About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Showing posts with label A PICTURE A DAY 14. Show all posts
Showing posts with label A PICTURE A DAY 14. Show all posts

Friday, March 7, 2014

Biskut Aiskrim - Zaman kanak-kanak

Pernah makan tak biskut airskrim.

Biskut bujur yang dilekatkan dengan gula bentuk aiskrim.

Sekarang biskut kegemaran N tu diturunkan ke generasi seterusnya iaitu Baby Asyraf.

Biskut aiskrim

Baby Asy suka betul makan, tapi bukan biskutnya. Sekali gigit, dia gigit yang bahagian gula aiskrim je.

Biskut yang sedap tu dia suap masuk mulut N. Heii sabar je la.

So, kalau dia makan aiskrim gula je memang lepas ni N takkan beli dah. Tak eloklah baby makan gula banyak sangat.

Baby ni suka hati dia je, makan selang seli dengan twist potato beli kat pasar malam.

Twist potato

Sedap hingga menjilat jari.

yummy biskut ni

Kejap makan duduk, kejap berdiri dan sambil-sambil tu tengok TV.

makan macam ni pun boleh

Yang ini bukan duduk, ini cangkung. Nampak macam baby raksasa tengah kelaparan.. kiri kanan tangan pegang biskut..

Thursday, February 27, 2014

Sungai Petani/Penang Wedding Trip Part 1

Last two week N pergi kenduri kawin member kat Sungai Petani, jauh nun kat Utara Malaysia.

Perhentian pertama, excited bergambar.. hehe


Bertolak jam 8pagi dan sampai sana jam 1.30petang.


Masa sampai tu pengantin baru lepas makan.


Aksi manja pasangan pengantin amy rosyila dan adib. Dua-dua orang ni office mate N.


Kami datang berempat. N, Dayah, Kak Fyd (ketua trip) dan driver Thyra tak bergambar dengan pengantin.


Me with a bouquet of flower. Pinjam bunga pengantin kejap..


Besar bibir I, baru lepas kene suntikan botox.. Hehe


Pengantin pun nak bergambar juga.


Me in spek mata besar.


Member masa zaman diploma dulu, berjumpa setelah sekian lama tak jumpa.. namanya fiza


Action....hehe

Seronok kalau masa wedding ada tempat guest book macam ni. Boleh tangkap-tangkap gambar dan tulis ucapan dalam guest book.

Wednesday, February 26, 2014

Window shopping for soul therapy

edit with photoscape

N apply newspaper effect kat dalam gambar atas dengan bantuan Photoscape.

Ada masa nanti N buat tutorial okay :D

Last week N pergi MBSA Shah Alam sebab member nak apply pasar pagi seksyen 13 kat stadium tu.

So bila dah selesai we all singgah PKNS untuk lunch dan sempat cuci mata.

window shopping terapi jiwa

Serius masa masuk tu N sangat terkejut sebab banyak sangat booth kat ruang legar dan salah satunya adalah booth jual baju baby yang sebijik macam kat PWTC baby fair hari tu.


Uishhh bahaya, nasib baik takder duit.. Kuuuu semangat mata N... Bawa bertendang banyak-banyak.

Ingatkan dapat la juga nak relakkan jiwa bila window shopping tapi makin tak keruan jadinya. huhu

Bukan tu aje, booth lain siap jual beg, kasut dan macam-macam lagi yang mengganggu jiwa ni.

Barang budak-budak dari alat tulis sehinggalah barang mainan semua ada.

PKNS shah alam

Sempat lagi snap scenary syiling PKNS ni. Sangat cantik okay, warna-warni pastel color.

PKNS sekarang ni sangat berbeza dengan zaman masa N kanak-kanak dulu. 

Oleh kerana dah agak lama tak datang banyak perubahan yang PKNS buat termasuklah penambahan restoran di pintu masuk.

Cepat betul masa berlalu dan PKNS kini tampak lebih ceria berbanding 4 ke 5 tahun yang sudah :D

Monday, February 24, 2014

One person junk is another person treasure

Photoscape editing

Memang dari dulu lagi N memang sangat suka barang second hand especially baju.

Dah memang jadi kebiasaan setiap kali ke pasar malam N akan ke gerai bundle.

Tapi itu semua dalam kenangan sebab dekat Shah Alam ni tak banyak bundle perempuan kecuali kat Stadium Pasar Pagi Seksyen 13, Shah Alam.

Serius N tak malu langsung untuk mengaku yang N merupakan peminat bundle yang tegar.

Daily Scrapbook

Pantang tengok bundle perempuan, N lah yang paling excited. 

