About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Showing posts with label IKEA. Show all posts
Showing posts with label IKEA. Show all posts

Sunday, August 24, 2014

IKEA Swedish Treat Sampling 24 August 2014

Apa yang best kat IKEA hari ni..??

IKEA Family Fun for 24 August 2014

Jom layan aktiviti IKEA untuk hari ni:

11.00 am - 12.00 pm - Ikea entrance
Swedish Treats Sampling

1.00 - 2.00 pm - first floor
Complimentary ice cream for children dressed in yellow and blue shirts

2.00 - 4.00 - Photo wall
Photobooth

Saturday, August 23, 2014

IKEA Meatballs Eating Contest for 23 August 2014

Apa yang best kat IKEA hari ni??

Macam-macam, jom usah sikit

IKEA Meatballs Eating Contest for 23 August 2014

11.00 am - 12.00 pm - bistro
Eating contest meatballs

1 - 2 pm - first floor (limited)
Complimentary ice cream for children dressed in yellow and blues shirts

2.00 - 3.00 pm - bistro
Eating contest hotdogs

3 - 4 pm - opp exchange and return counters
Face painting

IKEA

Thursday, August 21, 2014

IKEA Reko Clear Glass RM3.50 for 6 pieces.. Cheap haa

Tu dia.. Kalau IKEA buat promotion harga derang slash hampir 50% off..

IKEA sales promotion

Untuk last IKEA pamplet promotion ni N berkenan sungguh dengan IKEA Tokig salad spinner. Bagus untuk tapis sayur dan fungsi putarannya dapat membuang lagi banyak kandungan air pada sayur mahupun salad. Menyenangkan kerja di dapur.. I like :D

Tapi barang-barang kat atas ni tak sempat pula N tengok last week masa pergi sana sebab kami terus tertumpu ke tempat barang yang nak kami beli.. Ehemmm takdelah kami sebenarnya, sebab N teman je kan.. hehe

Pada hari kejadian :P, kawan N ada beli small transparent glass, IKEA Reko Clear Glass. Katanya beli untuk rumah dia sebab banyak gelas dah pecah. Sesuai sangat untuk hari raya, ramai student mak dia datang rumah beraya katanya lagi..

Harga tak payah cakaplah, murah bangat.. Dengan hanya RM3.50 boleh dapat 6 gelas. Maknanya satu gelas harganya 58 sen >> bundarkan 60 sen untuk satu gelas.

IKEA Reko Clear Glass

IKEA Reko Clear Glass RM3.50 for 6 pieces..

Ayahnya kirim gelas ni bagi RM50.00 dan member ni rembat sampai 10 kotak you all.. Haaa banyak total 60 pieces. Nak buat kenduri untuk 50 kepala pun dah lepas..

Gelasnya kecik, sesuai la untuk tetamu basahkan tekak. Kalau nak minum lagi banyak kena tuang banyak kalilah. Sangat senang nak bawa dan basuh sebab saiznya yang comel. Dan nampak lagi kelas bila ianya dalam bentuk lutsinar :D N suka sangat barang-barang yang lutsinar. Senang sebab dari jauh lagi dah nampak ada isi ataupun tak.

Dan yang best pasal gelas ni, ianya boleh ditindan. Nak bawa ke sinki senang dan nak simpan dalam almari pun senang. Jimat ruang you all :D

IKEA Reko Clear Glass

Wednesday, August 20, 2014

IKEA promotion from 7-24 August 2014

Bila tengok promotion IKEA ni, teringat pula minggu lepas masa N pergi IKEA. N tak beli apa pun, cuma teman kawan beli barang sikit untuk baby dan kelengkapan rumah. Tapi serius rambang mata.. huhu 

IKEA promotion from 7-24 August 2014

IKEA Rosali shoe box tu N tengok atas rack kat IKEA tu boleh tahan besar juga untuk simpan beberapa pasang kasut. Terkenan pula, nasib baik takder duit. Kalau tak dah rembat 2 pasang sebab harganya RM19.90 untuk 2 kotak. Maksudnya satu kotak kasut tu RM10.00 je.. Ish berbaloi-baloi ni dari harga asal.

