About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Showing posts with label ARTIS. Show all posts
Showing posts with label ARTIS. Show all posts

Monday, July 7, 2014

Malaysia CHABOR by Joyce Chu

Haiii semua. Pernah dengar tak lagu Malaysia CHABOR? Haa kalau tak pernah dengar, cepat-cepat klik play kat video bawah ni. Best, N suka. Dapat tahu lagu ni pun lepas N dengar video yang adik ipar pasang untuk Baby Asy tengok. Lagunya sangat catchy dan menarik sampaikan N melilau-lilau google sebab tak ingat tajuk lagu. At last jumpa la juga

Dinyanyikan oleh Joyce Chu yang merupakan seorang pelajar berumur 17 tahun dan berasal dari Johor. Dia sering disalah anggap seperti Orang Korea, jadi dia pun nyanyi sebuah lagu berkisar tentang keadaan dia. Pada saat ni je (23 June 2014 - dah duduk dalam draft lama sangat huhu), video dia telah ditonton sebanyak 4, 908, 380. Hebat!!!



Nak karok bersama Joyce Chu, lirik mandarin kat bawah :D

Malaysia CHABOR by Joyce Chu

Translation ke Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu :D

Malaysia CHABOR by Joyce Chu

Lirik lagu kredit sini dan sini

Monday, May 12, 2014

Abang abang pun suka juga Izzue Islam. Fear Factor Malaysia

Inilah penangan Aku Isterinya lakonan Izzue Islam dan juga pelakon favourite N yang cun melecun lagi gojes Anzalna. Bila dah jadi terkenal Mrs Izzue aka Izzue's wife kena la share Izzue Islam dengan peminat-peminat yang sedia ada termasuklah N.. Woohhhoooo. Sejak bila pula la N dah pandai menggedik minat kat Izzue ni weiii....

hahahaaa.. Tarik nafas panjang-panjang. N pun tak percaya weiii. Sejak bilalah ye. Sebenarnya dulu bukan saja bese-bese tapi tak kenal pun dengan Izzue Islam ni walaupun masa tengok catatan sejarah kat Wikipedia tu, dah banyak cerita yang dia dah lakonkan. N cuba kenangkan kembali cerita-cerita yang N pernah tengok dan tengok list cerita yang Izzue Islam pernah lakonkan. Hurmm takder pun, sebab tu la agaknya tak kenal.

Tapi sejak cerita Aku Isterinya kat TV3, perasaan suka tu kian menebal. Tapi jangan salah faham ekk.. Perasaan suka tengok je sebagai peminat sebab makin lama tengok makin comel pula. Secocok betul dengan Anzalna.. Hehehee... mintak maaf la cik wife Izzue yer.. Mereka secocok dalam lakonan aje.

Bila tengok Izzue Islam kat mana-mana, gatal je tangan nak klik nama dia.. hehe.. Selain dari Aku Isterinya sekarang ni Izzue ada kat pertandingan Fear Factor Malaysia. Bergandingan dengan Ezarul Emri. Siapakah dia?? Adushh.. gila tak kenal, pelakon ke Ezarul Emri ni. Tak dapat nak cam la sebab muka Izzue kat bawah ni pun nampak lain. Takperlah esok-esok N google tengok.

Fear Factor Malaysia

Haahhh.. kat bawah ni sedikit info pasal diaorang berdua. Yang menarik perhatian dah tentulah la Izzue Islam. Baru 23 tahun okay, sangat muda remaja. Karektor romantikdan pendiam. Pendiam ke??

Fear Factor Malaysia

Pastu ada komen..

"ye ke izzue pendiam"

Pastu diikuti dengan komen

"i love him too"

OMG...Tolonglah.... Serius ke ko love him too. Mintak maaf la you all. Mukadimah panjang sangat. Sekarang ni baru you all tahu kan kenapa N letak tajuk entry ni macam tu kan. See.. see.. Bertuah ko Izzue Islam, bukan saja digilai oleh anak-anak gadis, bini-bini orang, mak cik-mak cik tapi Abang-abang pun suka juga. Dasyat-dasyat..

