About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Showing posts with label HARI RAYA. Show all posts
Showing posts with label HARI RAYA. Show all posts

Tuesday, October 7, 2014

Selamat Hari Raya Aidiladha

Di kesempatana ni N nak ucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua readers..  :D

Okay, memang dah beberapa minggu sebelum raya mak dah plan nak buat soto. Jadi satu malam sebelum raya mak dah bertungkus lumus masak. Siap tak tidur lagi tu. Kesian dia. N pula tolong la sikit. Tolong gentel begedil. Mise en place yang lain dibantu encik asben. N tolong teman sampai jam 4 lebih je, pastu mak suruh tidur..

Nak buat soto ni remeh sikit. Ada banyak la pula condiment dia. Tak sempat nak snap pic sebab sibuk sangat layan tetamu yang tak putus dari tengah hari.

SOTO:
Ketupat segera + Begedil + Sup Ayam + Ayam carik + Bawang goreng + Daun sup + Sambal kicap + Keropok Bihun

Selamat Hari Raya Aidiladha

Malamnya pula kiteorang pergi beraya rumah mama pula. Mama buat ketupat dan lemang segera makan dengan kuah kacang dan juga rendang daging.. Nyum nyum

Selamat Hari Raya Aidiladha

Haaa... Raya kali ni memang seronok la. Dari pagi N dan mak dah pergi beraya ke sebuah rumah yang berdekatan. Dan sambut pula tetamu kat rumah sampai ke petang dan malam keluar balik beraya. Dan kerja N adalah makan dan makan..

Esoknya aka semalam pula pergi beraya kat rumah kawan mak kat banting. Gila jauh, lenguh-lenguh badan sebab kena riba baby yang tengah tidur. Pastu on da way balik singgah rumah makngah kat panglima garang. oleh kerana kat rumah kawan mak tak hidang makanan berat. N memang kebulurlah dan makan nasi kat rumah makngah. Siap bertambah tanpa rasa segan dan silu :P

Kesimpulan diet N raya kali ni memang ke laut.. huhu

Tuesday, September 2, 2014

Raya kat Sabak Bernam 2014

Ushhh... tak habis lagi cerita pasal raya N ni... huhu

Asik busy je memanjang sampai drag lama nak cerita pasal raya. Raya baru-baru ni kami ke Sabak Bernam.. Ini boleh kata second time ke sana. Cumanya kali ni kami pergi hari yang ke empat. Memang dah plan takmo pergi awal-awal untuk mengelakkan human traffic dalam rumah tu nanti :D

Raya kat Sabak Bernam

Baby Asy tidur..

Raya kat Sabak Bernam

Selfie sikit dengan Baby Asy.. hehe


Raya kat Sabak Bernam

Dah tempuh beberapa jam, kami pun sampai.. Ni sebenarnya rumah kakak pak mertua. Masa kami datang tu ada sorang je anak dia dan menantu cucu. Beberapa tahun lepas masa kami pergi hari pertama, rumah dia memang sesak dengan anak-anak dia.. Cramp sampai kami terpaksa melepak di luar rumah..

Seronok.. N orang pertama naik ke rumah bahagian atas dan nyum nyum rojak.. N perabiskan saki baki yang teringgal.. Nom nom

Raya kat Sabak Bernam

Ni kat atas.. kat bahagian bawah pun ada.. Dah namanya pun rumah kampung kan. Besar sungguh lot tanah depa. Rumah pun besar okay.. Orang kampung ni semua kaya-kaya.. Dah la banyak tanah lepas tu dapat macam-macam dari kerajaan pula tu.. Untung la orang kampung, ada harta dan dapat bantuan. Tak macam orang yang hidup di bandar.. Semuanya berbayar, takder yang free

Raya kat Sabak Bernam

Beranda.. bestlah.. rumah besar bolehlah buat macam ni. Husband baru nak naik, N dah pekena macam-macam masa ni.

