About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Showing posts with label TRAVEL. Show all posts
Showing posts with label TRAVEL. Show all posts

Wednesday, January 21, 2015

1600 Replika Panda di PUBLIKA - Last Tour Destination

Ahad baru-baru ni N ke Publika untuk tengok replika Panda.

Baby Asy sebelum tengok replika panda di publika.. Jom tengok panda!!! Masa ni kami bersiap untuk beli shopping barang dapur. Tapi tengah bersiap tu, mama call ajak pergi tengok Panda. Jadi kami tukar plan untuk tengok dulu replika panda ni dekat Publika Solaris.

Replika Panda at PUBLIKA SOLARIS

Mama kata Panda display ni nak berakhir dah, tu yang kelam kabut nak pergi juga tengok. Ni ada peta 1600 Panda Tour in Malaysia Peninsular. Bila tengok peta ni barulah N tahu yang 1600 replika panda ni dah pergi berjalan merata dalam semenanjung malaysia. Info ni N ambil di FB rasmi panda.

Panda Tour

Penjelahan 1600 Panda di Malaysia! 

Saksikan panda flashmob, sesi penjelajahan dan pameran panda bermula dari Dataran Merdeka pada hari Ahad 21hb Desember, 2014. Selepas itu panda akan mejelahai ke lebih 15 lokasi ikonik terpilih dan perjalanan mereka akan berakhir di Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur. Kami akan umumkan maklumat penuh berkenanan tarikh, masa dan lokasi. Jumpa di sana!!!

Beberapa keping gambar yang berjaya N capture sebelum memory phone penuh :(

Replika Panda at PUBLIKA SOLARIS

Ada panda yang tengah duduk, ada yang tengah merangkak berjalan. 

Okay, apa motif replika panda ni ditayangkan sehingga ada road tour??

Dari pandangan N panda road tour ni diadakan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai di dalam pemulihan dan initiatif hijau bersama. Di samping tu panda display ni juga dibuat untuk mengumpul dana. Kutipan dana tersebut akan digunakan untuk penjagaan panda.

Tahukan you all yang ke semua panda ni diperbuat daripada kertas. Nak tahu lagi info, skroll lagi bawah..

Replika Panda at PUBLIKA SOLARIS

Panda ni panda mesra alam buatan manusia kerana diperbuat daripada kertas mache.

panda tour

Papier-Mâché (sebutan Bahasa Perancis) a.k.a "Paper mache" bermaksud "kertas yang dilumat" merupakan bahan komposit yang terdiri daripada kertas atau pulpa, yang melekit-lekit seperti gam.

Perkataan ini berasal dari Perancis, negara Eropah pertama yang membuat Papier-Mâché. Teknik istimewa pada seni ini tersebar ke negara Eropah yang lain. Dipercayai "Papier-Mâché" mendapat nama dari pekerja Perancis yang bekerja dikedai kertas mache di London.

panda road tour

Panda kebiasaannya tinggal berhampiran sungai atau sumber air yang jernih kerana mereka suka minum air. Mari kita jaga dan jimatkan penggunaan air untuk pemulihan alam sekitar. Setiap titisan air amat berharga!

Yer, betul tu. Sekarang ni musim sejuk dah berakhir di sekitar lembah klang. Harap-harap kejdian kemarau seperti tahun lepas tidak berulang lagi pada tahun ini. Susahnya bila tiada air, semua kerja tergendala..

Replika Panda at PUBLIKA SOLARIS

Asy dan maktok tengah main mata dengan panda :D

sokong barang kitar semula

Jom gunakan botol terpakai dan minum lebih air. Tunjukkan sokongan anda kepada pemuliharaan dan inisiatif mengekalkan kehijauan bersama Panda!

jom jimat elektrik

Panda pesan MATIKAN penyaman udara selepas pukul 5 petang. Jimatkan elektrik dan kurangkan gejala pemanasan global. Mari kita menyokong pemulihan dan initiatif hijau bersama. 


Replika Panda at PUBLIKA SOLARIS

Baby asy dan 1600 replika panda di publika.


Inisiatif Hijau Panda!

Jom Guna Pengangkutan Awam untuk mengurangkan pencemaran, jejak karbon dan bantu menyelamatkan alam sekitar. 


