About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Showing posts with label MH 370. Show all posts
Showing posts with label MH 370. Show all posts

Wednesday, March 26, 2014

MH 370 Bila banyak sangat andaian..

Hi you all.. Semalam masa nak balik dalam kereta encik husband cakap kat Tv takder apa-apa cerita sebab semua station TV cerita pasal MH 370... Kejadian MH 370 ni adalah kes yang sangat besar..

N sangat sedih dengan apa yang berlaku sampaikan sesekali bila dengar radio dan cerita MH 370 ke udara N jadi sangat sebak dan nangis sorang-sorang.. huhu 

Sekarang ni misi mencari kotak hitam. Tapi harapan untuk dapat sangat tipis. N dapat rasakan yang kotak hitam tu sangat mustahil untuk dijumpai berikutan dengan banyak cerita dan andaian dari ramai pihak..

N tak pejam mata, semua pasal MH 370 N baca dan tak amik pusing pasal menda lain. Tak salah kalau nak baca sebab semua orang ada akal  dan boleh pertimbangkan mana betul dan salah. Tapi bila terbaca sesuatu yang boleh masuk dek akal N jadi marah.. Apa dah jadi dengan dunia ni.. Dah takder nilai kemanusiaan ke..

N tak kata ianya benar mahupun salah.. Tapi N kesal sekiranya ianya betul.. N sangat sedih.. Sedih sebab selama ni N percaya dengan apa yang berada di depan mata. Dan N dapat rasakan betapa ceteknya pemikiran N sekarang ni..

Takmo cakap banyak dah, sedih.... marilah kita mendoakan MH 370..

Tuesday, March 25, 2014

Misi MH 370 belum berakhir.. Kotak Hitam

Yer betul.. Walaupun Datuk Seri Najib Razak dah umumkan malam tadi yang MH 370 terakhir dikesan di Lautan Hindi tak bermakna pencarian berakhir di situ.

Penemuan objek-objek yang dikesan satelit inilah yang menjadi titik permulaan untuk mencari MH 370 dan ia merupakan harapan baru untuk bertemu dengan MH 370.

Sekiranya MH 370 terhempas amat mustahil untuk menemui jasad dek kerana ketinggian penerbangan. Tetapi itu semua kuasa Allah. Kalau Allah nak temukan juga macam-macam petunjuk yang kita akan dapat.

Tetapi kita masih ada harapan untuk mengetahui apa yang berlaku kepada MH 370 melalui kotak hitam yang ada dalam MH 370. Walau apa pun yang terjadi kotak hitam tersebut mungkin masih ada kerana ianya tahan lasak. N berharap sangat yang kotak hitam tersebut ditemui dengan segera kerana jangkat hayat kotak hitam tersebut amat terhad.

Dengan penemuan kotak hitam tersebut, semua persoalan dapat terungkai.. Al-Fatihah kepada semua krew dan penumpang MH 370

MH 370.. Takziah kepada ahli keluarga

Perkara pertama yang N nak ucapkan kepada keluarga krew dan penumpang MH 370 adalah ucapan  Takziah.. N berharap yang semua ahli keluarga dapat terima dengan hati yang redha.

Macam-macam persoalan yang timbul bila dengar PM kita Datuk Seri Najib Razak mengumumkan yang MH 370 terakhir dikesan di Lautan Hindi.. N juga dapat rasakan macam mana beratnya mulut PM kita semasa sedang berucap. Dengan suara yang sayu dan nada yang tertib PM kita cuba juga kawal perasaan supaya semua orang dapat maklumat yang dikehendaki selama ni.

Walaupun maklumat itu mengecewakan ramai pihak terutamanya ahli keluarga sedikit sebanyak ianya dapat menjawab banyak persoalan yang bermain di minda selama ni.

Marilah kita luangkan masa selama lima minit untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada semua penumpang dan krew yang terlibat.. N sangat sedih dengan kejadian MH 370 dan tak dapat bayangkan perasaan ahli keluarga yang terlibat.. 

Thursday, March 20, 2014

Pampasan RM456 juta MH 370 - Kelebihan penerbangan berinsuran

Walaupun MH 370 masih tidak nampak di mata tapi syukur kerana MAS, semua waris penumpang dan anak kapal MH 370 dapat pampasan bernilai RM456 juta daripada jumlah insuran yang diperuntukkan iaitu RM328.11 juta. Sumber dari surat khabar metro.