Raya kat Sabak Bernam

Mertua dan anak perempuan dia.. dan cucu of course

Raya kat Sabak Bernam

Baby asy macam biasa la, takmo tengok kamera.. mahal muka dia

Raya kat Sabak Bernam

Ni lagi mahal, muka tengah nangis..  haha.. nak suruh dukung bagai, dia ingat mama dia ni lelaki ke ada tenaga kuat nak dukung dia yang makin ringan berat ni. Tak larat, macam nak tercabut pinggang.. huhu baru anak sorang ni

Raya kat Sabak Bernam

Pakmertua, makkertua, suami dan juga adik ipar..

Iklan kejap.. Adik ipar sekarang kerja kat Uniqlo.. katanya dia akan jadi opening crew untuk Uniqlo Empire Subang. Katanya nanti open ceremony ada sale kat sana.. Dia ajak N pergi untuk shopping..

So sekarang ni N pula ajak you all memeriahkan suasana.. Opening tu.. Jom join.. Tarikhnya N terlupa tapi around 9 September gitu.. Takper, nanti N tanya balik adik ipar. Dah cuba cari dalam website , tapi serabut pula kepala bila masuk sebab banyak sangat info.

Raya kat Sabak Bernam

Baby asy nak mandi..

Raya kat Sabak Bernam

Mainlah kerjanya walau di mana saja dia berada. Seronok jadi budak kecik..

Raya kat Sabak Bernam

Ni kami kat rumah kawan mertua kat sabak bernam. Nak balik tu singgah dulu kumpul duit raya.. huhu

Rumah kawan mertua ni best sikit sebab persekitaran bersih dan rumah dia pun cantik luar dan dalam. Kat sebelah rumah dia pun lagi best sebab derang adik beradik ada buat homestay. Ada lebih kurang 8 bilik gitu. Sempat merasa guna satu bilik, itupun kejap je la sebab nak solat, best sebab bersih dan ada aircon lagi tu.. :D

Raya kat Sabak Bernam

Ni anak buah suami.. Geram tengok muka dia ni dan muka dia serius lain benar dengan maknya/ adik ipar perempuan.

Muka macam Korea. Sampaikan derang tersilap tanya N ke maknya.. Hahaa.. Serius kelakar. Tapi bila N dukung tak rasa pun yang kami ni serupa sangat sebab kulit dia lagi putih melepak.. yaa ampun.. putih sangat budak ni. N duduk sebelah dia terus tenggelam N, N pun dah makin gelap .. haha

Raya kat Sabak Bernam

Lagi satu pose dari budak KOREA ni.. hehe

Friday, August 22, 2014

Raya Pertama kami 2014

Makin hari kita dah makin sampai ke penghujung Syawal. N tak cerita lagi pasal hari raya kami sekeluarga. Banyak sangat perkara nak buat sampaikan hari ni baru ada masa nak cerita pasal hari raya :D

Tema warna kami tahun ni warna ungu. Sebenarnya recycle yang dua tahun lepas punya raya.. huhu

Raya Pertama kami 2014

Ikutkan N, tema warna tahun ni sepatutnya warna hijau muda sebab baju Baby Asy N dah beli awal-awal kat Jakel hari tu. N tak payah beli sebab ada satu baju kurung yang dah sedia ada boleh match dengan baju melayu baby asy. 

Tapi Cik asben takder baju melayu warna hijau. Oleh kerana kami tak beli pun baju raya dan cik asben pun nak kami sedondon, terpaksa la N akur untuk recycle. huhu sedih sikit sebab baby asy makin lama makin membesar. Masa cuba pakaikan baju hijau yang beli kat Jakel tu, memang dah ngam-ngam badan dia walaupun masa beli tu dia masih kecil. 

Raya Pertama kami 2014

Raya pertama kami ikut Mama N sebab dah dua tahun berturut raya ikut Mertua.. Pergi rumah makcik kat PJ. Seronok Baby Asy dan Amani main basikal kat atas :D

Raya Pertama kami 2014

Selfie dengan Baby Asy.. Takmo pandang kamera macam biasa.. huhu :P

Kalau pergi rumah makcik ni memang ada pelbagai jenis hidangan, memang kenyanglah perut.. hehe

Raya Pertama kami 2014

Baby Asy dan ayah dia.. Sedondon warna. Baju purple yang kami pakai ni juga merupakan baju masa nikah dulu :D.. Masih boleh muat okay

Raya Pertama kami 2014

Tengok fish dalam kolam. Seronok la baby asy, sebab dia suka tengok fish dan makan fish :D

Raya Pertama kami 2014

Nak balik dah, baby asy tunjuk bunga..



