About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Showing posts with label FOTOR. Show all posts
Showing posts with label FOTOR. Show all posts

Wednesday, September 17, 2014

TUTORIAL: How to edit beauty face

Hai semua. Hari ni N buat tutorial untuk cantikkan muka @ make up digital guna Fotor.com

Jadi untuk menampakkan kesan yang ketara N cuba guna gambar yang N tak rasa macam cantik.. Hodoh!! Buekk.. heehhee

Step pertama you all kena buka application Fotor.com

Lepas tu ikut arahan dalam gambar

1. Add Photo
2. Edit
3. Save

Untuk cantikkan muka, N edit dulu gambar jadikan ianya lebih gelap berbanding gambar asal. Kat bawah N ada bagitau kenapa.

TUTORIAL: How to edit beauty face

Kemudian barulah masuk bahagian beauty untuk cantikkan muka. Klik button beauty dan bawah kategori beauty ada macam-macam tool cantikkan wajah.

Yang N selalu guna ada:

Smoothing - Kononnya untuk licinkan kulit muka. Proses smoothing akan menyebabkan gambar jadi lagi bergabus. Untuk elakkan putih yang melampau ataupun kepudaran dalam gambar, tu sebab N edit gambar jadi gelap macam gambar pertama kat atas.

Wrinkles - Untuk hilangkan kedutan. Tekan je cursor kat tempat yang ada kedut-kedut kat muka. Gerenti boleh hilang :D

Blush - Pemerah pipi

Eye Pop - Gelapkan dan naikkan biji mata hitam

Lip Tint - Warnakan bibir yang pucat

Last sekali bila dah dapat muka yang disukai bolehlah klik save..

TUTORIAL: How to edit beauty face

Save pun ada banyak pilihan.. Pilih je mana nak. Kalau nak gambar yang lagi kualiti bolehlah pilih High dan sebaliknya.

TUTORIAL: How to edit beauty face

Perbezaan sebelum dan selepas.

TUTORIAL: How to edit beauty face

Flawless gitu.. Seronoknya kalau real macam yang gambar after ni.. Mampu nganga mulut sambil jejehkan saliva je la sebab kepingin nak macam tu :P

Yang budak comel tu N just smoothkan muka dan letak warna sikit kat bibir.. Seronok jadi baby ni sebab tak payah edit pun memang dah sedia cantik.. jeless rasa huhu

Anyway, good luck semua..

Tutorial ni sesuai untuk you all yang takder function 360 dalam HP takpun if HP u all ni tak berapa nak canggih macam HP N ni. Kalau nak cantikkan muka kena edit dalam PC.. Macam ketinggalan pula rasa diri ni.. huhu

Tuesday, September 9, 2014

Day 1 - Facebook Profile Photo + 5 Facts on photo

Bermulalah cabaran 10 Day Photo Challege.. Wahh. List yang pertama lagi dah mencabar sebab kena tunjuk gambar Facebook. Huhuu.. Ok teruskan bacaan kalau nak tahu kenapa N cakap mencabar..

Day 1
Facebook Profile Photo + 5 Facts on photo

Day 1 - Facebook Profile Photo + 5 Facts on photo

5 facts on photo:

Gambar kat atas ni merupakan gambar profile Facebook N. N letak gambar ni sebagai gambar profile sebab perasan yang muka N dalam gambar ni cantik.. Huhuu.. ye la kan, mana ada orang nak letak gambar yang tak cantik kat profile Facebook masing-masing.. Masa tu tak peduli apa orang lain nak cakap, yang penting diri sendiri rasa yang orang dalam gambar tu memang cantik.. huhu

Baju yang dipakai dalam gambar adalah baju kegemaran N, N rasa confident bila pakai baju ni dan ramai yang akan puji... :P hehe perasan. Baju ni dua helai sebenarnya. Dalam sleeveless kolar dan luar pula blouse lengan panjang yang berleher besar. N ni memang suka baju-baju.. Kalau datang waktu sengal, N akan meroyan cantik-cantik bersolek bagai bila ke tempat kerja sampaikan ada pujian nakal dari rakan sekerja dan juga students.... Ouchhh... Dah kahwin anak lima tolak empat pun laku lagi tau, hehe.. N boleh berpakain gini sebab N kerja swasta.. Kalau Gomen dah tentulah baju kurung 365 hari..

