About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Showing posts with label ROBOT. Show all posts
Showing posts with label ROBOT. Show all posts

Monday, August 25, 2014

Alam Impian Part 1 - Robots and Rocks Art Park

Kelmarin N jalan-jalan bergambar kat Alam Impian. Dekat sana ada satu taman yang pamerkan seni robot dan batu. Ada lima robot semuanya dan kelima-lima robot ni sangat teruja dengan batu :P

Rupa macam transformers pun ada juga..

Alam Impian Part 1 - Robots and Rocks Art

First robot N name it as CONFUSED ROBOT. Kenapa?? Sebab robot ni nampak macam nak tolak batu tapi dalam masa yang sama nampak juga macam nak excercise.. :P

Prop kat atas ni adalah dua anak buah N. Memang ikut arahan bila disuruh angkat tangan :D

Alam Impian Part 1 - Robots and Rocks Art

Second robot N name it as ROCK LIFTER ROBOT as the robot seems try to lift the rock.

Alam Impian Part 1 - Robots and Rocks Art

Third robot N name it as ROCK CRUSHER ROBOT. Semua batu bakal dipecahkan. Tetiba pula teringat Candy Crush, game kegemaran semua orang termasuklah Mama. Canggih veteran zaman sekarang tau, N sendiri pun main Candy Crush baru sampai tahap 2 kot.. Main tu pun sebab kena buka sekejap nak bagi tiket Mama request.. Terkial-kial tau sebab tak tahu apakah bendanya Candy Crush ni. Tapi demi Mama yang dicintai, N cuba juga faham. 

Tapi sekali tu je lah N masuk dan main kejap.. Lepas dari tu........ bye bye.. huhu.. N memang tak mahu sentuh game tu sebab ia boleh menyebabkan ketagihan. Lagi-lagi pula N ni jenis game lover, phuihhh bahaya.. Jadi, baik N tak sentuh. Tak mo masa terbuang main benda yang tak berfaedah.. Penggemar Candy Crush jangan marah noooo, N tak kutuk mainan tu cumanya ia kurang sesuai untuk N yang tak banyak masa ni.

Alam Impian Part 1 - Robots and Rocks Art

Satu-satunya anak buah perempuan.. Little Amani, tak reti nak duduk diam budak ni dan takmo diambil gambar, asyik nak lari saja

Alam Impian Part 1 - Robots and Rocks Art

MACHO BOT. Nampak hebat robot ni nak angkat dua ketul batu.

Alam Impian Part 1 - Robots and Rocks Art

ROCK THROWER ROBOT.. Asal batu tu kat depan, tapi sebab ramai yang nak bergambar dengan robot ni, jadi robot ni dah alihkan batu tersebut ke belakang :P

Alam Impian Part 1 - Robots and Rocks Art

Jadi, jumlah semua ada lima robot dan batu-batu mereka :D

Alam Impian Part 1 - Robots and Rocks Art

Tokma dan cucunya Amani.. Lepas habis bergambar dengan robot-robot ni kami beralih ke Taman Gravity Art Wall.

Sebelum sampai ke sana ada batu-batu yang disusun, kiranya sebagai pembahagi antara Taman Robot Batu dan juga Taman Gravity Art Wall.

Alam Impian Part 1 - Robots and Rocks Art Park

Batu seperti dicakar.. Nice art work

Alam Impian Part 1 - Robots and Rocks Art Park

Tak semua batu diwarnakan.. Banyak batu disusun sampai kat hujung gambar boleh nampak.

Lepas tu..

Nantikan sambungan esok :D

Gambar banyak, terpaksa buat entry sambungan.. chill!!