Masa tangkap gambar ni N duduk tengah-tengah.. Barisan panda ni panjang sebab semuanya ada 1600 replika panda. Masa N pergi publika sangatlah ramai orang. Bersesak-sesak N kat sana. Mungkin sebab hujung minggu dan semua orang pun pakat nak tengok replika panda ni sebelum tarikh berakhir.


Replika Panda at PUBLIKA SOLARIS

So, kepada you all yang nak tengok 1600 replika panda di Publika boleh pergi sebelum tarikh tamatnya iaitu 10 malam, 25 January 2015. Yang dekat Publika ni adalah tempat terakhir untuk Panda ni dipamerkan. Jangan lepaskan peluang.

1600 panda world tour malaysia

Sedikit tips kalau you all nak pergi, pergi masa office hours. Gerenti masa tu tak ramai orang. Nak bergambar pun senang. Tapi kalau nak lagi best, you all boleh bayar RM10 dan masuk ke dalam kawasan panda display. Nak peluk ke, nak cium ke boleh aje asalkan korang tak tinggalkan kesan lipstik kat panda tu. 

Sebab.. sebab.. setiap panda yang dipamerkan telah selamat dibeli dalam tempoh 24 jam tawaran jualan panda tersebut... Haaa percaya tak.. Kesemua replika panda yang dipamerkan telah mempunyai tuan masing-masing. Jadi pada hari terakhir replika panda ni dipamerkan, mereka-mereka yang dah bayar akan menerima panda masing-masing untuk dibawa pulang :D

panda program

Tahniah kepada semua replika panda, anda dah ada rumah masing-masing.. Semoga dana yang dikutip dapat digunakan dengan sebaik yang mungkin untuk kesejahteraan panda sebenar yang berada di zoo :D

panda dah ada rumah :D


Tahniah kepada semua replika panda, mereka dah ada rumah masing-masing..

Sunday, December 21, 2014

Beautiful Putrajaya at night

You all ada dapat tak event lampu yang kata diadakan kat Putrajaya baru-baru ni.. N pergi pada malam tersebut tapi nak jadi kisah.. Kami tak jumpa tempatnya. Boleh tak di zaman teknologi canggih gini kami tak jumpa tempat.

Tak boleh nak buat apa la sebab yang pastinya N takder plan Internat jadi tak tahu menahu sangat pasal waze or GPS tu. Mama n papa ada tapi biasanya nak dekat veteran gini mana nak tahu sangat pasal waze macam orang muda. Kalau takat google, Whatapps papa tahulah. Nak lagi up to date sikit mama la siap fb dan candy crush lagi.. Anak dia yang sorang ni pun tak menahu pasal candy crush.

Bila diminta nyawa, barulah terkial kial buka FB yang sebulan sekali nak log in ni. Main sekejap dan pas nyawa satu kat mama, dan pastu tak buka-buka dah. First and last. huhu.. Memang N dah lama stop main game ni sebenarnya sebab masa tak banyak.

Macam mana la nak ada banyak kalau masa yang ada kerjanya duk layan blog aje.. :P


Kami kat salah tempat.


Snap je gambar.. lampu-lampu yang cantik untuk buat kenangan manis.. hohooo


kat belakang tu masjid


Sampai sini saja kenangan di putajaya. Selepas ronda tak jumpa tempat kami terus ke kedai mamak dan dinner.. Kecewa yang amat bila kakak hantar video event lampu tu.. Cantik sangat. Masa malam tersebut banyak kali mama call kakak nak tanya tempat tapi kakak tak dengar bunyi phone sebab bising tengok concert.. Seee.. siap ada concert tau, perform by Ella..Melepas kami. Ni dah event kedua jadi cenggini. Asal event kat putrajaya je jadi macam ni, sesat-sesat sampai.. Dan N rasa ramai yang senasib kami. sebab bila kami pergi mereka pun macam tak tahu arah tuju..

Thursday, August 28, 2014

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Percutian yang indah!!

Sebenarnya percutian ke Pulau Perhentian ni dah lama berlalu, cumanya N baru ada masa nak edit dan post dalam blog. Al maklumlah dulu tak aktif berblog. Masa ni N kerja dengan kawan abang ipar, company printing. Lebih kurang sekutulah dengan company abang ipar N kat Seksyen 7 Shah Alam.

Kami semua bertolak dan convoy dari Shah Alam.

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Sebelum kami naik jeti singgah dulu breakfast kat Terengganu. Gerai ni kat tepi jalan je. Makanan not bad la.. Kalau dah lapar, bedal saja..

