N, semua lagu-lagu kat bawah ni memang memberi kesan yang mendalam dalam diri N. Ada yang bersangkut paut dengan sejarah silam tapi tak kurangnya juga dengan diri sendiri, keluarga, agama dan negara.

Lagu-lagu Nabi yang sangat best. kalau search lagu-lagu asmaul husna dalam youtube, ciptaan Hijjaz yang paling sedap didengar.. N suka dengar. Aman je telinga ni

Lagu yang menginsafkan. Bila hayati betul-betul air mata boleh meleleh-leleh. Banyaknya dosa yang ditanggung

Lagu khas untuk Ibu.. Sangat sedih, banyak kali nangis bila dengar lagu ni. Kadang-kadang tu memang N elak dengar lagu ni sebab takleh nak tahan air mata. huhu

4. Merdeka by Sudirman
Tiap kali Merdeka, lagu Tanggal 31, Merdeka yang dinyanyikan oleh Sudirman mesti akan berkumandang. Selepas detik 12 malam, bunga api akan muncul dan diiringi dengan lagu Negaraku dan disambung dengan Lagu Merdeka ni. Takder lagu lain yang boleh bersaing dengan lagu penyanyi  lagenda ni..

5. Balik Kampung by Sudirman
N memang takder kampung. Tapi setiap kali raya bila dengar lagu ni timbul rasa bahagia dan girang. Kemeriahan suasana hari raya tak lengkap tanpa lagu raya sudirman ni :D

6. Cinta Bersatu by Liyana Jasmay
N suka setiap lirik lagu ni. Liriknya bunyi sangat bahagia tapi bila N dengar dan hayati N rasa sedih. Tak tahulah kenapa, susah nak digambarkan dengan kata-kata.. :P

7. Bila Cinta by Gio (Lagenda Budak Setan)
Nothing much I can say.. It jus a sad song which relate to my heart dan my past..

Lagu ni memang lagu favourite N dari dulu sehinggalah sekarang. Ada kene mengena dengan sejarah cinta N yang silam. Lepas putus cinta N dengar lagu ni sepanjang masa.. dan nangis.. huhu.. Pastu bila dah reda N tinggalkan lagu ni bertahun-tahun dengan harapan nak mengelakkan kesedihan yang terlampau dan cuba elakkan untuk mendengar sehingga satu hari N perdengarkan balik dan masukkan dalam blog supaya N tak lupa.

9. Never be replaced by 1st Lady
Lagu ni pun sama macam kat atas. Mempunyai maksud yang sangat mendalam. Sedih bila dengar lagu ni dan lagu atas ni sebab setiap bibit lirik menyedihkan.. Hanya orang yang mengalami sahaja yang tahu macam mana perasaan sedih tu. Setiap orang yang kita kenali memang tak boleh diganti dengan yang lain.. Semua serba tak sama... :D

10. Spanish Romance
N kenal lagu ni masa N tengok cerita Autumn In My Heart. Cerita ni berlangsung masa N duduk asrama. Pernah tengok pun sekerat-sekerat je. Jadi bila N dah start kerja barulah ada masa nak tengok cerita ni. Masa tu betul-betul baru lepas break-up... Boleh??? Cerita tu memang sangat popular dengan linangan air mata pula tu, N memang cari nahas masa tu. Dari episode pertama sampai habis N tengok. Gila frust menonggenglah katakan masa tu.. huhu.. pastu siap cari coding dan tutorial main gitar guna lagu ni. Siap cuba pakai main gitar mama yang gedabak. Walau tak hebat mana tapi bolehlah untuk buat hilangkan kesedihan dalam hati pada masa yang gundah tu.

Others:
Andai ku bercinta lagi by Mojo

----------------------------------------

Baca ni juga:

Segmen 8 Jam Bersama Misya : Siapa terpantas?


Segmen 8 Jam Bersama Misya : Siapa terpantas?

Kalau diberi masa 8 minit untuk bertemu dengan Misya..

3 minit yang pertama nak selfie..