Tapi entry ni bukan pasal baju bundle yang beli kat kedai pasar malam. Lagi best dari bundle tapi lebih kurang macam adik beradik jugalah ceritanya.

Seminggu lepas ada sorang member ni nak kahwin dah. Nanti N cerita entry pasal kahwin dia kendian. So untuk melapangkan almari baju, dia dah packing sikit baju yang dia tak mau dan bagi N.

N memang sangat berbesar hati terima pemberian dia dengan tangan yang terbuka luas.. Sebenarnya dia letak atas kerusi office sebab tak sempat jumpa N sebelum cuti kahwin.

Dalam hati dah berbunga-bunga dan tak sabar nak buka tengok. Tapi oleh kerana kat office so, N tenangkan hati. hehe

Perasaannya sama macam kat kedai bundle, tapi lagi best sebab free dan ala ala macam buka surprise gift.

Tak tau baju tu jenis macam mana dan teruja nak belek satu-satu. Bila masuk kereta dan tunggu traffic light sempat buka 2-3 helai baju..

Balik rumah baru buka semua. Semua baju yang member bagi ni cantik-cantik lagi. N tahu yang dia pun tak sampai hati nak bagi baju-baju dia ni tapi bila pikir nak masukkan baju baru yang sesuai dengan status Puan lepas dia kahwin terpaksalah dia bungkus dan bagi kepada kawan dia yang tersayang ni.. hehe

Friday, February 21, 2014

Baby Asy love to play

Budak comel ni suka sangat main. Sepanjang masa dia main, kadang-kadang tu sampai xmo tido..

Let play with me

Dan satu perkara yang N perasaan Baby Asy ni suka timpa-timpa barang.

Apa-apa sahaja barang mainan dia akan timpakan dari patung giraffe dan patung lain sehinggalah kereta-kereta yang macam kat atas ni.

Mungkin dah tiba masanya N beli blok untuk dia main.

Baby asy seronok naik kereta

Jeep favourite yang dihadiahkan oleh Mama Farra (Kakak N). Dan juga kereta yang boleh ditukar jadi skuter, tapi kereta ni dah rosak bahagian dalam. Tak tau angkara siapa sebab kat rumah pun budak-budak mak jaga ada main.

Thursday, February 20, 2014

Sweets take five

Ada je rezeki bergolek tatkala kepala tengah berserabut..

Meet me..

Creamy Puff with Chocolate Stripe and Sliced Prune on a bed of Swirl Cream

Power Puffy girl

Homemade cheese cake & Pandan layer cake serve with Slice Chocolate, fruit and smoothy cream on top.

Cakes anyone

Tergaru-garu..

Salam dari baby asyraf

Baby boy melingkar sambil tengok TV. Suka sangat cium hujung bantal.

Baby Asyraf melingkar

Wednesday, February 19, 2014

ArtSphere 20/80 3D Mural Seri Kembangan

Last two weeks N pergi ArtSphere 20/80 di Atmosphere, Seri Kembangan.

Sebanyak 80 3D mural art ada kat sana. Dan ianya dilukis oleh 20 pelukis.

Atmosphere adalah bangunan yang penuh dengan lot kedai yang masih belum dibuka.

Tak rugi pergi walaupun peluh memercik keluar mengejar Baby Asyraf.

Ayuh tengok gambar.

(AMARAN ENTRY PENUH GAMBAR)

Lukisan 4D artsphere

Artsphere ni sangat sesuai untuk sesiapa yang suka posing secara kreatif dan juga photographer.

Siap buat contest lagi.

Pertandingan tangkap gambar

Peta ArtSphere

Map of Artsphere

Cantik lukisan ni, penuh dengan warna warni.

Mama love arts

Tak tahulah siapa gerangan jejakan ni, N snap je. :D

Falling Books

Jejaka comel ni Muhammad Asyraf namanya :D

Asyraf dengan buku jatuh

Kanak-kanak main belon, siap ada tali untuk pegang. Konon-konon tengah pegang belon.. So sweet

Main belon

Asyraf dengan tunggul pokok yang besar.

Asyraf dengan pokok besar

Saper nak jadi puppet bley ikat kaki dan tangan kat tali ni.. Scary pula N rasa.

Patung tangan

Mama main piano.. tapi in reality mama memang pandai main piano. Dan paling kagum bila dengar dia main piano berdasarkan lagu yang didengari. Bukan semua orang ada kebolehan macam tu.

Mama main piona

Besar kan mainan ni... Kalau datang ngan kawan-kawan kene bawa dadu baru bley main.