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Kami dah sampai jeti.. yeee!! I am very excited masa ni, sebab selama N belajar kat Dungun 3 tahun tak pernah pun jejak kaki kat Pulau ni walaupun kami satu kelas poyo-poyo cadang nak pergi.. huhu :P.. Masa ni masih single, kurus kerempeng kan, perut pun slim gitu.. tak macam sekarang ni... hohohooo Gambar ni sekarang akan dijadikan pembakar semangat untuk kurus semula.. Nadia bolehhh!! Usaha usaha

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Sementara tunggu boat, kami kena isi nama dalam buku pelawat. Setiap orang yang akan pergi ke Pulau wajib isi nama. Bagus sistem ni, baik untuk keselamatan..

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Kami ni terdiri daripada dua company. Kat atas ni company Total Design. Bos yang pakai baju kuning cap merah. Of course angkut anak bini. Pekerjanya kami tiga orang yang comel-comel especially yang gigirl baju kuning tu. N ni kerani je pun kat situ, buat filing and jumpa client ambil info :P.. Yang lagi dua jejaka tu designer.. Baju belang tu Bal dan yang sebelah N tu Ann.. 

Sepanjang bekerja N paling suka segala jenis design yang dibuat Ann.. Ann jugalah yang buat kad kawin N. Kecekapan dia menggunakan Photo Shop, Ilustrator dan seumpanya memang sangat menakjubkan. N boleh duduk berjam-jam sebelah dia dan tengok dia design. Segala coding dia mahir, cepat je tangan dia type... Bila tengok dia design macam kena pukau rasanya.. Tak pernah lah jumpa orang lain yang hebat macam dia bila cakap pasal photoshop and ilustrator ni..

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Kami dalam boat.. Best masa ni. Duduk pun relak je dengan harapan goyangan tak kuat sebab N ni cepat mabuk kalau goyang berlebihan.. huhu.. Tetiba je teringat masa nak praktikal kat Langkawi dulu, naik ferry. Terumbang ambing dengan goyangan yang agak kuat dan tak nampak langsung darat.. Kiri kanak depan belakang semua laut.. Seram.. Lagi dengan goyangan, terasa macam ada something kat dalam perut nak terkeluar. Muka dah sedikit pucat dan nak pitam. Tapi nasib baik dapat bertahan sampai sana walaupun agak lama duk dalam ferry tu.. huhu

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Jejaka-jejaka dan Bapa orang. Bapa orang tulah abang ipar N. Dialah yang buat kotak doorgift masa wedding N dulu..

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Dah nak sampai.. Ambil masa yang sekejap, cantik sungguh pemandangan. Terpaku N kejap di atas boat sambil mulut ternganga dan percikan air laut berlumba-lumba masuk dalam mulut.. ececehh...

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Kelihatan boat yang membawa pelancong.. Nak ke mana la mereka ni, seronok tengok..

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Kami dah sampai.. Lepak kejap atas buai bawah pokok.. Happy!!

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Dan ada juga yang sangat menghayati pemandangan.. Dah macam tugu dah kat situ, yoyo je lebih ni.. Ops lupa pula nak bagitau kebanyakan pekerja-pekerja abang ipar semua designer termasuklah rakan sekerja N dua ketul handsome tu. Dan seperkara yang you all kena tahu pasal designer.. Psttt Mereka ni serius gila-gila.. Dan gejala gila-gila ni bermula sejak mereka belajar lagi.. Budak-budak AD you know what I mean yaaa.. hikhik...

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

When men on the beach, sexy ahh!! Auuu... Haa kalau cakap je pasal pantai mesti dah terbayang-bayang perempuan-perempuan hot berbikini bagai.. Teringat pula kes kat Penang baru-baru ni yang buat aktiviti ala-ala pantai kat oversea tu, nude beach... huhu

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

We all on the beach... Layan angin pantai memang best sambil main pasir dan duduk dalam pasir

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Menghayati pemandangan indah pantai yang jernih.. Yurp kat sangat airnya memang jernih, siap boleh tengok ikan menari-nari.. :P

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Last posing sebelum nak balik.... Macho??? Satu dan dua dari kiri gambar adalah designer company N.