5 minit selebihnya nak ajak makan. Pertandingan makan dalam masa 5 minit. Tengok siapa yang boleh habis dulu makanan.. hehe boleh??

Tapi 8 minit tu singkat sangat masa.. Tak cukup ni misya.. Nak salam-salam sambil bertentang mata pun dah habis 10 minit.. huhu :P



Tuesday, November 11, 2014

Pencarian bloglist kekal Kapas Putih

Pencarian bloglist kekal Kapas Putih

Hai you all... Harini N nak wujudkan satu bloglist baru dalam blog Kapas Putih. Jadi sekarang N nak minta jasa baik you all, sekiranya blog you all mempunyai ciri-ciri seperti yang di bawah, digalakkan untuk join :D

Ciri-ciri yang perlu ada:

* Top Comentator - Mesti ada senarai pengkomen terbanyak di dalam blog. Ni untuk bagi semangat pengkomen tegar di luar sana dan dalam masa yang sama untuk menghargai pengkomen.

* Entry - Boleh buka dan baca banyak entry dalam satu page

* Kotak komen - Bila boleh buka banyak entry dalam satu masa, bahagian komen mestilah pop-up window

+ Contoh ciri-ciri di atas adalah seperti blog kapas putih ni +

Jadi, pada you all yang ada ciri-ciri blog seperti di atas, dialukan untuk join. Di samping dapat eratkan silaturahim, dalam masa yang sama bolehlah kita promosikan blog. Okay, apa yang perlu dibuat??

Arahan:

1. Follow blog kapas-putih.blogspot.com kalau sudi :D

2. Tinggalkan saja link blog kat bahagian komen entry ni..

3. Setiap penyertaan yang mengikut syarat akan terus dimasukkan ke dalam bloglist.

4. Pencarian akan terhenti bila N dah dapat 100 blog yang ada ciri-ciri seperti di atas.

Untuk pengetahuan you all bloglist kekal ni sudah pun wujud kat dalam blog kapas putih (Nama bloglist - Blog senang blogwalking).. Ada beberapa blog yang N dah senaraikan dalam bloglist setakat ni, tapi kalau boleh nak lagi banyak. Selamat berblogwalking semua :D

My First Nasi Lemak Breakfast purchase

After 5 months plus at workplace... Haaa percaya or tak selepas officemate N berhenti kerja lebih kurang 2 tahun lepas N dah jarang beli nasi lemak waktu pagi kat tempat kerja. Mungkin pernah beli sekali dua je kot.


Harini terpanggil pula nak beli. Sampaikan officemate pelik tengok. Officemate yang baru ni memang tak pernah nampak N makan nasi lemak pepagi buta macam ni. Sebenarnya dah lama teringin nak makan sambal paru tapi seperti biasa bila sampai tempat kerja banyak gerai nasi lemak tak buka lagi. Belasah mana yang ada je lah..

So, harini N pekena nasi lemak mata kerbau.. Rasanya sedap la juga untuk N yang tak picky eater ni :D

Kesimpulannya selepas makan nasi lemak pagi ni, mungkin lagi dua bulan N akan beli lagi. Tapi nak beli kat gerai yang ada sambal paru..

Monday, November 10, 2014

Day 4 - 10 Favourite Artists

Uik.. mana October 10 days challenge day 3?? Huhu.. N skip okay, sebabnya N tak cukup lagi beberapa favourite youtube channel. Tak lengkap pula kalau letak kurang dari 10 kan. Nanti dah cukup baru N post.. So sekarang N terus ke hari yang seterusnya :D

October 10 Days Challenge

Artis ni termasuk penyanyi dan pelakon kan?? Senarai artis pilihan N

1. P. Ramlee - Bintang lagenda ni sangat-sangatlah popular. Cerita dan setiap watak yang dipegang semua pun menarik. Malahan cerita-cerita P. Ramlee dulu sering ditayangkan di kaca TV walaupun orangnya dah tiada..