Dam ular besar

Seronok Baby Asyraf main dengan Ultraman..

Tengah-tengah ada rabbit dan kad nampak cam karakter dalam Alice in Wonderland.

Last sekali seorang budak perempuan tengah panjat tangga. 

Main sorok-sorok dengan Ultraman

Selamat datang ke bilir air ye you all..

Lantai tandas pecah ditumbuhi pokok.

Selamat datang ke bilik air

Tangkap gambar depan cermin pun jadi.

Snapping in front of the camera

Asyraf naik train. Scenary of water fall

Robotsss....

Asyraf going somewhere

Bagai pinang dibelah dua.. Sama cantik sama handsome.. 

Papa dan juga mama.. Love both of them

Merpati dua sejoli

Ikan berenenang atas darat. Sangat hebat.

Fish swimming inside the simen

Asyraf skipping with the girls..

Asyraf playing skipping

Popular spot..Kereta keluar dari dinding.

Car from the wall

Sangat puas hati walaupun penat berlari berkejaran dengan Asyraf.

Pipi budak kecik ni dah merah-merah sebab cuaca yang panas.

Asyraf with Tokma

Semuanya ada 80 3D mural art tapi bila N google, rupanya masih banyak lagi lukisan yang N tak pergi dan tengok...

Tuesday, February 18, 2014

Santai-santai sambil nonton TV

Baby Asyraf ni tak banyak peel bila tengok TV.

N buka channel apa pun jalan.

Baby yang suka tengok TV

Mungkin sebab dia masih kecik lagi.

Ada juga N buka kartun tapi dia boleh ngadap sekejap je. Lepas tu dia main benda lain.

Lepaking sambil tengok TV

Tapi yang pastinya dia suka betul tengok iklan susu dan juga iklan silat ali cafe.

Monday, February 17, 2014

How to control active baby?

Macam mana ye agaknya nak kawal anak yang berada di tahap nak membuas.

Ada dua jenis baby yang kita dapat tengok di sekitar kita.

Baby yang duduk senyap dan baby yang tak reti nak duduk senyap.

Asal pergi mana-mana baik di rumah mahupun luar rumah ada je kerja yang diaorang ni nak buat.

Asyraf suka pergi kendiri

Kalau dalam rumah siap panjat grill pintu mahupun meja makan. Dan kalau keluar pula mereka ni sangat berani untuk berjalan jauh-jauh dan tak nak pegang.

N memang risau betul kalau jalan-jalan kat shopping mall dan anak merengek-rengek tak nak duduk dalam troli ataupun stroller.

Dia lagi suka berjalan tolak troli takpun susun barang-barang kat rak yang ada.

Ditambah pula dengan berlari-lari jauh dari pandangan N.

Asyraf di majlis kahwin

Kekadang tu perangai mereka ni boleh buat N hilang sabar.

So kat sini N ada beberapa tips yang mungkin boleh diguna pakai:

Sentiasa bawa gula-gula or lolipop untuk melekakan mereka.

Ataupun apa-apa sahaja yang mereka suka makan.

Bawa barang mainan kecik yang boleh muat dalam hand bag mummy.

Takpun ambil sekejap mainan apa yang ada dalam supermarket dan bagi dia main dalam troli.

Kalau pergi kenduri kahwin terus menuju ke candy buffet dan ambil apa yang baby nak

Kalau baby tak nak makan candy or what so ever, bergilirlah makan dengan husband / wife supaya baby dapat dikawal.

Untuk mengelakkan daripada penat, lepaskan aja mereka dan ikut dari belakang. Boleh diguna pakai samada di shopping mall, supermarket mahupun tempat-tempat yang tak sesak.

Dan last inisiatif adalah bagi mereka pakai beg yang ada tali tu. Sure baby tu tak leh lari jauh dan boleh kawal jarak di antara dia dan you all. Tak payah peduli pandangan serong dari orang ramai. Masih ramai orang dalam Malaysia yang tak boleh nak menerima penggunaan tali untuk diikat ke atas anak-anak kecil.

Special animated gif from Asyraf

Last week ada table setting.. Masa cepat sangat berlalu.. N rasa latest intake punya table setting baru je habis. Tuptup muncul pula lagi satu..

Wedding theme

Pink wedding theme.. I loike

Cute baby playing alone

Daily Scrapbook.. Baby Asyraf in solarize picture setting :D

Baby yang suka tonton TV

Asyraf macam biasa gemar tengok TV macam mama n maktok dia :D

I am happy little baby

Heyyy allll from Asyraf....

Special animated gif from Asyraf :D