Kalau you all buka website Fear Factor ni tolonglah jangan buka FB abang yang komen macam kat atas ni, serius jangan. Kalau tak nyesal. Macam N la, ingatkan ownernya pompuan yang letak profile pic BF dia.. Tapi takkk.. N tak sempat nak explore you FB dia. Buka je pastu terus tutup.. 

Gerun takut tengok Pic banner FB dia.. Nak tercabut biji mata, Nasib baik N dah kahwin, taklah terkejut beberuk sangat. Tapi kesannya tetap ada.. Wah dah macam 18SX pula ceritanya ekk..

Friday, April 25, 2014

Izzue Islam carian paling popular

Izzue Islam merupakan carian paling popular dalam search engine google.. Pelik la N, apa la yang orang suka sangat pasal dia.. Adakah sebab dia handsome, bergaya, pandai, ataupun kaya raya..??

Untuk tahu sebab apa N pun type nama dia kat google search dan klik site pertama yang keluar.. Wikipedia...

Izzue Islam carian paling popular

Waaaaa..... Bila keluar je page wiki, semua maklumat dia pun terkeluar dengan banyaknya tanpa dijangka. Well, N dont expect to be found lots of his info include his birth. Tak sangka N. Teruja pun ye..

Tapi bukan teruja sebab Izzue Islam ekk, N teruja dengan wikipedia yang menyimpan segala jenis maklumat. Selalunya N guna wiki ni untuk cari tempat, benda ataupun perkataan-perkataan yang N tak faham.

Izzue Islam carian paling popular

Baru ku tahu sekarang yang Izzue Islam ni adalah salah seorang ahli kumpulan Forteen.. Gila buta hiburan kan N ni.. Memang tak dapat la nak jadi DJ macam DJ impian N Farah Fauzana sebab gara-gara tak kenal artis..

Ishh... rasa macam mundur pula bila tak tahu yang wiki ni pun ada menyenaraikan orang-orang penting dan popular.. Or public figure..

Izzue Islam carian paling popular

Tengok ni Dato Siti Nurhaliza pun ada.. Jangan main-main, Dato ni lagi la famos amos.. mihmihh...

Okay moh tayang sikit gambar Izzue Islam.. wife.. dan juga Anzalna

Izzue Islam carian paling popular

Suka tengok dia dengan Anzalna dan cerita yang diaorang digandingkan bersama, Aku Isternya / Aku bukan Mistress. Tapi tak suka lakonan diaorang sebab boleh nampak ketegangan di antara satu sama lain.. Izzue memang handsome, Anzalna pun cantik.. Lakonan best tapi ketegangan tu N masih nampak..

Monday, April 21, 2014

Nora Danish mandi

Heheheee... Beberapa hari yang lepas N rasa tersangatlah bosan sampai semua benda kat blogger dashboard N godek. Godek punya godek.. Haaaahh!! Terkejut N tengok search keyword blog N.

Second popular keyword yang termasuk dalam blog N ialah Nora Danish mandi.. Walaweii.. apakah?? Bila masa pula N cerita pasal Nora  Danish mandi.


Hahh.. pelik-pelik la diaorang ni. Nora Danish mandi pun nak dicari. Dah sah-sah la takkan jumpa. Kalau ada pun mungkin yang dah edit sebab saja nak jadi bahan cerita.

Oleh kerana N dapat keyword Nora Danish mandi ni, untuk tahu kebenaran N pun dah terjebak untuk google image Nora Danish mandi.. Dan N jumpa beberapa keping gambar Nora Danish tengah mandi..

Nah semua kaki search Nora Danish mandi. Ni gambar amik kat site ni. Tapi derang pun amik kat laman sosial Nora Danish.

Nora Danish mandi di pantai Bali

Haaa.. cantik kan, maksud N gambar ni. Kalau nak kata Nora Danish dia memang dah sedia cantik. N memang dari dulu suka tengok Nora Danish. Muka dia baby face walaupun umur dah berganjak makin banyak. Post dia dan gaya orang yang tangkap gambar ni memang marveles. Salah satu fotografi yang boleh dibanggakan.

Haa puas hati??... hehh