2. Sudirman - N sangat suka lagu-lagu Sudirman. Semuanya sedap dan ada beberapa lagu yang evergreen dan kerap dimainkan pada event-event tertentu. Hilangnya penyanyi (pelakon juga) ini tiada gantinya.. Sudirman sangat istimewa. 

3. Siti Nurhaliza - N suka Siti Nurhaliza tetapi bukanlah peminat fanatik yaa. N sangat senang dengan Dato Siti kerana dia pandai jaga diri sejak dia berjinak-jinak dengan dunia hiburan. Tiada gosip-gosip liar ataupun cerita yang buruk-buruk pasal dia.. Dan paling best Dato Siti pernah digelar sebagai penyimpan remaja ASB yang terbanyak. Bagus, contoh yang baik untuk semua golongan artis remaja di luar sana dan juga remaja biasa.

4. Fadzlie - N suka dia sebab dia bukan saja pandai nyanyi tapi seimbang dengan tahap pembelajaran dia sehingga bergelar angkasawan. Selain dari tu pandai masak (Master Chef) dan dia juga public figure yang berjaya yang boleh dijadikan contoh. Dr Fadzlie ni pernah datang bagi ceramah kat UiTM Dungun dulu. Seronoknya la dengar dia bagi ceramah. Penuh satu dewan sampaikan N kena berdiri.. :D

5. Jalalludin Hassan - Suka sangat tengok dia berlakon. Lakonannya sangat cool dan macho walaupun dah berusia. Orang lelaki ni makin berusia, makin menarik :D. Sangat sesuai memegang watak-watak korporat kerana perwatakan memang nampak korporat :D

6. Vanida Imram - Ni lebih kurang macam ayah angkatku di atas. :P huhu.. Vanida ni kalau berlakon, apa saja watak dia boleh pegang. Bagi N Vanida ni eksklusif sebab jarang nampak dia berlakon. Dan N paling suka kehidupan dia yang kurang dengan gosip liar dan bahagia bersama suami. Derang ni dah lama bersama dan masih bersama sehingga kini.

7. Lisa Surihani / Yusry KRU - N mula suka mereka ni bila TV menyiarkan Passport Cinta, satu rancangan jalan-jalan budget yang dikelolakan oleh mereka berdua. Memang sangat serasi bersama. Lisa seorang yang suka merancang tetapi Yusry jenis yang pakai main redah :D.. I like

8. Ella - N suka dengan Ella ni sebab suara dia yang serak-serak basah. N kategorikan Ella ni sebagai seorang yang berani kerana personaliti dan pekerjaan dia sangat jauh berbeza. Berbeza dari segi apa?? Haaa.. kalau you all perhatikan betul-betul perwatakan Ella ni sangat-sangat manja. Kalau orang yang tak mengenali dia sure Ella ni dianggap mengada-ngada.. Well, jangan macam tu yer you all. Dia bukan mengada, tapi memang perwatakan dia macam tu. Pastu dia nyanyi lagu bentuk rock... Kan jauh berbeza tu. Dalam kekerasan ada kelembutan.. N suka.. Suka juga lagu-lagu dia :D 

9. Yuna - N memang respect bintang youtube ni. Lagu dan suara dia yang bersahaja sangat mendamaikan. Sangat senang di telinga N. Paling best bila lagu yang dimainkan adalah rekaan sendiri. Bukan boleh nyanyi je, alat muzik pun boleh main. Memang sangat berbakat.. Multipurpose.. memang N suka orang yang ada banyak kebolehan macam ni.

10. Fara Fauzana - Ni boleh kategori artis ke?? N suka sangat Fafau ni. Rasa tak lengkap kalau pepagi tak dengar dia celoteh kat radio Hot FM. Tak lupa juga AG, Fizi dan DR R.. FBI pula sentiasa akan dirindui.. sob sob..

Friday, November 7, 2014

Lagi Waroeng Penyet, MBO Klang

Yer, N datang lagi buat kali kedua. Kali pertama dah cerita kat sini. Dan kali ni Mak dan adik ipar ikut sekali. First time juga derang datang makan sini. Sebelum ni papa n mama bawa N dan baby asy je.