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Sempat lagi main buaian sementara tunggu boat berangkat pulang.. Ada la sorang designer kat atas ni yang pakai topi ala-ala koboi tu kan.. Asal nak edit je, muka dia paling banyak dalam gambar.. Itu designer company N dan N gelar dia sebagai Faizal Tahir sebab muka dia macam Faizal Tahir... :P

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Anyway, pada you all yang tercari-cari maklumat pasal tempat ni, tak banyak yang N bagi dalam entry. Gambar makan or bilik memang takder sebab masa tu N tak bawa kamera. Ni pun ambik dari orang lain punya kamera. Pakej berapa pun tak tahu sebab bukan N yang bayar :P.. Minta maaf la ye

Tapi kalau nak tahu info boleh tengok website depa www.florabayresort.com 

Nak cepat boleh call no kat atas.. 09-6911 666, tak tahu lah no ni masih boleh guna ataupun tak.. Cubalah kalau nak tahu ye.. N masuk website depa, macam dah banyak renovation. Sampai tak cam dah rupanya

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Okay last but not least.. Yang pergi semua 16 orang, budak kecik budak besar, bapa mak bujang semua dah termasuk sekali.. Well, N looking forward to go there again. Kali ni nak bawa Baby Asy.. Baby Asy tak pernah jumpa laut lagi, kesian dia.. huhu

Tuesday, August 26, 2014

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall Park


Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall Park

Selepas melewati batu-batu berwarna yang comel ni...

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall

Barulah kami dapat sampai kat Gravity Art Wall Park. Garvity?? Betulkan kalau ini bukan lukisan gravity yaa..

Bulatan ni besar, kat tengah-tengah tu bolehlah budak-budak kecik main bola waktu petang :D. Tapi masa ni kami datang jam 11, dah nak masuk tengah hari, takder la kami main kat tengah-tengah bulatan tu sebab panas..

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall

Tak sampai hati nak duduk sebab cantik sangat seat ni sebenarnya panas macam mana nak duduk

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall

Dari jauh.. Seat ni ada banyak mengelilingi bulatan

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall

Ada lubang kat dinding gravity ni. Tokma and cucus. Baby asy mana??? Dari entry yang pertama kat robot lagi tak nampak baby asy kan.. Hhuhuuu.. Sebenarnya baby asy ikut mertua g Ipoh sebab ada kenduri, makanya N solo sejak hari Jumaat lepas dan semalam derang baru balik semula ke Shah Alam.

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall

N with peace sign.. Peace no war okay.. Peace Malaysia.. I love Malaysia.

You all sayang Malaysia?? Bersemangat nak sambut merdeka? Nak tepek muka kat bendera Malaysia. Jom sertai SEGMEN: Kami sayang MALAYSIA by kapas putih

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall

Kalau yang sana ada lubang, yang lagi sebelah dinding pula ada tiang-tiang.. Sangat bangga N berdiri kat situ :D

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall

Dan sebelah tiang tu ada hasil nukilan A. Samad Said. Nanti N update apa yang tertulis. Gambar edit ni tak nampak sangat. 

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall

Di sebalik dinding ada lukisan juga. Ingatkan kosong je. Cantik-cantik, suka N

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall

Di bahagian tengah bersama seat, sangat serasi..

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall

Nice piece..

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall

Tempat pejalan kaki mahupun berbasikal.. Tak tahulah ada apa kat dalam sana, tempat parking kot takpun ada perumahan.

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall

Pembahagi jalan kecik yang cantik dengan lukisan gravity.

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall

Kendian kami patah balik ke Robots and Rocks Art Park sebab Papa dah tunggu kat situ. Tapi sempat lepak singgah kat Statement Stone ni. Taman Idaman, Alam Impian. Dalam entry Robots Park ada yang tanya kat mana, N tak pasti la Alam Impian ni termasuk ke tak dalam Shah Alam..

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall

Baby Amani dan Luqman.. Anak buah N

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall

Dah habis puas bergambar kat sini kami gerak balik. N nak ingatkan ye you all, kat sini ada kemuncup, dah nama pun kat padang ye tak. Dan juga ada pokok semalu terutamatnya kat Robots Park, hati-hati.. Pastikan anak-anak anda tak menghampiri pokok tu yaa.. Sakit sudah kaki N terpijak

Alam Impian Part 2

Tasik ni kat sebelah Robots Park. Sure lepas ni N akan datang waktu petang untuk santai-santai sambil bawa bekal untuk berkelah. Masa kami pergi tu kami bawa air je satu botol, tapi memang berbaloi la sebab cuaca panas yang amat dan perjalanan bergambar sakan memang cepat menghauskan kami.