Sangat sesuai untuk pengumpul kasut :D

IKEA Ensta Net pun best juga, lagi-lagi sekarang ni nyamuk kat rumah tak menentu. Kalau datang musimnya, tergaru-garu la kami seisi rumah kena gigit dengan mereka yang dahagakan darahh..... 

Bestkan tengok pamplet promotion IKEA ni. Kalau nak tengok lagi pamplet yang lain, rajin-rajin la klik iklan IKEA yang menari-nari kat blog N ni :D

Monday, August 18, 2014

Nuffnang IKEA - SISAN Re-launch

Terima kasih nuffnang.. Tak sangkalah yang Nuffnang masih ingat kat blog Kapas Putih ni.

Nuffnang IKEA - SISAN Re-launch

Dah sekian lama Nuffnang tak datang menjenguk akhirnya minggu lepas, terlekat satu.. syukur. Alhamdullillah.. Rezeki bulan August. Asyik duk tengok je CPUV yang melekat, tapi orang lain punya Nuffnang la, seronok je.. Asyik duk menumpang kegembiraan. Tapi kali ni bila Iklan Nuffnang dari IKEA melekat.. Hahhh Happy lah sangat hati ni. Berbunga-bunga you all.

You all yang disenangi semua, kalau nampak iklan Nuffnang Ikea menari-nari kat dalam blog kapas putih ni.. Minta tolong la, jentik-jentik manja sikit ya. hehe.. Manalah tahu dapat rezeki nanti bolehlah N shopping kat IKEA.. ngeheehee

Sunday, August 17, 2014

Swedish Treats Sampling at IKEA today!!

Aktiviti menarik hujung minggi di IKEA.. 17 August 2014

Swedish Treats Sampling at IKEA today!!

Aktiviti semalam dan hari ni di IKEA memang menarik.. Jom usha.. N siap listkan ikut waktu supaya you all takkan terlepas satu pun, ala ala mcam marathon event.. Bersambung-sambung gitu..

11.00 am - 12.00 pm
Swedish Treats Sampling - IKEA Entrance and Swedish Food Market

1.00 pm - 2.00 pm
Complimentary ice cream for children dresed in yellow or blue shirts (limited)

2.00 pm - 4.00 pm
Photobooth - Photo wall

** Nota kaki: Kalau you all nampak iklan nuffnang IKEA menari-nari comel kat blog ni, minta tolonglah klik-klik manja ye.. hehe mekasih semua :D

Saturday, August 16, 2014

IKEA Family Fun Event Today 16 August 2014

Kalau tengok jadual Family Fun IKEA ni...

IKEA Family Fun Event Today 16 August 2014

Event yang ada hari ni bertarikh 16 Ogos 2014, kat IKEA adalah:

11.00 am - 12.00 pm
Free balloons for children - IKEA entrance

11.00 am - 12.00 pm
Photo Session with Sweedish boy & girl - Photo wall

1.00 pm - 2.00 pm
Complimentary ice cream for children dressed in yellow or blue shirt

2.00 pm - 4.00 pm
Face painting - Opposite exchanges and returns counters

Jadi, kalau nak shopping kat IKEA hari ni pastikan anda berada di sana sebelum jam 11.00 pagi supaya anak-anak dapat belon free dan pastikan mereka pakai baju warna kuning atau biru untuk dapat ice cream free. Tapi semuanya terhad, jangan lepaskan peluang..

Serius menarik event hari ni.. Agak-agak kalau N yang pakai baju kuning or biru boleh dapat tak ice cream tu :P

** Nota kaki: You all yang baik hati, kalau nampak iklan Nuffnang IKEA tersembul-sembul kat blog N, deras-deras la klik ekkk.. Mekasih sebab sudi menabung untuk blog ni.

Thursday, July 10, 2014

Empat IKEA clear glass item for Hari Raya Celebrating

You all suka bekas transparent?? Selalunya kalau pergi raya mesti syok kan tengok kuih raya dalam balang kaca jernih dan juga air syrup rose ais sejuk dalam gelas kaca jernih.. Ohhh dah terbangkit sikit semangat raya N.. hehe

Ada tiga sebab kenapa N suka barang-barang kaca jernih:

Moden / Ringkas / Nampak Mahal (Eklusif) / Nampak isi dalam

Jom usha-usha empat barang yang berasaskan gelas jernih dari IKEA..

