About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Showing posts with label BIRTHDAY. Show all posts
Showing posts with label BIRTHDAY. Show all posts

Saturday, September 3, 2016

Birthday party..

Semalam macam biasa, ada birthday party kat tempat kerja. Ni untuk birthday boys and girls dari bulan may sampai august tahun 2016. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar.

Jamuan bermula awal seperti yang dirancang. Kali ni majlis meriah sikit dengan kehadiran bos yang menyampaikan hadiah. Food pun sedap sedap. Semuanya dimasak dengan penuh kasih sayang oleh chef chef yang terlibat.

Syukur dengan rezeki depan mata, semoga company dilimpahi dan dimurahkan rezeki supaya ianya dapat dikongsi dengan semua orang..

Terima kasih bos sebab sentiasa menganjurkan birthday party dan juga terima kasih chef makanan semua marveles. Sedap ngat sampai tak larat nak bangun ngemas.. huhu

Food of the day - beef lasagna, roast lamb, cheese wedges, roti arab kuah kari, sandwiches, chocolate cake, choux paste and fruits... yum yum

Thursday, October 2, 2014

Projek balut kotak hadiah

Hari ni N dah sambung projek kotak hadiah sempena hari jadi staff esok. Tagging dah siap. Tinggal nak masukkan tumbler dalam kotak dan ikat riben.


Awal tahun baru ni, sambutan hari jadi hanya untuk staff yang lahir bulan Jan sampai April, jumlah semua dalam belas-belas je. (Gift preparation awal tahun) Tapi kalu ni dari bulan May sampailah September. Ramai tu, lebih kurang 26 orang. Jadi makin banyaklah kerja N.

Harap-harap dapat siapkan hari ni lepas habis exam kejap lagi. Mungkin balik lambat sikit hari ni kalau tak siap by 5.30 pm. Seronok tengok orang dapat hadiah dan N pun memang suka balut hadiah.. Anyway, N dah dapat awal tahun hari tu. Dah siap guna kat rumah :D

Thursday, March 27, 2014

Asyraf Birthday Guestbook

This weekend N buat birthday party untuk Baby Asy secara kecil-kecilan. Jemputan family Papa, Mama dan Kakak sekeluarga. Tak lupa juga kepada satu family budak yang mertua jaga.

So N decide nak buat Birthday Guestbook. Dulu masa birthday satu tahun N tak terpikir. Tapi sekarang ni baru terpikir nak buat. Memang sekarang ni dia tak tahu apa, tapi bila besar bila dia belek-belek mesti dia suka. Memori dan kenangan dia masa kecil yang dia mungkin tak ingat dah.


Print out nanti hitam putih je sebab N takder printer warna. Dah print out nanti N tunjuk resultnya okay :D


Harap-harap semuanya akan berjalan dengan lancar this weekend :D