About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Showing posts with label LIFESTYLE. Show all posts
Showing posts with label LIFESTYLE. Show all posts

Wednesday, August 12, 2015

Pink Wash Laundry

Fiuh!!! Convenience or what??

Last weekend N pergi laundry. Lebih kurang jam 10.00 malam N dah ada kat pink laundry wash seksyen 7, shah alam. Sebelum tu kami usha laundry lain. Ada dua lagi tapi ramai orang. Jadi kami decide untuk pergi pink laundry wash ni. Boleh kata first time juga pergi laundry memandangkan mesin kat rumah dah ting tong.

Sebelum ni kami rendam dan basuh kat rumah. Tapi memandangkan cik suami ada bersama, dia yang ajak pergi laundry. Banyak la juga baju terkumpul sepanjang berada di rumah adik ipar di Ipoh.

Pink Wash Laundry

Rate yang N boleh bagi untuk laundry ni mungkin 6/10.

Bad: Lantai laundry basah, mungkin ada washing machine yang bocor. Satu washer yang N guna takleh nak spin dry. Satu dryer yang N guna tak berapa nak berkesan.

Good: Ada TV dan kerusi sementara menunggu. Ada tempat lipat kain. Ada vending machine untuk tukar duit dan jual minuman. Duit dikembalikan untuk washer dan dryer yang rosak.

Pink Wash Laundry

Baby Asy ni pantang tengok vending machine jual air. Mesti dia minta. Nasib baik la rege dia murah :D

Pink Wash Laundry

Cer tengok macam mana budak ni minum air. Macam mak datin tak?? Siap silang kaki. Alolooo...

Kat laundry ni N tengok ramai orang bujang. Ye la kan laundry ni pun betul betul belakang UITM shah alam. Ramai la gamaknya student yang datang melobi baju. Tak sangka la pula ada budak perempuan datang laundry ni. Seingat N, sepanjang N belajar tak pernah lagi N pergi bawa baju ke laundry. Rasanya dengan penantian selama sejam, washer setengah jam dan dryer setengah jam, N lagi rela berus je baju tu kat rumah or hostel.. huhu

Rasanya lepas ni kalau cik asben ajak lagi laundry kat luar, N lagi prefer basuh sendiri kat rumah. Penat la tunggu lebih dari satu jam gara-gara washer n dryer yang rosak. Ditambah lagi dengan kebuasan baby asy. Risau tengok dia berlari-lari dengan keadaan lantai yang basah.

Pink Wash Laundry

Okay, last but not least.. Belanja lagi dua keping gambar. Datin Baby Asy. Ececee..... Siap nak tengok gambar lepas N snap.. huhu macam orang besar

Tuesday, December 23, 2014

Drypers, Huggies, Petpet & Mamypoko Dypers Reviews

Harini nak buat review sikit pasal Dypers. Memandangkan sekarang ni N berpeluang untuk mencuba pelbagai jenis diapers jadi dapatlah N kongsikan dengan semua orang.

Untuk diapers tape type N gunakan Drypers Tape. Drypers memang digunakan sedari Baby Asy baby. Tak pernah beli yang lain sehinggalah pertengahan tahun 2014. Tapi kalau diapers sample tu ada la pernah guna beberapa brand sekadar nak mencuba.

Drypers Tape (paling murah N pernah beli RM29 Jumbo)

Tak pernah bocor bila pakai Drypers ni. Kalau bocor pun sebab burung dia tersalah parking.. hohooo. Bila kencing banyak, kat bahagia luar tak ketara basahnya. Walaupun N suka Drypers tapi N tak suka bau materialnya, kurang menyenangkan. Saiznya besar.

Drypers, Huggies & Mamypoko Dypers

Huggies Tape Ultra (Pek Hijau) Sample pack

Ni cuba yang sample. Dapat pun kat Baby expo. Ketebalan memang memuaskan, material tak berbau dan lagi lembut dari drypers. Puas hati pakai ni, tapi boleh cuba yang sample je sebab Huggies Ultra ni mahal dari huggies dry pek biru dan huggies total protection pek merah.

Drypers, Huggies & Mamypoko Dypers

Huggies Dry (paling murah N beli RM28)

Bila dah cuba Huggies Ultra kat atas, terasa nak cuba Huggies Dry la pula sebab ada harga promosinya murah. Tapi takleh lawan yang Ultra la sebab ianya lagi nipis. Bezanya dengan drypers kantung kangkangnya lebih panjang dan bila pakai selalu risau takut ada lubang kat celah kangkang. Bila dah kencing nampak sangat ketara layutnya macam dah penuh sangat sebab diapers ni lagi panjang dari drypers. Dah snap pic, N update ye.. Lupa nak snap sebab baru cuba ni

PetPet Pant (paling murah N pernah beli RM 28)

So we all break record dengan membeli PetPet Pant. Semuanya kerana terpengaruh dengan iklan TV yang tunjuk konon macam ada tingkap kat diapers ni. Kiranya ada pengaliran udara keluar masuk untuk buat Baby rasa selesa bila pakai. Inilah first diapers yang N beli selain dari drypers.. Gila loyal kami ni, setelah pakai drypers 2 tahun setengah baru nak mencuba brand lain.. Cik asben ku memang loyal...