Empat IKEA clear glass item for Hari Raya Celebrating
IKEA Bottle with stopper

Cuba bayangkan bila masa di waktu tengah hari yang panas kita keluarkan botol ni dari peti sejuk dan letak depan tetamu masa berhari raya. Bukan saja boleh nampak isinya tapi siap ada sekali titisan air di luar dinding botol menitis jatuh.. Gulpppp.. Mesti tertelan-telan liur tetamu nak minum air tu walaupun ianya hanya air kosong.. tapi kalau air syrup rose.. lagilah gulp gulpppp.. hahahaaaa

Okay okay, sebenarnya tak payah nak tunggu raya, tengah posa ni pun tengok botol kosong pun tertelan-telan ayak liur.. hahaa

Serius cantik dan simple. Apa kata tahun ni buat kelainan, kita letak air kosong dalam clear glass bottle ni untuk tetamu yang nak minum air kosong. Malam sebelum raya isi penuh-penuh beberapa botol dan simpan dalam peti. Bila nak minum boleh terus keluarkan. Tak payah susah-susah nak transfer ke dalam jug, jimat masa dan tenaga :D

Empat IKEA clear glass item for Hari Raya Celebrating
IKEA glass set

Pastu hidangkan dalam gelas comel ni. Untuk kunjung mengunjung tak perlulah kita sediakan gelas yang besar. Yang kecil dah cukup, boleh jimat ruang dan senang nak angkat / basuh. Budak-budak pun senang nak pegang.

Empat IKEA clear glass item for Hari Raya Celebrating
IKEA Jar with lid

Lepas minum hilangkan dahaga, hidangkan tetamu dengan kuih muih yang diletakkan dalam balang kaca jernih ni. Senang tetamu nak ambil mana berkenan di hati tanpa buka setiap satu balang. Boleh juga elakkan kuih raya tersebut daripada masuk angin dan lemau.

Empat IKEA clear glass item for Hari Raya Celebrating
IKEA Three tiers serving stand

Di samping tu, siapa yang rajin buat pastry product. Bolehlah hias atas dulang bertingkat jernih IKEA ni untuk tetamu menjamu selera :D

Haaa terpikat tak tengok transparent glass item ni?? Kalau ada rezeki N nak beli.. yehaaa..

Kalau u all nak, kena beli cepat-cepat sebab harga yang dipaparkan untuk sementara waktu jee.. Masa terhad, baik beli masa tengah harga rendah..

N bukan kakitangan IKEA dan entry ni bukan sponsor by IKEA. Entry ni hanya untuk share barang yang N berkenan dan kebetulan tengah murah kat IKEA sekarang ni.. Sebarang pertanyaan pasal produk mohon masuk website mereka yaaa... wink wink..

Tuesday, July 8, 2014

Ikea Childrens Safety Plug

Anak N ni memang suka sangat main dengan plug, wayar dan seangkatan dengannya. Risau la..

Usha-usha tengok kat IKEA ada safety plugs. Agak-agak berguna tak kalau N beli safety plug ni? Taklah mahal sangat.

Ikea Childrens Safety Plug

Rupanya nampak macam leper. Memang sangat sesuai untuk keluarga yang ada anak kecil tapi anak kecil aka Baby Asy ni pun gatal tangan. Kalau N letak plug dua kaki tu pun dia boleh cabut. Rupanya lebih kurang sama macam safety plugs ni. Anak N bukan saja suka hati dia nak masukkan jari, tapi kalau nampak plug kaki dua mahupun apa-apa plug yang ada kat plug suis tu dia memang suka cabut dan pasang balik..

Dah jadi macam mainan dia pula. Huhu.. sabar je la dengna anak N sorang tu. Rasanya tak jadi belilah, sebabnya kalau ada benda ni lagilah menaikkan semangat dia untuk main benda ni pula.. :P

Dah lama tak shopping kat IKEA.. Rindu la pula