Raya Pertama kami 2014

Lagi satu posing.. Sempat juga tangkap gambar dia banyak-banyak..  Memanglah kena sabar banyak-banyak you all. Memang N tabik la child photographer, hebat mereka tangkap gambar budak-budak dengan cantik..

Raya Pertama kami 2014

N dengan baju nikah.. Tahun lepas masa konvo kolej terasa macam sendat.. Al maklumlah dah bersalin katakan.

Raya Pertama kami 2014

Second rumah raya kami ke rumah makcik belah papa pula kat PJ juga :D

Pun banyak makanan pada hari pertama ni.. Nyum nyum.. Kalau Ramadhan bulan berpuasa, Syawal ni bulan makan-makan saja.. I like :D

Sunday, July 27, 2014

Last Minute Shopping Raya PKNS Shah Alam

N macam biasa la tiap-tiap tahun pun sama tempat shopping nya. Malam raya N pasti akan ke PKNS Shah Alam. Terlampau banyak pilihan yang ada sampai rambang mata. Gerai yang dibuka pun banyak dan panjang.

Pada malam raya, ada sesetengah penjual akan turunkan harga untuk habiskan jualan mereka. Masa nilah kita boleh dapatkan harga yang murah dari biasa. Kalau tak dapat tawar pun tak payah risau sebab banyak lagi stall lain yang kita boleh cuba tawar.

PKNS tahun lepas, kat dalam ruang legar dibuka berpuluh-puluh nak sampai ratus juga stall baju-baju kurung dan melayu. Kebanyakan penjual sebenarnya ramai yang ada butik dan kedai kat dalam PKNS tu sendiri. Kalau kat tempat lain N tak pasti macam mana situasi malam raya jualan mereka, tapi kalau kat PKNS ni memang sangat happening. Banyak cara yang digunakan untuk tarik perhatian pelanggan. Kebanyakan penjual semua lelaki, jadi jangan terkejutlah kalau you all terjumpa ada lelaki yang pakai baju kurung mahupun telekung. Itu ada promosi semata-mata, mereka bukan Nyahh okay.. huhu

Tapi bagi yang dah beli belah baju bolehlah buat kunjungan ringkas ke stall bahagian luar yang diletakkan bawah satu khemah yang besar khas untuk penjual kuih raya. Malam raya, kuih muih pun boleh tahan juga murahnya. Keadaan yang hingar bingar tu memang sangat meriah. Masing-masing bertungkus lumus promote kuih masing-masing. Tak kurang juga dengan sample yang dijaja sana sini untuk melariskan jualan. Dan bila nak datang sini jangan lupa bawa bekalan air sebab keadaan yang ramai dan sesak boleh buat kita dahaga. Lagi-lagi dahaga bila dah banyak makan tester kuih muih. Serius boleh kenyang..

Dan dah alang-alang ada kat PKNS Shah Alam, selalunya N akan ke SACC Mall yang terletak betul-betul belakang PKNS. Kat SACC Mall pun boleh tahan juga. Dalam Mall tu sendiri ada stall baju raya yang cantik-cantik. Tahun lepas N ingat lagi ada satu jubah cotton tu harganya diturunkan sehingga RM50 sehelai. Kalau harga asal RM90 ke atas, tapi bila dah turun, ramai yang tersenyum sebab mampu beli. Cepat betul habis bila harga dah murah :D

Tak lupa juga, Plaza Alam Sentral (PAS) yang terletak di hadapan Hotel Quality. Kat situ pun boleh tahan meriahnya. Sepanjang perjalanan dari PKNS mahupun SACC ke Plaza Alam Sentral (10 minit jalan kaki) akan ada gerai-gerai yang jual kelengkapan raya. Jadi, bolehlah juga cuci mata sementara nak sampai PAS.

You all yang duduk sekitar Selangor, kalau dah shopping, rasanya tak salah kalau nak cuci mata.. Jom kita serang PKNS Shah Alam malam ni..

Lain-lain:
Checklist Hari Raya
Tempat Shopping Baju Raya di KL dan Selangor

Saturday, July 26, 2014

Adat Salam dan Maaf di pagi raya

Adakah you all masih mengamalkan adat bersalam dan memohon maaf di pagi raya? Syukur Alhamdullillah N masih lagi mengamalkan adat turun termurun ni. Bila N fikir-fikir pasal adat bersalam ni terlintas di fikiran N, bagaimana agaknya adat resam perayaan bangsa lain? Adakah mereka pun akan mengamalkan adat bersalam dan mohon ampun macam Hari Raya?

Pada N sekarang ni Hari Raya sangat bermakna sekiranya dapat membahgiakan semua orang yang disayangi. Dan paling penting pagi raya. Di pagi raya tulah hari yang paling dinanti setelah sebulan berpuasa. Selain meraikan kemenangan berpuasa di Bulan Ramadhan walaupun tak pernah dapat puasa penuh.. huhu.. Tapi acara dan adat bersalam memang dihayati penuh oleh N yang hati tisu ni.

Kalau tak berlinang air mata di pagi raya memang tak sah. N tak tau macam mana nak gambarkan perasaan tu. Ianya datang dengan perasaan yang sedih dan hiba. Bila bersalam tu macam ada satu perasaan bersalah bersarang dalam hati dan mengharap segala kesalahan terutamanya pada ibu bapa diampunkan. 

Tapi serius la N cakap, walaupun N dah minta maaf tiap-tiap tahun dan segala kesalahan dah dimaafkan, perasaan hiba dan sedih tu tetap ada sepanjang masa. Dekat depan mata ni macam ada satu skrin yang tunjuk setiap kesalahan yang pernah kita buat bila kita nak bersalam mohon ampun di pagi raya. Walaupun ianya telah dilupakan oleh orang lain sebab mereka dah maafkan tapi kat dalam minda ni masih ingat dan merewang-rewang di mana membangkitkan kembali memori yang tak best tu.

N memang suka adat bersalam dan mohon maaf di pagi raya sebab masa inilah kita nak luahkan perasaan bersalah secara ikhlas, memberi kesedaran kepada diri sendiri, merapatkan silaturrahim dan dalam masa yang sama hati akan rasa lebih lega dan tenang.

Wednesday, July 23, 2014

Agenda Hari Raya

Wah.. wah.. Puasa tak habis lagi dah nak cerita pasal agenda hari raya.. Urmm semangat tu kena lebih lagi-lagi bila dah masuk minggu terakhir berpuasa :D.. Hari raya yang akan menjelang tak kira la tahun bila pastinya akan ada agenda di sebalik kemenangan berpuasa selama sebulan.

Agenda hari raya buat:

Buat anak-anak kecil

Berlumba-lumba nak puasa penuh. Sebab kalau upah puasa RM1 sehari, kalau 30 hari dah RM30 :D.. Dulu masa N kecik papa buat macam ni la untuk menghargai N yang berpuasa. Serius la masa tu duk fikir nak kumpul duit je, N memang pengumpul duit yang berjaya.. Dah kalau duit upah puasa dan duit raya lain, takker kaya raya masa tu.. haha Tapi itu kisah dulu :D.. Cara ni merupakan salah satu cara yang terbaik untuk ajar anak-anak berpuasa sebab ianya amat berkesan untuk N memandangkan N susah nak minta duit kat parents. Jadi masa puasa la nak tambah koleksi duit dalam tabung selain lebihan duit belanja sekolah.

Hari Raya merupakan hari untuk bergembira dengan semua perlengkapan diri yang baru. Kalau pakaian tradisional siap lengkap dengan baju melayu, songkok dan sampin. Yang lain-lain dari hujung rambut ke kaki ada. Kasut baru, jam baru, baju jalan baru dan barang-barang baru yang lain. Kadang-kadang keterujaan sangat menyerlah bila malam raya tu boleh tertidur dengan kasut baru.. Hehe

Malam raya dah terfikir-fikir nak pergi beraya kat rumah-rumah jiran dan kaut duit raya dari pak cik mak cik yang ada.. Rumah jiran tu kena make sure semua masuk dan beraya kalau nak dapat duit raya lebih :D. Dah dapat duit raya banyak bolehlah pergi kedai runcit beli kepok or coklat.. Ngeh ngeh

Terbayang-bayang juga rendang ayam yang mama masak di malam raya.. Nyum nyum.. Nanti nak makan banyak-banyak sebab sedap.