Gambar takder sebab dah lama habis :P. Pet Pet Pant ni kecik dari brand lain. Dahlah masa beli kami pakai main harung je amik size yang Baby Asy selalu pakai.. First time kekdahnya amik brand lain. Confident gila je kan tanpa tengok sample. Alih alih bila nak sarung, nampaknya kecik kat Baby Asy. Tapi kami habiskan aja. Keciknya bukan ketat tapi kat bahagia kangkang dia tu tak besar. Bila tengok macam pakai spenda yang sesekali terlekat kat punggung..huhu.. Beli ni masa petpet pant baru diperkenalkan dan diikuti dengan harga promosi yang boleh tahan murah juga.

Petpet pant ni nipis dan permukaan material agak kasar dengan rasa berbiji-biji bila tekan. Mungkin gel kot untuk menyerap air kencing. Tak gemar pakaikan untuk Baby Asy. First and last, tak beli dah sampai sekarang.

Drypers Drypant (paling murah N pernah beli RM28 jumbo)

Drypant ni saiznya kecik berbanding tape tapi taklah kecik macam Petpet pant. Tapi dah tak beli sebab kalau nak beli kena beli saiz besar dan of course lah saiz besar jumlah makin kurang, boleh lari budget woo.... Penyerapannya tak sama macam tape sebab kalau pakai yang drypant ni, kejap je dah nampak kembung. Tapi N suka kekemasan jahitan smoke kat drypant ni. Sangat cantik dan selesa untuk baby.

Drypers, Huggies & Mamypoko Dypers

Mamypoko Pant (paling murah pernah beli RM29)

Ketebalan sama macam drypers tapi celah kangkang lagi lebar dan saiznya lagi besar dari drypant. Pakai ni memang puas hati tapi permukaan luarnya nampak ketara basah. Tak macam drypers tape. Beli ni konon nak kasi Baby Asy merasa diapers mahal. Masa tu promosi gila-gila kat The Store. Semua diaper murah, gila N jadinya. Kalau boleh nak beli dan try semua brand yang ada.

Drypers, Huggies & Mamypoko Dypers

Huggies pant sample pack

Huggies pant ni tak tebal sangat. Tapi lebar kangkang dan saiznya besar dari drypant dan kecik dari mamypoko. Kiranya duduk kat tengah-tengah la. Materialnya kasar dan basahnya memang ketara dari luar.

Drypers, Huggies & Mamypoko Dypers

Kesimpulannya.. N suka drypers bukan sebab N ni brand loyal tapi kerana kualitinya yang superb. Tapi N ni penuh dengan sifat ingin tahu untuk cuba brand yang lain dan dalam masa yang sama N masih cuba nak cari yang terbaik kerana tak gemarkan bau material drypers tape tu. Selain dari drypers N suka huggies ultra tapi tak mampu nak beli sebab harganya agak mahal. Dan tak lupa pada Mamypoko, puas hati la juga pakaikan ke Baby Asy. Walaupun harga Mamypoko mahal tapi N masih rate drypers yang pertama dari segi kualiti penyerapan dan jahitan yang kemas. No wonder lah drypers ni susah nak turunkan harga dan buat promosi. Paling murah sekarang pun untuk drypers adalah RM31 ++.. Nak dapat RM30 ke bawah memang susah dah.

Sekarang N pakaikan Baby Asy Mamypoko dan Huggies Dry.. Harap-harap hujung bulan ni ada promosi Mamypoko lagi, bukan kata N je, mertua pun suka juga. Bye bye drypers tak tahu bila lagi N akan beli sebab N kurang gemar dengan baunya.. tapi kualiti superb.. Hurmm dilemma betul

Sunday, December 21, 2014

Asyraf first Color Book made by TokPa

N tak pernah lagi beli buku warna untuk Baby Asy memandangkan dia hanya reti nak menconteng je. Jadi macam rugi pula kalau beli. Minggu lepas kami bermalam rumah Tokpa dan ditemani oleh anak buah seorang untuk teman Baby Asy bermain.

