About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Showing posts with label SALES. Show all posts
Showing posts with label SALES. Show all posts

Thursday, October 16, 2014

The Big Bad Wolf Book Sale coming coon!!

Event for this coming December 2014.. Simpan duit banyak-banyak ye kawan-kawan untuk shopping buku :D

The Big Bad Wolf Book Sale

5 Dec 14 - 16 Dec 14
24 hours non-stop
Begin: 7am / 5 Dec 14
Ends: 9pm / 16 Dec 14
MIECC @ The Mines

The Big Bad Wolf Book Sale

AWOOOOO!! Ladies and gentlemen, boys and girls, the Big Bad Wolf Book Sale is coming back to MIECC from 5 - 16 December...and I'll be open 24 HOURS round the clock! Make your friends happy and your enemies plain jealous. >) SHARE this news with EVERYONE...the fun's only just beginning!!

Kurang dua bulan je lagi jualan buku ni... Ayuh kumpul duit semua. Kalau berkesempatan, N nak serang juga. Nak beli buku untuk baby asy, buku masakan untuk mertua, buku ilmiah untuk parents, novel untuk N dan buku mancing untuk husband.

Tak tahulah keadaan event ni macam mana sebab sebelum ni N pergi awal tahun 2014, buku boleh diambil sebanyak satu kotak penuh. Boleh baca sini Big Bad Box Sales awal tahun 2014. Best sangat okay..

Thursday, August 28, 2014

Iklan Nuffnang Meriah menari di blog....

Aloloooo... Juling mataku tengok iklan Nuffnang yang tengah ligat menari-nari kat dalam blog.. Alangkah indahnya kalau semua iklan ni masuk dalam CPUV kapas putih... Hohoooo

Iklan Nuffnang Meriah menari di blog....

Ada iklan Nuffnang dari ZALORA MALAYSIA... hoho.. best Zalora ada SALE.. Jom klik klik


Iklan Nuffnang Meriah menari di blog....

Then regus.com.my. Siapa-siapa nak sewa office kat KL.. mari mari..

Iklan Nuffnang Meriah menari di blog....

Iklan Nuffnang Western International University.. Wanna learn more, rajin-rajin la klik iklan Nuffnang N okay :D

Iklan Nuffnang Meriah menari di blog....

Ingin tahu kisah perjalanan Heliza Helmi bersama Sunsilk?? Tonton video dalam iklan Nuffnang sekiranya keluar kat blog kapas putih yaa :D

Sunsilk: Lively Clean and Fresh

Iklan Nuffnang Meriah menari di blog....

Iklan Nuffnang Taylor's University. Siapa nak belajar kat sini, jangan tunggu lama-lama.. Cer pergi explore sikit


Iklan Nuffnang my.bestbuy-world.com. Macam-macam ada. Barangan kosmetik penjagaan muka untuk wanita dan juga minyak wangi..

Thursday, August 21, 2014

IKEA Reko Clear Glass RM3.50 for 6 pieces.. Cheap haa

Tu dia.. Kalau IKEA buat promotion harga derang slash hampir 50% off..

IKEA sales promotion

Untuk last IKEA pamplet promotion ni N berkenan sungguh dengan IKEA Tokig salad spinner. Bagus untuk tapis sayur dan fungsi putarannya dapat membuang lagi banyak kandungan air pada sayur mahupun salad. Menyenangkan kerja di dapur.. I like :D

Tapi barang-barang kat atas ni tak sempat pula N tengok last week masa pergi sana sebab kami terus tertumpu ke tempat barang yang nak kami beli.. Ehemmm takdelah kami sebenarnya, sebab N teman je kan.. hehe

Pada hari kejadian :P, kawan N ada beli small transparent glass, IKEA Reko Clear Glass. Katanya beli untuk rumah dia sebab banyak gelas dah pecah. Sesuai sangat untuk hari raya, ramai student mak dia datang rumah beraya katanya lagi..

Harga tak payah cakaplah, murah bangat.. Dengan hanya RM3.50 boleh dapat 6 gelas. Maknanya satu gelas harganya 58 sen >> bundarkan 60 sen untuk satu gelas.

IKEA Reko Clear Glass

IKEA Reko Clear Glass RM3.50 for 6 pieces..

Ayahnya kirim gelas ni bagi RM50.00 dan member ni rembat sampai 10 kotak you all.. Haaa banyak total 60 pieces. Nak buat kenduri untuk 50 kepala pun dah lepas..