Malam raya paling best berkumpul dengan sanak sedara sepupu sepapat dan main bunga api dan mercun. Tapi N dulu suka main buka api je, Mercun tak suka sebab ada sejarah selain dari bunyinya yang bising.

Pagi raya paling best sebab dah boleh makan. Tapi sebelum makan tanya dulu parents "Boleh makan ke??". Janggal la rasa sebab dah sebulan puasa tak makan waktu siang kan.. hehe

Anak-anak kecil yang bersekolah rendah pula tak lepas dengan balas berbalas kad raya dengan rakan-rakan sekolah.

Buat anak remaja

Dah semestinya bila dah meningkat remaja tak fikir dah pasal upah puasa. Peringkat ni adalah peringkat di mana mereka dah faham tujuan berpuasa. Masa nilah mereka akan ikut parents / rakan pergi masjid mengerjakan tarawih, takpun kena jaga adik-adik yang masih kecil sementara tunggu parents pulang dari masjid :P.

Bulan Ramadhan bulan untuk bertukar-tukar kad raya.. Budak-budak sekolah masa zaman N dulu masih ada kad raya :D. Tapi budak-budak sekarang ni tak taulah sebab teknologi dah sangat maju kan dan lembakan laman sosial yang tiada had.

Hari raya hari untuk melaram, kadang-kadang tu siap pinjam make up kakak yang lagi tua takpun make up mama untuk nampak lagi berseri di pagi raya. Bila nak shopping raya dah pandai nak pilih baju sendiri dan tak kurangnya nak yang branded aje. Tak macam zaman budak-budak, brand apa semua hentam je.

Sehari sebelum raya kena tolong parents kat dapur. Anyam ketupat, jaga bara api untuk masak lemang ketupat, potong bawang dan malam-malam terakhir pulun buat kuih raya. Tak lupa juga kemas rumah yang dah bersawang-sawang.

Malam raya tak lengkap kalau tak bergayut dengan pakwe or makwe. Tepat jam 12 terus wish hari raya dan masa tu la nak minta ampun dan maaf. Esoknya pula tak sabar nak sambut kedatangan pakwe makwe untuk beraya di rumah.

Buat seorang suami

Paling bererti sekiranya dapat buat seluruh keluarga gembira. Sebelum raya tu bawa semua ahli keluarga pergi membeli belah beli kelengkapan diri yang baru.

Bawa anak-anak pergi sembahyang tarawih dan moreh kat surau or masjid terdekat.

Sibuk buat pelita sendiri takpun beli kat supermarket dan cucuk kat laman rumah supaya rumah nampak lagi berseri-seri. Dalam masa yang sama senang anak-anak nak main bunga api.

Tolong bini kemas rumah terutamanya bab panjat-memanjat dan juga mengangkat barang berat.

Tukar duit raya dan masukkan dalam sampul. Selalunya buat masa malam raya. Bila anak buah ramai ,setiap sampul duit raya kena tulis nama supaya tidak ada seorang pun yang tertinggal dan salah satu cara untuk berbudget..

Balik kampung mertua atau parents dan luangkan masa bersama dengan sanak saudara. Masa tu pelbagai jenis acara yang akan diadakan untuk memeriahkan suasana dan salah satunya ada acara kunjung mengunjung.

Paling bereti di pagi raya, masa tulah nak bermaaf maafan dengan seisi keluarga terutamanya dengan bini :P

Meraikan dan berkongsi kegembiraan kemenangan berpuasa dengan sembahyang raya di masjid atau surau.

Buat seorang isteri

Sangat bererti dan rasa dihargai bila suami dapat bonus raya bawa pergi shopping.. Almaklumlah perempuan dan shopping tak boleh dipisahkan.

Pergi sembahyang tarawih dengan suami dan anak-anak sambil melayan moreh. Bukan merapatkan silatur rahim kekeluargaan tetapi dengan rukun tetangga juga. Harmoni..