Asyraf first Color Book made by TokPa

Alang-alang cucunya tokpa ada, tokpa ambil kesempatan untuk bagi pensel warna dan buatkan buku warna untuk budak berdua ni. Oh so cute.. Siap ada nama masing-masing lagi kat buku warna ni. N pula tak terpikir nak buat macam ni. Mungkin lepas ni bila ada masa N akan buat buku warna instead of beli.. Buat sendiri lagi jimat kan dan boleh print out apa yang kita suka nak anak kita tengok dan warna :D..

Asyraf first Color Book made by TokPa

Untuk budak baya Asy yang tak pandai lagi, derang akan terima je apa-apa lukisan. Tapilagi bagus kalau cari lukisan yang derang suka. COntohnya macam baby Asy dia suka sangat cat.. Jadi N akan print out banyak-banyak lukisan cat untuk dia lukis :D

Teknologi dah canggih zaman sekarang ni, maklumat semua kat hujung jari.. Just copy, paste and print. Tapi kena guna dengan cara berhemah ekk. Jangan salah guna sudah!!

Wednesday, December 17, 2014

Baby Asy pillow case hand-sew

Weekends baru-baru ni N bertandang ke rumah mama. Dah dekat sebulan lebih sejak N naikkan katil kat bilik rumah mama, memang N tak mentido malam kat sana. Tapi disebabkan oleh mertua yang balik kampung dan N tak ikut jadi N dan Baby Asy pun balik rumah mama. 

Niat bila ada kat rumah mama, naklah jahit sarung bantal untuk Baby Asy. Tapi bila cuba jahit je benang asyik terlangkah-langkah, takmo nya melekat dengan benang bawah... Haishhh.. Bila ditanya, mama kata memang nak kena baiki mesin jahit tu.. Aloloooo.. Time rajin la mesin tu boleh sakit. Tapi kalau ikut umur, banyak juga jasa mesin jahit tu.

Jadi N paksa diri untuk jahit tangan. Sarung bantal ni N gunakan 5 helai kain perca. Sebab tulah sarung bantal ni nampak bercantum-cantum. Kita guna je apa yang ada, takmo membazir kekdahnya. Beli pun takmo sebab kena keluar duit. hehe.. Bukan kedekut, tapi nak amalkan pembelanjaan yang jimat. Kena la jimat cermat sebab next year dah ada GST..

Taraa... Bahagian hadapan bantal daripada dua helai kain perca

Baby Asy pillow case hand-sew

Bahagian belakang dari dua helai setengah kain perca..

Baby Asy pillow case hand-sew

Siap ada XXX lagi.. Saja nak bagi sedikit deco kat bantal ni. Jangan dikutilnya XXX ni sudah..

Baby Asy pillow case hand-sew

Bucu bantal yang bakal digentel dan diletakkan di hidung oleh Baby Asy.. heheh

Baby Asy pillow case hand-sew

Bantal ni tak guna lagi sebab kena basuh dulu. Hasilnya sangat memuaskan hati sebab ngam-ngam masuk bantal. Sarung bantal yang sebelum ni N buat guna cadar yang dah terkoyak agak tak memuaskan sebab agak longgar. Baby Asy pegang je bucu, bantalnya terus melurut keluar.. huhu

Nak carik lagi kain perca kat rumah untuk buat sarung bantal :D

Thursday, December 4, 2014

Kodomo Lion Set

Khas buat si cilik baby Asy.. Sebelum ni N pernah terbaca satu blog review pasal berus gigi budak-budak. Katanya berus dia lembut, tapi terlupa pula N brand apa. Berus gigi yang Baby Asy pakai sekarang ni keras sikit. Kesian pula, dah la lembut lagi mulut baby ni. Kena berus yang tak lembut sakit nanti.

At last N grab je this Kodomo Lion set toothbrush and toothpaste ni. N beli kat Giant, harga kalau tak silap RM 3.85. Jeling juga tooth brush untuk N, tapi eurmm.. mahal la pula, dah la bulan ni budget-budget je. Urm takperlah next time je lah, yang penting Baby Asy punya dah ada.

Kodomo Lion Set

Beberapa hari lepas balik rumah barulah berkesempatan nak buka. Busy gamaknya dari office sampai balik rumah.. huhu

Baby Asy paling excited, sampaikan nak amik piccas pun susah. Bila tengok muka dia, tengah buat muka nakal. Dia memang sengaja nak acah-acah.. Guraulah katakan. Tapi Mama dia ni tengah serius nak amik picas.. Sabar je la okay

Dah amik picas terus dia amik masuk mulut.. Wah-wahhh laju je dia. Kena marahlah dengan N sebab tak basuh lagi. Pastu gedek-gedek g dapur basuh..

Masa basuh tu N rasa berus dia lembut, syok la menyental gigi Baby Asy lepas ni.. :B