Gelasnya kecik, sesuai la untuk tetamu basahkan tekak. Kalau nak minum lagi banyak kena tuang banyak kalilah. Sangat senang nak bawa dan basuh sebab saiznya yang comel. Dan nampak lagi kelas bila ianya dalam bentuk lutsinar :D N suka sangat barang-barang yang lutsinar. Senang sebab dari jauh lagi dah nampak ada isi ataupun tak.

Dan yang best pasal gelas ni, ianya boleh ditindan. Nak bawa ke sinki senang dan nak simpan dalam almari pun senang. Jimat ruang you all :D

IKEA Reko Clear Glass

Wednesday, August 20, 2014

IKEA promotion from 7-24 August 2014

Bila tengok promotion IKEA ni, teringat pula minggu lepas masa N pergi IKEA. N tak beli apa pun, cuma teman kawan beli barang sikit untuk baby dan kelengkapan rumah. Tapi serius rambang mata.. huhu 

IKEA promotion from 7-24 August 2014

IKEA Rosali shoe box tu N tengok atas rack kat IKEA tu boleh tahan besar juga untuk simpan beberapa pasang kasut. Terkenan pula, nasib baik takder duit. Kalau tak dah rembat 2 pasang sebab harganya RM19.90 untuk 2 kotak. Maksudnya satu kotak kasut tu RM10.00 je.. Ish berbaloi-baloi ni dari harga asal.

Sangat sesuai untuk pengumpul kasut :D

IKEA Ensta Net pun best juga, lagi-lagi sekarang ni nyamuk kat rumah tak menentu. Kalau datang musimnya, tergaru-garu la kami seisi rumah kena gigit dengan mereka yang dahagakan darahh..... 

Bestkan tengok pamplet promotion IKEA ni. Kalau nak tengok lagi pamplet yang lain, rajin-rajin la klik iklan IKEA yang menari-nari kat blog N ni :D

Monday, July 14, 2014

Raya Sales!!!

Metrojaya sale everyone.

Metrojaya Sale, PICC
15-20 July 2014
11.00 am - 10.00 pm
Hall B, Concourse Level

Up to 70% Off

Cosmetic and fragrances
Men and ladies apparels
Children apparels
Home essentials and more

Raya Sales!!!

Sale di lain-lain tempat:

Thursday, July 10, 2014

Empat IKEA clear glass item for Hari Raya Celebrating

You all suka bekas transparent?? Selalunya kalau pergi raya mesti syok kan tengok kuih raya dalam balang kaca jernih dan juga air syrup rose ais sejuk dalam gelas kaca jernih.. Ohhh dah terbangkit sikit semangat raya N.. hehe

Ada tiga sebab kenapa N suka barang-barang kaca jernih:

Moden / Ringkas / Nampak Mahal (Eklusif) / Nampak isi dalam

Jom usha-usha empat barang yang berasaskan gelas jernih dari IKEA..

Empat IKEA clear glass item for Hari Raya Celebrating
IKEA Bottle with stopper

Cuba bayangkan bila masa di waktu tengah hari yang panas kita keluarkan botol ni dari peti sejuk dan letak depan tetamu masa berhari raya. Bukan saja boleh nampak isinya tapi siap ada sekali titisan air di luar dinding botol menitis jatuh.. Gulpppp.. Mesti tertelan-telan liur tetamu nak minum air tu walaupun ianya hanya air kosong.. tapi kalau air syrup rose.. lagilah gulp gulpppp.. hahahaaaa

Okay okay, sebenarnya tak payah nak tunggu raya, tengah posa ni pun tengok botol kosong pun tertelan-telan ayak liur.. hahaa

Serius cantik dan simple. Apa kata tahun ni buat kelainan, kita letak air kosong dalam clear glass bottle ni untuk tetamu yang nak minum air kosong. Malam sebelum raya isi penuh-penuh beberapa botol dan simpan dalam peti. Bila nak minum boleh terus keluarkan. Tak payah susah-susah nak transfer ke dalam jug, jimat masa dan tenaga :D

Empat IKEA clear glass item for Hari Raya Celebrating
IKEA glass set

Pastu hidangkan dalam gelas comel ni. Untuk kunjung mengunjung tak perlulah kita sediakan gelas yang besar. Yang kecil dah cukup, boleh jimat ruang dan senang nak angkat / basuh. Budak-budak pun senang nak pegang.

Empat IKEA clear glass item for Hari Raya Celebrating
IKEA Jar with lid

Lepas minum hilangkan dahaga, hidangkan tetamu dengan kuih muih yang diletakkan dalam balang kaca jernih ni. Senang tetamu nak ambil mana berkenan di hati tanpa buka setiap satu balang. Boleh juga elakkan kuih raya tersebut daripada masuk angin dan lemau.