Itulah kelebihan sekiranya menaiki penerbangan yang ada insuran. Walaupun terjadi perkara tidak diingini seperti kehilangan MH 370, tetapi orang ramai masih memberi kepercayaan kepada perkhidmatan MAS.

Walau apapun yang terjadi, semua orang masih berharap agar pesawat MH 370 dijumpai. Semoga pemberian pampasan kepada semua waris berjalan dengan lancar dan dapat membantu keluarga waris yang terlibat.

Tuesday, March 18, 2014

MH 370 dan alat kawalan jauh??

Serius?? Siapa la yang keluarkan teori pesawat MH 370 dirampas menggunakan alat kawalan jauh.. Hebat betul kalau ada alat kawalan jauh yang boleh mengawal pergerakan sebesar pesawat MH 370 tu. Apa pula fungsi juruterbang kalau ada alat macam tu yer.

N ni taklah pandai mana pasal kapal terbang secara teori mahupun praktikal tapi untuk percaya pasal alat kawalan jauh mengawal MH 370 agak mustahil. Hishammuddin pun telah menolak teori ni.

Untuk mengawal sebuah pesawat yang besar menggunakan alat kawalan jauh mungkin memerlukan keperluan teknologi yang canggih, kos yang tinggi dan tenaga kerja yang mahir lagi pandai dan ramai. N cuma pernah tengok dalam cerita-cerita kat TV je. Tapi itu semua rekaan semata-mata. N bukan nak pandang rendah dunia zaman sekarang ni, tapi serius ke ada??

Kalau betullah MH 370 dirampas guna alat kawalan jauh, i am really speechless.. bayangkan berapa banyak nyawa bergantung di atas satu tangan yang mengawal and they can do whatever they want it to be..

Al-kisah puisi Fara Fauzana MH 370

Thursday, March 13, 2014

Kabus pagi di Genting Highland

Pagi tadi drive pergi kerja memang syok.. Kabus di waktu pagi kat Genting ni memang menyamankan....

Indahnya kalau kabus pagi ni baunya indah seperti bau embun pagi..

Suasana indah di waktu pagi

Tapi memang taklah.. Feeling je macam kat Genting. Nampak sangat keadaan N dah kronik.

Rindukan Genting dan Cameron. N memang suka kabus pagi dan rasa sejuk segar especially kat Tanah Tinggi.

So, oleh kerana jerebu yang agak sederhana dapatlah berangan macam ada kat sana.. Ngeh ngeh nak buka tingkap kereta pun tak berani..

Cuba tengok gambar kat atas. Plaza perangsang Shah Alam pun dah kabur tau.

Macam main sembunyi-sembunyi pula.

Banyak betul perkara yang berlaku kebelakangan ni kalau you all perasan. Dari mula musim sejuk yang luar biasa kat Malaysia ni, lepas tu terus masuk cuaca panas hingga air empangan mengering, kehilangan MH 370 dan sekarang jerebu. Semua yang terjadi mungkin ada hikmahnya.

Marilah kita ramai-ramai berdoa supaya hujan turun dan membersihkan udara yang berjerebu dan dalam masa yang sama menaikkan paras air empangan.

Dan tak lupa juga berdoa agar MH 370 ditemui selepas enam hari hilang. Tingkatkan doa/ sokongan dan hentikan kontroversi yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada negara.

Wednesday, March 12, 2014

Puisi MH 370 by Farah Fauzana FF HOTFM

Semalam masa balik kerja N dengar puisi yang didendangkan oleh DJ favourite N Kak Fafau, Farah Fauzana HOTFM.

Puisi yang dibacanya taklah sehebat seperti karyawan negara tapi perkara yang dia cuba sampaikan tu memang melekat kat jiwa N.

Sampaikan air mata bergenang dan jatuh mengalir kat pipi. N tak boleh bayangkan perasaan keluarga penumpang dan juga cabin crew.

Mesti perasaan mereka bercampur baur. Resah gelisah, takut, sedih dan macam-macam lagi.

Ditambah pula dengan pelbagai spekulasi dan andaian masing-masing terhadap kehilangan MH 370.

N rasa bersyukur kerana masih berada di sisi keluarga yang dicintai.

Marilah kita berdoa agar MH 370 ditemui dengan kadar segera dan terjawab seribu satu soalan yang bermain di minda.

Lets pray for MH370.