About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Showing posts with label SHOPPING. Show all posts
Showing posts with label SHOPPING. Show all posts

Monday, September 5, 2016

Fesyen Work Pants yang Sesuai ke Pejabat

Hey girls out there!!

Zalora Fesyen Work Pants

Wahai kaum hawa semua.. Mesti you all sentiasa tertanya-tanya sambil perah otak fikir apakah jenis seluar yang sesuai untuk digayakan ke pejabat.

Memang normal sangat bagi orang perempuan ni. Baju penuh satu almari sampai dah tak muat nak simpan tapi bila nak keluar pergi kerja, kepala jadi haru biru sebab tak tau nak pakai yang mana satu. Boleh ke kalau nak pakai semua jenis pakaian especially seluar yang ada dalam almari tu. Sesuai ke kalau nak pakai untuk bekerja terutamanya dalam sektor korporat sebab etika pakaian ke pejabat ni sangat penting dan tak boleh amik ringan. 

Sektor korporat ni selalunya formal dan berkait rapat dengan meeting dan perjumpaan bersama pelanggan, jadi pemakaian yang betul menampilkan sikap yang tampak lebih profesional di tempat kerja di samping meningkatkan tahap keyakinan diri.

So ladies, kat bawah ni ada beberapa jenis seluar kerja atau women work pants yang paling SESUAI untuk digayakan ke pejabat;


Dress Pants

Fesyen seluar yang paling sesuai untuk digayakan dengan kemeja pejabat adalah koleksi dress pants. Biasanya koleksi dress pants wanita ini direka dengan potongan yang agak lebar pada bahagian betis dan ke bawah atau wide leg pants cutting. Sangat sesuai bagi kaum wanita yang suka berketerampilan innocent look.


Slack Pants

Jika anda tidak menggemari rekaan dress pants yang berpotongan sedikit lebar seperti di atas, anda juga boleh memakai koleksi slack pants yang berpotongan straight cut seperti berikut. Fesyen seluar slack pants ni sesuai untuk you all yang berani mencuba dan sukakan fesyen yang ringkas.


Palazzo Pants

Pilihan ketiga adalah koleksi palazzo pants untuk wanita yang inginkan lebih keselesaan di tempat kerja. Potongan palazzo pants yang lebar ini sesuai dipakai oleh semua wanita tidak mengira bentuk badan. Palazzo pants ni menampakkan lagi ciri-ciri kelembutan seseorang wanita kerana kelebaran seluar ini seolah-olah seperti anda memakai skirt.


Jogger Pants


Dan jangan terperanjat jika anda juga boleh menggayakan koleksi jogger pants sebagai seluar anda ke pejabat. Pilih jogger pants yang berwarna gelap dan tidak bercorak untuk disesuaikan dengan suasana korporat di pejabat anda. 

All picture and product are credit and can be purchase from ZALORA. TQ

Hero voucher for sept 2016

Hero voucher dah kembali. Rasanya macam baru je beberapa hari lepas tanya kat cashier bila buku voucher nak keluar. Alik alik pagi ni shopping, kat resit tu ada kertas untuk claim buku voucher. Yes!!!

Tak sabar nak guna pakai. Org yang bagi buku voucher siap ingatkan tarikh lagi. Mujur dia bgtau, kalau idak mesti dah excited nak koyak n shopping..

Anyway, voucher can be used on 16 of sept 16 and valid for a month.. wah wah... promote macam duta hero gitu. Meh N kasi sneak peak, sape sape yang nak buku voucher ni kene jadik member hero dulu.. 😃

Murah murah.. jom shopping!!

Tuesday, August 11, 2015

Hero vouchers book kembali...