Memang best.. terbaik. check out this piccas you all..

Lagi Waroeng Penyet, MBO Klang

Hidangan ayam or daging penyet ni disertakan sekali hirisan kobis, tauhu seketul, tempe seketul dan krik kruk krik kruk ditabur atas hidangan.

Kali ni order ayam penyet dua pinggan dan daging penyet sepinggan, nasi empat pinggan plus satu nasi tambahan. Mama macam biasa, tak makan nasi sebab perut mama kecik. Mama cuma ratah-ratah dan makan tauhu ni..

Baby Asy sibuk tengok Frozen kat TV. Suruh makan, sikit je masuk mulut dia. Sabar je la budak yang baru bangun tidur ni..

Lagi Waroeng Penyet, MBO Klang

Memang terbaik.. siap bungkus daging penyet untuk cik asben sebab masa nak pergi dia dah menghilangkan diri cari seluar jeans kat Uptown dan HP tak bawa.. Boleh?? huhu sabar je la.. :P

Sebelum balik kami ke kedai D.I.Y. yang ada dalam mall MBO tu. Best, macam-macam ada. Siap beli penggantung yang boleh sangkut kat belakang pintu tu untuk cik asben :D.. Best dan murah. Ada masa nanti N review yaa

Thursday, November 6, 2014

Day 2 - Favourite Phone Applications

October 10 days challenge

Application kat dalam HP N ni tak banyak mana..  Tapi kat bawah ni apa yang N guna:

1.Whats App - Untuk berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan. Tapi ni pun kalau kat office or rumah mama je sebab N tak pasang plan Internet. Cuma guna Wifi je :D

2. Photo Grid - Seperti yang semua tahu, N ni kaki gambar dan kaki edit gambar. Jadi wajib ada photo editor app macam ni. Nilah photo editor app yang paling terbaik. Dah upload yang lain tapi takder yang setanding dengan Photo Grid.

3. Beauty Plus - Oleh kerana muka tak cun dan licin mulus cam Anzalna jadi app ni sangat berguna untuk tutup cacat cela kat diri N ni. You all pun jangan tertipu dan jeles kalau tengok muka N yang licin cam baby.. Semua tu menipu je. Semuanya gara-gara Beauty Plus... Hohooo

4. Inkpad - N memang suka letak maklumat penting dalam phone tapi cukup tak suka letak kat bahagian sms (draft). Oleh kerana Lenovo N ni takder tempat note yang N rasa sangat-sangat pelik, sebab phone N yang lagi cikai pun sebelum ni ada je notes you all.. Jadi N terpaksa download Inkpad ni.

5. Instagram - N dah buat dulu tapi delete sebab pening nak guna, tapi baru-baru ni N on balik sebab ada rakan-rakan yang tanya. Takmo kecewakan mereka... Hohoo

6. Chrome - N guna ni untuk surf dan juga update gambar dalam blog. Blogging menulis jarang-jarang sebab lepas dah upload piccas N akan edit guna PC :P

7. KidsDoodle - Ni saja download sebab N kan suka seni. Konon boleh doodle la. Dan dalam masa yang sama boleh kembangkan kekreatifan Baby Asy :D

8. Baby sleep - Konon app untuk kasi baby tidur la. Tapi bila N pasang, anak N duk pegang dan bawa ku hulu ke hilir sambil letak kat telinga. Mata pula tak menunjukkan mata garfield. Bulat lagi ada sebab excited dengar lagu yang aman damai dalam app tu. Pastu N yang rasa sleepy ada la sementara nak tunggu ianya berkesan kat anak..

9. Drop Box - Dah penuh sebab banyak sangat gambar. Ni saja download. Konon sebagai back up..

10. Youtube - Jarang guna kecuali kalau tiba-tiba N amik data plan maxis for several days..

------------------------------------------------

Jangan terlepas baca yang ni: