About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Showing posts with label Baby Asy. Show all posts
Showing posts with label Baby Asy. Show all posts

Tuesday, December 23, 2014

Baby Asy at Johny Steamboat

Pernah makan tak you all kat Johny Steamboat?? Ala yang popular dengan sauce dia yang pedas lagi sedap tu.. Kalau makan kat sana, bukan kata air mata.. Air hidung pun memang tak malu nak keluar sekali.. Hoohoooo N ni memang suka makan pedas tapi tak tahan pedas. Senang nak keluar air sana sini dan tisu wajib ada di tangan :D

Baby Asy at Johny Steamboat

Baby Asy tengah seonok main sorang-sorang dia sementara nak tunggu sis and family.

Baby Asy at Johny Steamboat

Baby Asy wear a suit of Pyjamas outing with socks and COTTON ON shoes. Dah macam K-POP baby ar nampak.. Naper ada Pyjamas Outing?? Sebab baju ni hanya dipakai bila nak keluar waktu malam. Balik terus tidur dengan baju ni. Malam yang santai takmo la bagi Baby Asy pakai kemeja dengan slack kan. Kalau boleh nak style yang rileks dan nampak cool je

Baby Asy at Johny Steamboat

Sis dah sampai baru kami masuk. Nasib baik orang tak ramai :D

Baby Asy at Johny Steamboat

Seperti biasa makanan selalu tak sempat nak snap.. N sibuk sangat layan baby asy, Hp ke mana dan N pun ke mana.. Sebelum makanan sampai laju je N snapping..

Baby Asy at Johny Steamboat

Sis n family..

Baby Asy at Johny Steamboat

Makan memang puas hati kat sini. N makan nasi goreng dan dikongsi dengan semua orang. Lapar gamaknya semua sementara nak tunggu bahan steamboat masak.

Keesokan hari.. Sleeping baby.. tidur lagi. kepenatan duk main dekat JJ Bukit Raja.. Lasak sungguh  dia kat sana sampai N pun susah nak kawal dia..Mengucap banyak banyak je la. Tapi bila tengah tidur tak gerak-gerak cam gini, rasa macam geram nak kacau.. Tapi seperti biasa tahan je la sebab kalau dia dah bangun, bateri dia boleh tahan lama bertahan. Macam tak kering-kering, banyak sungguh tenaga dia

Sleeping beauty

Sunday, December 21, 2014

Asyraf first Color Book made by TokPa

N tak pernah lagi beli buku warna untuk Baby Asy memandangkan dia hanya reti nak menconteng je. Jadi macam rugi pula kalau beli. Minggu lepas kami bermalam rumah Tokpa dan ditemani oleh anak buah seorang untuk teman Baby Asy bermain.

Asyraf first Color Book made by TokPa

Alang-alang cucunya tokpa ada, tokpa ambil kesempatan untuk bagi pensel warna dan buatkan buku warna untuk budak berdua ni. Oh so cute.. Siap ada nama masing-masing lagi kat buku warna ni. N pula tak terpikir nak buat macam ni. Mungkin lepas ni bila ada masa N akan buat buku warna instead of beli.. Buat sendiri lagi jimat kan dan boleh print out apa yang kita suka nak anak kita tengok dan warna :D..

Asyraf first Color Book made by TokPa

Untuk budak baya Asy yang tak pandai lagi, derang akan terima je apa-apa lukisan. Tapilagi bagus kalau cari lukisan yang derang suka. COntohnya macam baby Asy dia suka sangat cat.. Jadi N akan print out banyak-banyak lukisan cat untuk dia lukis :D

Teknologi dah canggih zaman sekarang ni, maklumat semua kat hujung jari.. Just copy, paste and print. Tapi kena guna dengan cara berhemah ekk. Jangan salah guna sudah!!

Wednesday, December 17, 2014

Baby Asy pillow case hand-sew

Weekends baru-baru ni N bertandang ke rumah mama. Dah dekat sebulan lebih sejak N naikkan katil kat bilik rumah mama, memang N tak mentido malam kat sana. Tapi disebabkan oleh mertua yang balik kampung dan N tak ikut jadi N dan Baby Asy pun balik rumah mama. 

Niat bila ada kat rumah mama, naklah jahit sarung bantal untuk Baby Asy. Tapi bila cuba jahit je benang asyik terlangkah-langkah, takmo nya melekat dengan benang bawah... Haishhh.. Bila ditanya, mama kata memang nak kena baiki mesin jahit tu.. Aloloooo.. Time rajin la mesin tu boleh sakit. Tapi kalau ikut umur, banyak juga jasa mesin jahit tu.