Heloo semua.. salam petang. Urmmm agak-agak dah empat bulan N tak post apa-apa dalam blog ni. Last post awal bulan empat. Kenapa ntah tiba-tiba rasa macam merajuk dengan blog ni. Takder mood nak berblog walhal macam-macam benda nak diceritakan. Susah betul nak kembalikan aura berblog macam dulu. Tahun ni boleh kira berapa banyak entry je yang ada. Tapi walaupun sunyi sepi tanpa khabar dari N, kapas putih masih juga dikunjungi. Terima kasih ya wahai pengunjung semua :D. Dan tak lupa pada blogger yang tertanya tanya pasal giveaway top up tu, nanti N akan announce pemenangnya ya.

Okay, untuk kembalikan aura berblogging meh N mulakan bicara dengan buku vouchers hero market. Buku vouchers ni N baru redeem semalam dan hanya pemegang kad saja boleh redeem. Takder kad takleh dapat buku vouchers. Excited sangat nakkan buku ni sebab hero market kan dekat sangat dengan tempat kerja N, selang satu blok je... Merangkak pun boleh sampai gitu. :P

buku vouchers hero market

Vouchers ni luput bulan September. Boleh lagi tunggu gaji hujung bulan kalau dah tak cukup budget :D. N memang suka sangat buku vouchers ni sebab kat Malaysia mana ada supermarket lain buat macam ni. Selalunya setiap buku yang N dapat mesti tak kurang dari lima vouchers N guna. Harga dalam vouchers ni memang berbaloi-baloi. Kalau yang murah tu, murah betul. Sampaikan tukar-tukar buku dengan officemate.

buku vouchers hero market

First page lagi dah ada benda yang menarik perhatian. Strawberry yeay!!!! Memang ada niat nak beli strawberry kat baby asy sebab baru-baru ni kami naik Genting, asy nak petik strawberry tapi kami tak bagi.. Mahal ya.. huhu Nanti N buat satu entry pasal genting ye. Pastu ada juga jual, tak beli juga sebab mahal.. 

Sob sob. Macam kempunan lak rasa. Memandangkan dah ada voucher strawberry ni, bolehlah guna. Beli sekali chocolate hurshey syrup pastu taruk atas strawberry macam kat cameron tuh.. huishhhh boleh leleh air liuq. slurp

buku vouchers hero market

Okay, ni vouchers yang N baru potong. Ada la dalam 9 keping, Tapi masih ada lagi dalam buku yang N nak tapi masih berpikir-pikir lagi.

Tengok tu ada Buttercup RM3.50 memang murah sangat. Wajib beli tu untuk buat kek or what so ever. Dan tak lupa nutrigen susu kultur favourite baby asy.

Saturday, September 27, 2014

ZALORA Sneakers.. Cantik!!!

Hari tu N ada cerita pasal sneaker (Macam kepingin sneaker). Jadi, sekarang ni Zalora kan buat sales. Kalau buka je blog mesti nampak iklan Zalora dalam Nuffnang tengah menari-nari.. Memang kebetulan lah kan masa N tengah kepingin tu terkeluar pula gambar sneaker kat iklan Nuffnang Zalora ni. Ishh macam tahu-tahu je yang N nak beli sneaker. 

Jom layan sneaker yang jadi pujaan dalam Zalora ni..

RM75

RM65

RM55.99

RM59

RM59.99

RM59.90

N ada voucher Zalora RM50.. Agaknya yang mana N nak beli yer. Dan lagi satu, N tak pernah lagi shopping kat Zalora. Macam mana ye??

Sunday, August 24, 2014

3 in 1 Plush Toy Pillow & Blanket Groupon

Wala wala... cute sangat Groupon Blanket pillow ni. Terkenan kat hati. Harga RM42.

3 in 1 Plush Toy Pillow & Blanket Groupon

Kalau ada budget memang dah rembat memandangkan office pun dah dipasang air con baru :D

Klik gambar atas untuk tengok lagi details

3 in 1 Plush Toy Pillow & Blanket Groupon

N paling suka design bear ni..

3 in 1 Plush Toy Pillow & Blanket Groupon

Mouse pun comel juga

3 in 1 Plush Toy Pillow & Blanket Groupon

Minion.. macam spongebob huhu

3 in 1 Plush Toy Pillow & Blanket Groupon

Totoru 

3 in 1 Plush Toy Pillow & Blanket Groupon

Deer comel

3 in 1 Plush Toy Pillow & Blanket Groupon

Rabbit ni sangat pink.. suka :D

IKEA Swedish Treat Sampling 24 August 2014

Apa yang best kat IKEA hari ni..??

IKEA Family Fun for 24 August 2014

Jom layan aktiviti IKEA untuk hari ni:

11.00 am - 12.00 pm - Ikea entrance
Swedish Treats Sampling

1.00 - 2.00 pm - first floor
Complimentary ice cream for children dressed in yellow and blue shirts

2.00 - 4.00 - Photo wall
Photobooth

Saturday, August 23, 2014

IKEA Meatballs Eating Contest for 23 August 2014

Apa yang best kat IKEA hari ni??

Macam-macam, jom usah sikit

IKEA Meatballs Eating Contest for 23 August 2014

11.00 am - 12.00 pm - bistro
Eating contest meatballs

1 - 2 pm - first floor (limited)
Complimentary ice cream for children dressed in yellow and blues shirts

2.00 - 3.00 pm - bistro
Eating contest hotdogs

3 - 4 pm - opp exchange and return counters
Face painting

IKEA

Thursday, August 21, 2014

IKEA Reko Clear Glass RM3.50 for 6 pieces.. Cheap haa

Tu dia.. Kalau IKEA buat promotion harga derang slash hampir 50% off..

IKEA sales promotion

Untuk last IKEA pamplet promotion ni N berkenan sungguh dengan IKEA Tokig salad spinner. Bagus untuk tapis sayur dan fungsi putarannya dapat membuang lagi banyak kandungan air pada sayur mahupun salad. Menyenangkan kerja di dapur.. I like :D

Tapi barang-barang kat atas ni tak sempat pula N tengok last week masa pergi sana sebab kami terus tertumpu ke tempat barang yang nak kami beli.. Ehemmm takdelah kami sebenarnya, sebab N teman je kan.. hehe

Pada hari kejadian :P, kawan N ada beli small transparent glass, IKEA Reko Clear Glass. Katanya beli untuk rumah dia sebab banyak gelas dah pecah. Sesuai sangat untuk hari raya, ramai student mak dia datang rumah beraya katanya lagi..

Harga tak payah cakaplah, murah bangat.. Dengan hanya RM3.50 boleh dapat 6 gelas. Maknanya satu gelas harganya 58 sen >> bundarkan 60 sen untuk satu gelas.

IKEA Reko Clear Glass

IKEA Reko Clear Glass RM3.50 for 6 pieces..

Ayahnya kirim gelas ni bagi RM50.00 dan member ni rembat sampai 10 kotak you all.. Haaa banyak total 60 pieces. Nak buat kenduri untuk 50 kepala pun dah lepas..

Gelasnya kecik, sesuai la untuk tetamu basahkan tekak. Kalau nak minum lagi banyak kena tuang banyak kalilah. Sangat senang nak bawa dan basuh sebab saiznya yang comel. Dan nampak lagi kelas bila ianya dalam bentuk lutsinar :D N suka sangat barang-barang yang lutsinar. Senang sebab dari jauh lagi dah nampak ada isi ataupun tak.

Dan yang best pasal gelas ni, ianya boleh ditindan. Nak bawa ke sinki senang dan nak simpan dalam almari pun senang. Jimat ruang you all :D

IKEA Reko Clear Glass

Wednesday, August 20, 2014

IKEA promotion from 7-24 August 2014

Bila tengok promotion IKEA ni, teringat pula minggu lepas masa N pergi IKEA. N tak beli apa pun, cuma teman kawan beli barang sikit untuk baby dan kelengkapan rumah. Tapi serius rambang mata.. huhu 

IKEA promotion from 7-24 August 2014

IKEA Rosali shoe box tu N tengok atas rack kat IKEA tu boleh tahan besar juga untuk simpan beberapa pasang kasut. Terkenan pula, nasib baik takder duit. Kalau tak dah rembat 2 pasang sebab harganya RM19.90 untuk 2 kotak. Maksudnya satu kotak kasut tu RM10.00 je.. Ish berbaloi-baloi ni dari harga asal.

Sangat sesuai untuk pengumpul kasut :D

IKEA Ensta Net pun best juga, lagi-lagi sekarang ni nyamuk kat rumah tak menentu. Kalau datang musimnya, tergaru-garu la kami seisi rumah kena gigit dengan mereka yang dahagakan darahh..... 

Bestkan tengok pamplet promotion IKEA ni. Kalau nak tengok lagi pamplet yang lain, rajin-rajin la klik iklan IKEA yang menari-nari kat blog N ni :D

Sunday, August 17, 2014

Swedish Treats Sampling at IKEA today!!

Aktiviti menarik hujung minggi di IKEA.. 17 August 2014

Swedish Treats Sampling at IKEA today!!

Aktiviti semalam dan hari ni di IKEA memang menarik.. Jom usha.. N siap listkan ikut waktu supaya you all takkan terlepas satu pun, ala ala mcam marathon event.. Bersambung-sambung gitu..

11.00 am - 12.00 pm
Swedish Treats Sampling - IKEA Entrance and Swedish Food Market

1.00 pm - 2.00 pm
Complimentary ice cream for children dresed in yellow or blue shirts (limited)

2.00 pm - 4.00 pm
Photobooth - Photo wall

** Nota kaki: Kalau you all nampak iklan nuffnang IKEA menari-nari comel kat blog ni, minta tolonglah klik-klik manja ye.. hehe mekasih semua :D

Saturday, August 16, 2014

IKEA Family Fun Event Today 16 August 2014

Kalau tengok jadual Family Fun IKEA ni...

IKEA Family Fun Event Today 16 August 2014

Event yang ada hari ni bertarikh 16 Ogos 2014, kat IKEA adalah:

11.00 am - 12.00 pm
Free balloons for children - IKEA entrance

11.00 am - 12.00 pm
Photo Session with Sweedish boy & girl - Photo wall

1.00 pm - 2.00 pm
Complimentary ice cream for children dressed in yellow or blue shirt

2.00 pm - 4.00 pm
Face painting - Opposite exchanges and returns counters

Jadi, kalau nak shopping kat IKEA hari ni pastikan anda berada di sana sebelum jam 11.00 pagi supaya anak-anak dapat belon free dan pastikan mereka pakai baju warna kuning atau biru untuk dapat ice cream free. Tapi semuanya terhad, jangan lepaskan peluang..

Serius menarik event hari ni.. Agak-agak kalau N yang pakai baju kuning or biru boleh dapat tak ice cream tu :P

** Nota kaki: You all yang baik hati, kalau nampak iklan Nuffnang IKEA tersembul-sembul kat blog N, deras-deras la klik ekkk.. Mekasih sebab sudi menabung untuk blog ni.

Sunday, July 27, 2014

Last Minute Shopping Raya PKNS Shah Alam

N macam biasa la tiap-tiap tahun pun sama tempat shopping nya. Malam raya N pasti akan ke PKNS Shah Alam. Terlampau banyak pilihan yang ada sampai rambang mata. Gerai yang dibuka pun banyak dan panjang.

Pada malam raya, ada sesetengah penjual akan turunkan harga untuk habiskan jualan mereka. Masa nilah kita boleh dapatkan harga yang murah dari biasa. Kalau tak dapat tawar pun tak payah risau sebab banyak lagi stall lain yang kita boleh cuba tawar.

PKNS tahun lepas, kat dalam ruang legar dibuka berpuluh-puluh nak sampai ratus juga stall baju-baju kurung dan melayu. Kebanyakan penjual sebenarnya ramai yang ada butik dan kedai kat dalam PKNS tu sendiri. Kalau kat tempat lain N tak pasti macam mana situasi malam raya jualan mereka, tapi kalau kat PKNS ni memang sangat happening. Banyak cara yang digunakan untuk tarik perhatian pelanggan. Kebanyakan penjual semua lelaki, jadi jangan terkejutlah kalau you all terjumpa ada lelaki yang pakai baju kurung mahupun telekung. Itu ada promosi semata-mata, mereka bukan Nyahh okay.. huhu

Tapi bagi yang dah beli belah baju bolehlah buat kunjungan ringkas ke stall bahagian luar yang diletakkan bawah satu khemah yang besar khas untuk penjual kuih raya. Malam raya, kuih muih pun boleh tahan juga murahnya. Keadaan yang hingar bingar tu memang sangat meriah. Masing-masing bertungkus lumus promote kuih masing-masing. Tak kurang juga dengan sample yang dijaja sana sini untuk melariskan jualan. Dan bila nak datang sini jangan lupa bawa bekalan air sebab keadaan yang ramai dan sesak boleh buat kita dahaga. Lagi-lagi dahaga bila dah banyak makan tester kuih muih. Serius boleh kenyang..

Dan dah alang-alang ada kat PKNS Shah Alam, selalunya N akan ke SACC Mall yang terletak betul-betul belakang PKNS. Kat SACC Mall pun boleh tahan juga. Dalam Mall tu sendiri ada stall baju raya yang cantik-cantik. Tahun lepas N ingat lagi ada satu jubah cotton tu harganya diturunkan sehingga RM50 sehelai. Kalau harga asal RM90 ke atas, tapi bila dah turun, ramai yang tersenyum sebab mampu beli. Cepat betul habis bila harga dah murah :D

Tak lupa juga, Plaza Alam Sentral (PAS) yang terletak di hadapan Hotel Quality. Kat situ pun boleh tahan meriahnya. Sepanjang perjalanan dari PKNS mahupun SACC ke Plaza Alam Sentral (10 minit jalan kaki) akan ada gerai-gerai yang jual kelengkapan raya. Jadi, bolehlah juga cuci mata sementara nak sampai PAS.

You all yang duduk sekitar Selangor, kalau dah shopping, rasanya tak salah kalau nak cuci mata.. Jom kita serang PKNS Shah Alam malam ni..

Lain-lain:
Checklist Hari Raya
Tempat Shopping Baju Raya di KL dan Selangor

Monday, July 14, 2014

Raya Sales!!!

Metrojaya sale everyone.

Metrojaya Sale, PICC
15-20 July 2014
11.00 am - 10.00 pm
Hall B, Concourse Level

Up to 70% Off

Cosmetic and fragrances
Men and ladies apparels
Children apparels
Home essentials and more

Raya Sales!!!

Sale di lain-lain tempat:

Thursday, July 10, 2014

Empat IKEA clear glass item for Hari Raya Celebrating

You all suka bekas transparent?? Selalunya kalau pergi raya mesti syok kan tengok kuih raya dalam balang kaca jernih dan juga air syrup rose ais sejuk dalam gelas kaca jernih.. Ohhh dah terbangkit sikit semangat raya N.. hehe

Ada tiga sebab kenapa N suka barang-barang kaca jernih:

Moden / Ringkas / Nampak Mahal (Eklusif) / Nampak isi dalam

Jom usha-usha empat barang yang berasaskan gelas jernih dari IKEA..

Empat IKEA clear glass item for Hari Raya Celebrating
IKEA Bottle with stopper

Cuba bayangkan bila masa di waktu tengah hari yang panas kita keluarkan botol ni dari peti sejuk dan letak depan tetamu masa berhari raya. Bukan saja boleh nampak isinya tapi siap ada sekali titisan air di luar dinding botol menitis jatuh.. Gulpppp.. Mesti tertelan-telan liur tetamu nak minum air tu walaupun ianya hanya air kosong.. tapi kalau air syrup rose.. lagilah gulp gulpppp.. hahahaaaa

Okay okay, sebenarnya tak payah nak tunggu raya, tengah posa ni pun tengok botol kosong pun tertelan-telan ayak liur.. hahaa

Serius cantik dan simple. Apa kata tahun ni buat kelainan, kita letak air kosong dalam clear glass bottle ni untuk tetamu yang nak minum air kosong. Malam sebelum raya isi penuh-penuh beberapa botol dan simpan dalam peti. Bila nak minum boleh terus keluarkan. Tak payah susah-susah nak transfer ke dalam jug, jimat masa dan tenaga :D

Empat IKEA clear glass item for Hari Raya Celebrating
IKEA glass set

Pastu hidangkan dalam gelas comel ni. Untuk kunjung mengunjung tak perlulah kita sediakan gelas yang besar. Yang kecil dah cukup, boleh jimat ruang dan senang nak angkat / basuh. Budak-budak pun senang nak pegang.

Empat IKEA clear glass item for Hari Raya Celebrating
IKEA Jar with lid

Lepas minum hilangkan dahaga, hidangkan tetamu dengan kuih muih yang diletakkan dalam balang kaca jernih ni. Senang tetamu nak ambil mana berkenan di hati tanpa buka setiap satu balang. Boleh juga elakkan kuih raya tersebut daripada masuk angin dan lemau.

Empat IKEA clear glass item for Hari Raya Celebrating
IKEA Three tiers serving stand

Di samping tu, siapa yang rajin buat pastry product. Bolehlah hias atas dulang bertingkat jernih IKEA ni untuk tetamu menjamu selera :D

Haaa terpikat tak tengok transparent glass item ni?? Kalau ada rezeki N nak beli.. yehaaa..

Kalau u all nak, kena beli cepat-cepat sebab harga yang dipaparkan untuk sementara waktu jee.. Masa terhad, baik beli masa tengah harga rendah..

N bukan kakitangan IKEA dan entry ni bukan sponsor by IKEA. Entry ni hanya untuk share barang yang N berkenan dan kebetulan tengah murah kat IKEA sekarang ni.. Sebarang pertanyaan pasal produk mohon masuk website mereka yaaa... wink wink..

Tuesday, July 8, 2014

Ikea Childrens Safety Plug

Anak N ni memang suka sangat main dengan plug, wayar dan seangkatan dengannya. Risau la..

Usha-usha tengok kat IKEA ada safety plugs. Agak-agak berguna tak kalau N beli safety plug ni? Taklah mahal sangat.

Ikea Childrens Safety Plug

Rupanya nampak macam leper. Memang sangat sesuai untuk keluarga yang ada anak kecil tapi anak kecil aka Baby Asy ni pun gatal tangan. Kalau N letak plug dua kaki tu pun dia boleh cabut. Rupanya lebih kurang sama macam safety plugs ni. Anak N bukan saja suka hati dia nak masukkan jari, tapi kalau nampak plug kaki dua mahupun apa-apa plug yang ada kat plug suis tu dia memang suka cabut dan pasang balik..

Dah jadi macam mainan dia pula. Huhu.. sabar je la dengna anak N sorang tu. Rasanya tak jadi belilah, sebabnya kalau ada benda ni lagilah menaikkan semangat dia untuk main benda ni pula.. :P

Dah lama tak shopping kat IKEA.. Rindu la pula

Saturday, February 1, 2014

Sales Tahun Baru Cina

Apa yang best bila menjelang tahun baru cina??

Haaaa.. soalan cepu cemas ni. 

Mestilah sales.. bila tahun baru cina boleh tengok sale sana sini..

Semua pakat nak turunkan harga, saja nak buat N terliur tengok sales..


Macam kat atas ni, sales kat Giant..

Tengok susu Dugro murah okay, lagi murah dari Mydin. Mydin pun RM19++.

Dynamo pun sama, rumah N memang guna brand dynamo ni. Selalunya normal price RM24++.

Sekarang ni RM18.88 or RM19.00.. murah sangat.. Jom borong

Itu belum pergi Mall lagi, kalau melangkah ke Mall lagi juling mata tengok sale sana sini..

Boleh dapat penyakit sekali, penyakit sakit hati sebab tak der duit nak beli.. hoohooo

Thursday, January 2, 2014

Window Shopping Tahun Baru

Cuti-cuti ni mestilah semangat nak keluar. Dah siap plan dengan mertua awal-awal.

Kami keluar bertiga.

Family

Asy dan Maktok.

Kiteorang keluar area Shah Alam je.

Murah-murah

DESTINASI PERTAMA: SEKSYEN 7, SHAH ALAM.

Pergi Seksyen 7, Jakel buat sale siap buka khemah gergasi lagi.

Baju murah-murah. Ada baju kurung, jubah, baju melayu, baju kanak-kanak dan kain.

Plaza masalam

DESTINASI KEDUA: PLAZA MASALAM, SHAH ALAM.

Seluar dan overall ni RM10/helai saja, N beli kat Plaza Masalam Shah Alam.

Niat pergi nak beli baju Baby Asy kat Reject Shop, tapi baju kat ruang legar lagi murah :D

Mangantuk

THIRD DESTINATION: TESCO SEKSYEN 13, SHAH ALAM.

Mertua nak pergi beli barang dapur.

Baby Asy dah sangat mengantuk, tidurkan dia dalam troli.

tidur nyenyak

Comel macam mama

kereta budak

Upah naik kereta mainan.

seronok

Dapat dua kali ride.. Suka betul dia sebab dah lama tak dapat main

LAST DESTINATION: MYDIN SEKSYEN 18, SHAH ALAM.

Singgah sebab nak beli roti burger. 

Sunday, December 29, 2013

Breakfast, Memancing n Shopping

Pagi ni breakfast kat Seksyen 3, Shah Alam..

Tokpa makan Roti Pisang

Mama makan Roti Telur

Baby Asy makan Apom


Dah alang-alang dekat ngan Tasik, N dan Baby Asy pergi singgah kejap jumpa asben.

Asben masuk pertandingan memancing kat Tasik Shah Alam hari ni.

Tapi sampai je kat tasik terus g taman mainan. Excited yang amat Baby Asy ni.


Berjalan sana sini, naik sana naik sini.. Seronok je tengok dia happy.

Sampaikan jatuh terlentang n tercalar lutut pun dia boleh bangun balik dan sambung main.

Bila dah excited tak ingat sakit dah.. N yang gelabah lebih, walhal anak OK je


Elok je posing.. Bley jadi model :D


Naik gelongsor siap ada style.. Style apa??

Style gelabah tak mau lepas tangan, duk pegang je la tiang n kiri kanan.. hahaaa


tengah jalan sempat snap kemeriahan pertandingan memancing di sepanjang tasik shah alam..


Berkelah bentang tikar dan berkhemah..


Dan banyak lagi khemah..


Okay, Tokpa dah sampai.. Menuju ke kereta..

Tak jumpa pun asben sebab Baby Asy sibuk nak main playground.

Tapi bila dah masuk kereta baru jumpa, itupun asben terperasan N dan Baby Asy then terus ikut sampai kereta.

Pastu terus ke Checker Seksyen 15. Papa nak beli bahan untuk buat steamboat.


Dalam Checker sempat bergambar dengan mascot Carrie Junior..Punya la excited mama sampai tak perasan muka anak mama dah penyek dalam ketembaman pipi Mascot Gajah  Carrie Junior ni


Produk yang N pernah guna bedak pink belang carrie junior. Itupun dah lama dulu.

Suka mascot

Package sekali dengan belon pink. Kemain suka la Baby Asy

Dah siap shopping N singgah kedai baju baby RM5.. Pastu balik umah :D

Esok N tunjuk baju baby Asy yang N beli okay .. Baby Asy dah meragam ni xtau nak apa :P