Sibuk kemas rumah. Jadi mandor sekejap mengarah anak-anak dan juga suami mengemas terutamanya untuk kerja-kerja berat.

Minta duit kat suami untuk bagi duit raya kata anak buah dan juga tak lupa duit raya untuk diri sendiri :D

Balik kampung mertua atau parents dan luangkan masa bersama dengan sanak saudara. Masa tu pelbagai jenis acara yang akan diadakan untuk memeriahkan suasana dan salah satunya ada acara kunjung mengunjung. Dan tak lupa juga membantu sanak saudara memasak dan mengemas bahagian dapur.

Kalau tak balik kampung malam sebelum raya dah sibuk memasak segala juadah di pagi raya ataupun buat kuih raya dengan anak-anak.

Meraikan dan berkongsi kegembiraan kemenangan berpuasa dengan sembahyang raya di masjid atau surau.

Paling bereti di pagi raya, masa tulah nak bermaaf maafan dengan seisi keluarga terutamanya dengan suami :P

Buat IbuBapa / Mertua

Bertungkus lumus mengemas rumah sebab teruja nak sambut anak menantu dan cucu yang jarang-jarang pulang ke rumah.

Memasak juadah raya dan buat kuih raya kegemaran anak-anak.

Mengemas dan menghias laman rumah dengan pelita supaya cucu-cucu semua boleh main bunga api dengan seronoknya.

Wednesday, July 16, 2014

Di mana lagu raya??

Alolo.. macam poyo je bunyi kan. Nak lagu raya konon.. Puasa pun tak cukup sebulan sibuk nak lagu raya.. Bila tanya je, nanti dijawabnya.. Dah nama pun perempuan, bertuah lah kalau period tak datang pada bulan puasa. Hohooo

N tak tahu la samada N yang ketinggalan ke apa?? Rasa macam jarang dengar lagu raya semenjak menyambut Bulan Ramadhan 2014. Kalau tahun sebelum ni bulan puasa dah ada banyak orang pasang lagu raya. Tapi kali ni mungkin 4-5 kali je dengar. First time dengar kat kedai kasut Hyper Shoe dalam Aeon, kedua dengar dalam Hypermarket Giant, tu pun melalui kad raya yang dibuka pembeli, dan ketiga kat dalam Radio HOT FM. Siap ingat lagi tu tiga lagu raya pertama yang N dengar. Hahh nampak sangat kebanyakan tempat yang N pergi tak pasang lagu raya.

Mungkin lagu raya tak banyak dipasang memandangkan Ramadhan pun baru setengah bulan. N berharap di penghujung bulan Ramadhan akan ada banyak lagu raya dipasang terutamanya di dalam radio sebab N banyak habiskan masa dalam kereta. Ke sana sini, pergi kerja, pergi shopping semua naik kereta.. N ingat nak pasang ringing tone lagu raya, tapi HP sekarang tengah tak stabil. Macam bermasalah je kebelakangan ni. Macam disuruh tukar yang baru..

Seronoknya kalau raya ni dapat guna HP baru yang lagi canggih manggih dan ada Internet supaya boleh berblog sepanjang masa.. Ececehh.. Demandnya.. Hohohhhhoooo Cikk husband ohh cik husband.. Ngeh ngeh. Macam la cik husband dengar.. Hhoooho. Bulan yang baik ni eloklah kita bersedekah. Contohnya sedekahkan HP baru kat bini, bak kata "Orang yang memberi tu lagi baik dari orang yang menerima".. :P

Tuesday, July 15, 2014

Cornflake Coklat dan Cornflake Madu

Cuti-cuti ni N ingat nak buat cornflake coklat la.. Nyum nyum.. Kelmarin dah siap beli cornflake dekat Tesco. Pack 500 gram harga 5.80 RM je tau.. Beli sampai 6 bungkus .. hhooo semangat lebih

Cooking coklat pula beli kat BAGUS seksyen 13 Shah Alam. Beli brand Beryl. Tak tau sedap or tak sebab tak pernah cuba. First time beli brand ni..