Jadi N paksa diri untuk jahit tangan. Sarung bantal ni N gunakan 5 helai kain perca. Sebab tulah sarung bantal ni nampak bercantum-cantum. Kita guna je apa yang ada, takmo membazir kekdahnya. Beli pun takmo sebab kena keluar duit. hehe.. Bukan kedekut, tapi nak amalkan pembelanjaan yang jimat. Kena la jimat cermat sebab next year dah ada GST..

Taraa... Bahagian hadapan bantal daripada dua helai kain perca

Baby Asy pillow case hand-sew

Bahagian belakang dari dua helai setengah kain perca..

Baby Asy pillow case hand-sew

Siap ada XXX lagi.. Saja nak bagi sedikit deco kat bantal ni. Jangan dikutilnya XXX ni sudah..

Baby Asy pillow case hand-sew

Bucu bantal yang bakal digentel dan diletakkan di hidung oleh Baby Asy.. heheh

Baby Asy pillow case hand-sew

Bantal ni tak guna lagi sebab kena basuh dulu. Hasilnya sangat memuaskan hati sebab ngam-ngam masuk bantal. Sarung bantal yang sebelum ni N buat guna cadar yang dah terkoyak agak tak memuaskan sebab agak longgar. Baby Asy pegang je bucu, bantalnya terus melurut keluar.. huhu

Nak carik lagi kain perca kat rumah untuk buat sarung bantal :D

Friday, October 24, 2014

Mama and baby asy wefie

Baby Asy sekarang ni dah pandai selfie you all.. Nampak je muka dia kat skrin HP terus dia nak snap. Siap dah bising-bising ayah dia sebab mamanya ajar benda merapu-rapu. Kata ayahnya lagi baiklah ajar anak ABC ke Alif Ba Ta ke.. Haaaa Tapi kalau dah mamanya kaki dan gila selfie, anaknya haruslah menjadi follower setia :D

Mama and baby asy wefie

Baby Asy ni memang susah nak tangkap gambar dia.. Gila kedekut muka budak ni, tapi kalau selfie memang dia laju. Jadi kalau nak tamgkap gambar dia, kami kena wefie dan dengan syarat dia yang akan snap. Boleh tak gitu??? Nak taknak mama ikutkan je. Kadang-kadang tu memang geram sebab bila dia snap, gambar jadi blur sebab dia bergerak.. Dalam 10 gambar mungkin separuh je yang menjadi. Hurmm okay la tu kan dari takder gambar langsung.. Dan paling best kalau dia buat memek muka.. Memang kelakar. Kecik-kecik macam ni comel la kan.. Bila dah besar nanti.. Hurmm Comel juga la kot kalau dia ikut muka mama dia kan.. hehe

Thursday, October 23, 2014

Asy and chocolate cake, capture the memory

Haiii hope it is not too late to wish all of u a happy morning!! Semestinya hari ni N sampai agak lewat sikit ke office. Update ni pun lepas habis jaga exam. Boleh pula N terlupa tugas N pagi ni, siap bangun lewat lagi.. Tapi nasib baik last minute N ingat dan sampai on time sebab jalan sangat lengang. Sukanya kalau setiap pagi macam ni kan..

Okay, sebenarnya nak cerita pasal budak sorang ni. Terpanjang pula mukadimahnya.. huhu.. Baby Asy ni suka sangat makan cokelat. Jadi cake cokelat ni pun  dia suka asalkan ada cokelat. Chocolate fudge yang tutup cake ni pun sangatlah tebal. Tu yang seronok sangat budak ni membaham cake ni.

Budak kecik macam ni kalau makan comot-comot gini memang comel, ada cokelat celah gigi pun comel gak.. Jadi, tengah-tengah comel ginilah nak kena tangkap gambar. Sementara dia kecik ni lah kalau boleh N nak kumpul seberapa banyak memori dengan dia. Sebab bila dah besar, tak mungkin suasananya sama macam  masa zaman kecik sekarang ni :D

Masa makan gini, haruslah sexy sebab kalau terkena baju sure susah nak hilang.. Pastu sure tukang basuh bising gila, bebel satu hari satu malam tak sudah.. Ayahnya la tu. huhu

capture the memory

Well, u all yang ada anak tu. Apa yang anak u all suka makan?? Kalau makan comot-comot tak macam baby asy?

Ada gambar?? Post la kat blog, kita share ramai-ramai kecomelan derang :D

-------------------------------------

Selingan:

Jangan lupa join SEGMEN: Kapas Putih November Bloglist. Tamat hujung bulan October

Thursday, October 9, 2014

Baby asy love blocks

Baby Asy ni memang suka sangat main blocks. Daripada sebelum ada block lagi dia memang suka tindan barang-barang mainan dia tinggi-tinggi.