Satu perkara yang you all kena tahu pasal orang comel dalam gambar ni ialah dia (N) bukanlah seorang pengguna Facebook yang tegar. Boleh bilang dengan jari sebelah tangan sahaja berapa kali N log in Facebook dalam masa sebulan. Jadi you all tak payahlah nak merayu bagai (ada ke??) tanya nick name sebab nak add dalam Facebook. Dalam facebook N memang tak ada apa-apa sangat sebab tak pernah berupdate bertahun lamanya. Kalau log in pun sekadar skroll nak tahu perkembangan rakan-rakan dan lepas tu log off.. Friend request pun dah beratus tak dilayan sebab kebanyakannnya students. Mungkin derang tak tahu kewujudan FB kedua N yang khas untuk students.

Tapi walaupun tak aktif FB, N tetap akan kekalkan akaun tersebut sebab senang nak contact kawan-kawan lama. Dan tak ada pun rakan blogger dalam akaun Facebook tersebut sebab N tak pernah revealkan dalam blog. Bukannya sombong, tapi N lagi suka macam tu. Kebanyakan pembaca blog N semua tak kenal N siapa dan ada dua orang sahaja kenalan FB yang ada akaun blog. N sengaja tak mahu campurkan kenalan Sekolah, Uni, Kolej, Keluarga dan Kerja yang ada dalam FB dengan rakan blogger. Rakan FB tak ramai yang tahu N ada blog dan mereka pun takder blog. Rakan blogger, N nak remain dalam blog saja. Kadang-kadang menulis bacaan untuk orang yang tak kenal kita pun ada kebaikannya yang tersendiri juga. Ataupun  mungkin sebab N ni pemalu, sembunyi dalam baju..

Dan last sekali fakta pasal gambar kat atas ni.. N dah edit dulu sebelum N post kat entry ni. N edit guna app fotor.com. Dalam app tu kita boleh edit muka lagi cantik. Nak tambah eyeshadow dan lipstik pun boleh.. Oleh kerana baru first time edit muka gini, jadi hasilnya boleh tahan handsome la juga.. hehe and a bit funny.. Tapi N tak kisah macam mana lucu pun, N letak je. Malas nak ambil pusing sangat. Anyway, tujuan edit gambar tu sebab nak cantikkan lagi muka yang dah sedia cantik. :P haha gila perasan

Info tambahan:

Ini adalah gambar selfie kat office, masa ni takder siapa pun lagi kat office. Jadi dapatlah meroyan selfie

Wednesday, August 13, 2014

Collage pictures into interesting shapes

Kali ni N nak introduce Photo Editor fotor.com. Banyak benda yang boleh kita buat guna Fotor ni. Nak edit gambar boleh, nak buat collage dengan koleksi gambar pun boleh. Dan kalau takmo gambar bertindan-tindan macam collage tu pun takder masalah. Sebab banyak sangat template lain yang ada.

N sendiri pun tak habis explore lagi ni. Sejak dua menjak ni jumpa banyak pula photo editor sampai terkejar-kejar nak explore :D

Pada you all yang tertanya-tanya, kat bawah ni la rupanya photo editor fotor.


Collage pictures into interesting shapes

Kat atas ni collage bentuk rama-rama dengan hanya menggunakan satu gambar sahaja. Sangat senang, tak payah la nak bersusah payah susun sebab fotor akan multiplied kan gambar dan susun ikut bentuk yang kita mahu.

Collage pictures into interesting shapes

Ada tiga keping gambar N guna untuk buat photo collage shape ni.


Collage pictures into interesting shapes

Gambar pertama adalah gambar baby asy sorang sambil memeluk itik. Dah alang-alang collage ni ada banyak bentuk N pilih bentuk itik yang mana sesuai dengan gambar ni.

Collage yang kedua pula dengan hanya menggunakan dua gambar sahaja. N saja pilih bentuk love sebab Baby Asy merupakan cinta pandang pertama mama dan cinta sejati sampai akhir hayat N.. :D

Collage pictures into interesting shapes