About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Showing posts with label DRAMA. Show all posts
Showing posts with label DRAMA. Show all posts

Sunday, July 27, 2014

Drama-drama Syawal 2014

Anugerah Syawal

Drama-drama Syawal


Malam Minggu Pertama Raya:
Karlos Bolos
Apa Celop ToQQ
Setia Hujung Nyawa Raya
Malaysia VS Barchelona (L)
Kongsi

Malam Minggu Kedua Raya:
Ngangkung
Khurafat
Bintang Mencari Bintang Raya
Abang Long Vs Kak Yong
Adnan Balik Raya

Malam Minggu Ketiga Raya:
Hantu Gangster
Lagenda Budak Setan

Thursday, May 22, 2014

Penangan Slot Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan

Banyak betullah gambar yang ada dalam PC office ni sampai bila nak back up perkara penting siap kena transfer sementara lagu-lagu yang mencecah sampai 16 G ke PC office. Pastu barulah boleh angkut gambar-gambar dan file penting ke dalam external hard disk.

Sementara N tak beli lagi Pendrive baru lagu-lagu tu kene bermastautin la dulu dalam PC. Kalau lagu yang hilang N tak kisah. Janji gambar dan files yang penting tu selamat dengan N. PC ni pun tak tahulah boleh bertahan sampai bila kan. Sebelum jadi apa-apa baiklah kita cegah..

Haaa minta maaflah, panjang nooo mukadimahnya ye. Inilah yang terjadi bila baru nak buka blog, tulah hari ni busy satu hari skodeng external hard disk kan setelah sekian lama tak buka.

You all tengok tak Slot Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan semalam jam 7 TV3? N ingat lepas habis tengok Slot Drama Aku Isterinya yang berakhir kelmarin, N takmo follow mollow dah cerita drama bersiri ni. Tapi mata ni takmo beralih daripada TV.. huhu

Tertengok la pula. Tapi tengok part awal dan hujung sebab tengah-tengah mertua ajak pergi beli santan kat kedai.. hehe.. Dan bila balik siap sempat lagi tengok sampai habis. Cukup la rasa nak tengok episode 1 je, tapi bila dah part hujung bersambung tu.. Alahai.. memang nak kene tengok juga malam ni..

Geram tau, episode pertama ni pun dah catchy tau. Pandai la diaorang ni nak tarik minat penonton tengok lagi.. Terbayang-bayang muka mamat ni bila tengok muka minah yang pegangkan HP mama dia tu.. Terkedu you all.. Sebab tak sangka kot yang minah ni cantik bangat. Sorry la nama pelakon tak ingat pula.

Anyway, N rasa mama Dian ni kan sengaja tinggalkan HP dia sebab berkenan agaknya tengok muka minah ni... hehehee Itu pandangan N la, sebab pelik betul bila Dian nak keluar dari surau dia terjenguk-jenguk minah tu, mungkin dia nak tengok kejujuran minah ni.

Well, jom kita tengok sambungannya kejap lagi jam 7 :D. N nak balik dah, tak sabar nak tengok. Jom tengok ramai-ramai Slot Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan.

Tuesday, May 20, 2014

Slot Drama Aku Isterinya TV3 bakal berakhir

Semalam masa tengah syok tengok Slot Drama Aku Isterinya TV3, mertua kata esok last.. Maksudnya hari ni la episod terakhir .. Betul ke?

Slot Drama Aku Isterinya TV3

Haa untuk kepastian N dah jenguk jawapannya dari blog cik akak.. Katanya hari ni memang last episod. Jadi N memang kena balik awal untuk tengok episod 28 ataupun terakhir  Slot Drama Aku Isterinya TV3.

Elok la tak banyak sangat episod. Kalau banyak episod memang haru nak tengok cerita tu meleret-leret sampai mengarut-ngarut macam hcerita sinetron bawang putih bawang merah tu. Huhu.. Masa mula-mula tengok tu memang layan tapi bila dah nak last-last tu macam mengarut pula.


Bukan niat nak tengok cerita tu sampai habis sebab best tapi saja nak tengok sebab nak tahu ending dia. Ye la bila dah tengok banyak episod mesti la nak tahu penghujung dia.. Chehhh rasa macam sengal pula tengok sampai habis. Memang bukan-bukan betul cerita ni. Lagi-lagi bila dah sampai epidod terakhir..

Kelakar betul, ada pari-pari pun tak boleh guna juga. Kalau Ultraman tu boleh terima lagi, bila lampu kat dada dia blink blink maksudnya energy dah berkurang sebab Ultraman ni pun manusia biasa yang ada kuasa luar biasa.

Tapi pari-pari kan makhluk istimewa.. huhu

Monday, May 19, 2014

Slot Akasia Aku Isterinya berakhir minggu ni..

Beberapa hari yang lepas, mertua cakap Cerita Slot Akasia Aku Isterinya yang ditayangkan kat TV3 sekarang ni akan berakhir dalam minggu ni sebab dalam iklan dah ada cerita baru.


Uhhh.. tak sabarnya nak tengok balik kerja kejap lagi. N akan pastikan yang minggu ni N akan tumpukan perhatian. Kalau tak rugi wooo


Anyway, pada sesiapa yang tak dapat nak tengok Cerita Slot Akasia Aku Isterinya secara LIVE kat TV3 bolehlah buka TONTON, tengok online. Mudah kan sekarang ni. Segalanya di hujung jari :D