Baby asy love blocks

Syok sangat main baby sorang ni.. Kerja dia dari bangun tidur main je. Kadang-kadang nak bagi mandi pun susah, nak suruh tidur pun susah sebabnya sibuk nak main.

Tapi yang block ni N tak kisah sangat sebab main block ni memang boleh mengembangkan minda kreativiti baby. Pandai dia main, macam-macam bentuk dia buat.. Good. Nanti ada duit nak bawa dia pergi legoland kat Johor tu.. Mesti best sebab banyak block macam-macam bentuk :D

Wednesday, September 24, 2014

Table Show by Baby Asy

Haaa.. Advance sungguh Baby Asy ni.. Kecik-kecik lagi dah buat Table Show. Huhuu.. Mama mampu geleng kepala.. Maktok pula terkedu, diam seribu bahasa

Table Show by Baby Asy

Budak ni dah sangat lasak sekarang. Sibuk nak kacau Maktok dia potong kuih, dia pun nak buat juga sampai terlentok-lentok atas meja.. Dah marah pun dia buat dek je, kita ni risau dan takut dia jatuh nanti.. Aduhaii.. Sabar je la jiwa dan raga ni tau. Makin lama makin tambah pe'el dia.

Tuesday, September 23, 2014

Baby gelak tanpa motif

Seronoknya bila penat-penat balik kerja, bergurau senda dengan anak. Masa ni lah nak bermanja-manja dengan Baby Asy. Baby Asy pun tak kisah, lagi melayan lagi dia suka. Biasalah masih peringkat bayi lah katakan. Nanti esok dah besar dah tak boleh nak manja-manja macam sekarang. Nanti pada masa akan datang mesti N rindu saat-saat dia sekarang ni..

Ouchh!!! Jauh betul N fikir.. Huhuuu. Cepat sungguh dia membesar, rasa macam nak berhentikan masa dan biar sentiasa kekal macam ni :D

But life are not as simple as that, mana boleh suka-suka nak play and pause. Dan keadaan macam tu memang takkan sesekali wujud di alam nyata ni. Tapi kalau dalam movie ada la..


Melayan baby asy ni memang seronok sebabnya kalau N agah macam mana pun dia akan gelak. Tapi ikut mood dia juga la dan lagi satu mungkin sebab N dah tahu cara dan style yang boleh diguna pakai untuk baby asy. Tapi cara N tak semestinya boleh guna kat baby lain sebab baby biasanya akan mudah gelak bila bersama dengan orang yang paling terdekat dengannya.

N ada buat eksperimen dekat anak buah. Macam mana N buat kat baby asy macam tu jugalah N buat kat dia.. Ternyata tak berkesan.. huhu Mungkin sebab N tak rapat dengannya dan dia pun tak biasa. Buat muka pelik lagi ada la.. N pula yang macam kesian kat situ sebab takder respon. Muka pun serius je. Baby bila muka serius pun kelakar. Last-last N yang tergelak sorang-sorang..

Apa yang seronok lagi bila layan baby asy ni, kadang-kadang bila tak agah pun dia akan gelak.. Happy je dia. Seronok kalau dapat jadi baby. Masa ni kami tengah wefie. Bukan main lagi gelak sengih-sengih dia macam N tengah buat lawak.. Hohoo

Thursday, September 18, 2014

Dugro Star Baby Gift Set

Kelmarin N beli Susu Dugro dekat Mydin. Ingat nak beli 2 pek je, tapi alik-alik ada gift set kalau beli 3 pek. N pun amik 3 pek walaupun ekonomi agak menyurut sekarang ni.. huu.. Susah betul nak dapat Susu Dugro harga RM20 ke bawah dah sekarang ni.. Kalau dulu paling murah boleh dapat RM19.00 tapi sekarang barang semua dah naik..

Dugro Star Baby Gift Set

3 pek susu Dugro boleh dapat satu gift set Dugro Star

Dugro Star gift set pula ada spek bintang dan juga cap warna merah. Capnya macam cap orang besar sebab saiznya yang besar..


Dugro Star Baby Gift Set


Baby Asy tengah melaram dengan Dugro Star Gift Set.

Beg piano dan guitar gift sebelum ni tak sempat nak dapat sebab habis stok.. Mungkin ramai juga yang dah aim dan beli awal-awal, jadi bila sampai masa N nak gift tu dah habis stok.. huhu rugi tak dapat nak buat collection Dugro gift