Empat IKEA clear glass item for Hari Raya Celebrating
IKEA Three tiers serving stand

Di samping tu, siapa yang rajin buat pastry product. Bolehlah hias atas dulang bertingkat jernih IKEA ni untuk tetamu menjamu selera :D

Haaa terpikat tak tengok transparent glass item ni?? Kalau ada rezeki N nak beli.. yehaaa..

Kalau u all nak, kena beli cepat-cepat sebab harga yang dipaparkan untuk sementara waktu jee.. Masa terhad, baik beli masa tengah harga rendah..

N bukan kakitangan IKEA dan entry ni bukan sponsor by IKEA. Entry ni hanya untuk share barang yang N berkenan dan kebetulan tengah murah kat IKEA sekarang ni.. Sebarang pertanyaan pasal produk mohon masuk website mereka yaaa... wink wink..

Saturday, May 31, 2014

TRIUMPH Bra Clearance Sale 30 May - 8 June 2014

Bra Triumph murah tengah clearkan stock.. Jom rembat banyak-banyak :)

TRIUMPH Bra Clearance Sale
Triumph Counter, Parkson Subang Parade
30 May 2014 - 8 June 2014

TRIUMPH Bra Clearance Sale 30 May - 8 June 2014


More than 50% discount
Free items when purchase more
Price from RM10 - RM80 after discount

TRIUMPH Bra Clearance Sale 30 May - 8 June 2014

Poney explosive warehouse sales 23 MAY - 1 JUNE 2014

Poney Sales you all.. Jangan lepaskan peluang.. Sampai esok je kay :D

Harga dari RM5 !!

Poney explosive warehouse sales 23 MAY - 1 JUNE 2014

PONEY EXPLOSIVE SALE
Level 1, SACC Mall, Shah Alam - 30-5513 8900
23 May 2014 - 1 June 2014
10 am - 10 pm

PONEY WAREHOUSE SALE
Poney outlet, Lot 13 @ Serdang Perdana Seri Kembangan.
23 May 2014 - 1 June 2014
10 am - 7 pm

Wednesday, April 30, 2014

Jualan murah sempena hari pekerja JAKEL 2014

Semalam mertua dah ajak pergi Jakel. Mertua kata ada jualan murah sempena hari pekerja kat sana. N okay je


Ni amik kat FB Jakel tapi taktahu la Sale ni untuk Jakel yang mana satu sebab dalam FB Jakel tu diaorang asyik sebut Jakel KL je.

Tapi dalam banner kat atas tak tulis Jakel mana, Jadi N agak mungkin sale ni kat semua cawangan Jakel. Apap pun kalau you all nak tahu lagi lanjut boleh masuk FB Jakel ni.

Esok cuti Hari Pekerja N dan mertua berjalan Jakel paling dekat kat Shah Alam aja le.

Pada you all yang balik kampung dan tak sempat nak pergi esok, jangan risau ye sebab jualan murah sempena hari pekerja ni dah bermula 24 April 2014 sampai 13 Mei 2014. Lepas balik kampung pun sempat, takpun waktu lunch kejap lagi pun boleh pergi :D

Selamat Bercuti dan Selamat Hari Pekerja semua...

Childhood warehouse sale 2014

Sempena hari pekerja, perkara yang paling best ialah jualan murah. Sini sana ada discount..

Childhood Warehouse Sale
Labour Day Special

1 May 2014 - 4 May 2014
11.00 am - 8.00 pm
CMC Centre Taman Connaught

Childhood Warehouse Sale Labour Day Special
website source

Baru-baru ni ada mom and baby expo kat Shah Alam dan Pureen sale. Tarikhnya serentak tapi yang pureen sale tu N tak sempat nak khabar dalam blog sebab tahu pun dah lambat. Sorry you all yang ternanti-nanti pureen sale. Tapi menurut rakan yang pergi, tempat yang diaorang buat kali ni kat Glenmarie. Lagi kecik dan sesak daripada sebelum ni.

Pelanggan makin mengganas.. wawa.. takut pula bila N dengar. N tak pergi dua-dua event sebab Ahad baru-baru ni penat pergi Tokyo Street kat Pavillion. Dah sampai rumah, semua terdampar. Tak sampai hati pula nak minta Papa pergi. Dengan baby Asy lagi, kesian dia pun penat.. Penat main sepanjang masa..huhu