Cornflake Coklat dan Cornflake Madu

Pastu nak buat cornflake madu tapi madu takder lagi sebab madu tesco aritu dah habis :P

Cornflake Coklat dan Cornflake Madu

Anyway, kalau nak resepi boleh klik source kat atas ye. Dan wish me luck ye.. Semoga N dapat siapkan at least salah satu kuih raya ni :D

Monday, July 14, 2014

Raya Sales!!!

Metrojaya sale everyone.

Metrojaya Sale, PICC
15-20 July 2014
11.00 am - 10.00 pm
Hall B, Concourse Level

Up to 70% Off

Cosmetic and fragrances
Men and ladies apparels
Children apparels
Home essentials and more

Raya Sales!!!

Sale di lain-lain tempat:

Tuesday, July 8, 2014

Ihya' Ramadhan - Giveaway By Ummudd80

Giveaway menarik.. Jom join ramai-ramai :D


Hadiah yang menarik akan menanti anda. Diantaranya adalah :
1) Duit Raya bernilai RM50
2) Duit Raya bernilai RM30
3) Duit Raya bernilai RM20

Giveaway Memoria Aidilfitri

[klik banner untuk join]

Cerita ringkas dari N

Satu pagi di Hari Raya

Kejadian berlaku 3 tahun lepas, raya pertama. Raya tahun tu merupakan raya pertama N bersama husband :D dan kami masih lagi menggunakan Satria Putih. Walaupun kereta tu semakin uzur tapi banyak betul jasanya pada kami.

Nak jadikan cerita, masa singgah salah satu pertrol station, tayar kereta kami dah tertusuk paku. Perghhh memang keadaan masa tu sangat kritikal sebab takder satu kedai pun yang buka di pagi raya.. Hari pertama okay, siapa la nak buka kedai. Kedai Cina pun tutup nak raya juga.. Huhu..

Masa tu kami terpaksa redah beberapa lot kedai kereta kat Glenmarie, tapi satu pun tak buka dan akhirnya ada salah satu kedai tu tak buka tapi empunya kedai ada kat situ. Oleh kerana owner kedai tak buka workshop dia, kami hanya dapat pinjam beberapa alat basic untuk buka tayar. Dia ada tolong sekali. Seperti yang N bagitau, kereta tu dah uzur, jadi rim tayar pun lebih kurang juga la. Keadaan tu menyebabkan lagi payah nak buka skru tayar rim yang sangat ketat metat..

Dan setelah bertungkus lumus berpeluh bagai, semuanya settle. Kami tukar tayar spare untuk sementara waktu dan sambung perjalanan untuk beraya ke rumah saudara..

Memang takleh lupa la kejadian ni dan berharap takkan terjadi lagi. Kesimpulan kepada cerita ni, pastikan dalam kereta u all sentiasa ada peralatan basic untuk buka tayar dan belajar cam mana nak buka tayar sekiranya berlaku kecemasan :D

Segmen | Salam Aidilfitri bersama irrayyan.com

Siapa nak kad raya... angkat tangan!!! Dah angkat tangan boleh klik banner kat bawah ni untuk join..


Dah sangat lama N tak dapat kad raya, kalau dapat pun beberapa tahun lepas dari beberapa buah hotel yang N pernah bekerjasama sebelum ni :D

Tuesday, June 24, 2014

Kuih raya oh kuih raya..

Salam petang semua.. Harap semuanya masih dalam keadaan yang ceria. Perhatian kepada semua penggemar kuih raya. Nak buat advertisement sikit.

Ini budak kecik tengah semangat nak jual kuih raya, kalau you all berkenan bolehlah order.

Kuih raya Tart Nanas Mak Nor

Tart Nanas Mak Nor

Kuih raya Tart Nanas Mak Nor

Harga dan info Tart Nanas Mak Nor:

RM 25.00 / 50 biji

Kalau nak beli borong pun boleh. Harga akan jatuh lagi rendah tapi kualiti tetap sama. Maintain sedap sokmo. Order dibuka sekarang. Selain dari tart nanas yang rapuh bila berada dalam mulut, lain-lain kuih raya:

Kuih kacang Mazolla rapuh
RM 25.00 / 50 biji

Semprit cair di mulut
RM 25.00 / 50 biji

Nak order biasa atau borong sila email nadiamus85@gmail.com