About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Thursday, January 24, 2013

POTLUCK..


Jumaat lepas office N ada buat potluck, seronok dapat makan-makan. Banyak sangat lauk sampaikan siap tapau bawa balik.


Menu yang ada pada hari tersebut:

Pulut kuning : Rendang limpa : Nasi impit : Kerutup ayam : Sayur campur : Ayam masak hijau : Ikan goreng : Tempoyak : Togeh masak air : Sambal udang : Gulai tempoyak udang : Buah tembikai

Memandangkan N duk umah mentua dan tak masak, so N bawa buah tembikai. Nasib baik la masa N tanam tembikai kat tepi rumah Giant, tembikai tu sempat masak. Isinya merah dan manis. Memang puas hati :D

Pas habis makan potluck, N pun duduk relak sambil telek2 gambar. Edit sikit then masukkan dalam FB. Hasil editing..





N group merah. Dan ayat memang baik punya. Gagah berani la sangat kan. hehe

Looking forward for next potluck, tapi ada pula yang dah cop nak bawa tembikai.. aisehhh man

Wednesday, January 16, 2013

Meal satisfaction @ Murni Discovery

Hayy.. N baru pulang dari Murni Discovery Restaurant. First time pergi makan lunch kat sana. Memandangkan tukang bawa tak ingat jalan, we all pakai GPS jer. Tulis jer Murni Discovery, memang dah ada dalam GPS.

Tadi masa makan memang ada buffet lunch. Untuk first timer, N memang sangat puas hati dengan makanan yang disediakan. Lauk-lauk memang pelbagai dan murah. Kalau N pergi beli kat kedai lain or lori-lori peniaga tu, maunya kena rm7-rm8. Portion or nasi yang dia bagi memang banyak especially untuk gegirl yang comel macam N ni, tapi believe it or not, N dapat habiskan. Sampaikan member ingat N amik nasi separuh. hehe

Kat sana N makan:

> nasi putih
> udang kecik goreng garing dalam 10 ekor
> 3 ketul kecik taufu lembut
> 3 ketul kecik ayam kari
> 4 hiris bendi goreng
> 3 ketul kecik nangka masak lemak
> kuah ketam sikit
> secoet sambal belacan

Total semua RM5.80 (termasuk harga ais kosong 30sen), murah kan. Yang beshnya, dia nya udang goreng. Tak pernah lagi N jumpa udang goreng kecik-kecik untuk makan lunch. Oleh kerana udang yang digoreng tu garing so tak perlulah nak bersusah payah kupas kulitnya, dari kepala sampai ker ekor N telan sekali harung, kalah raksasa gorgon.

Menyesal pula amik sikit. Tapi takperlah, memang motif amik sikit-sikit semua lauk untuk merasa. Kalau dah selalu pergi, boleh lah aim lauk apa yang sedap.

Member cakap menu ala carte dia menarik juga, tapi masa dalam kedai tu lupa lak nak tengok menu dia. Anyway, N takder amik sebarang gambar, tapi N ada browse dan jumpa site Azuan Haidi ni. Siap ada gambar lagi.. Check it out :D

** N tak pasti Murni Discovery ni kat mana tapi dalam GPS tu dia tulis SS2, PJ. Untuk information you all yang nak g sana, tempat tu memang crowded, nak park pun susah. Tapi bila dah pergi memang puas hati.. Blurppp...

Tuesday, January 15, 2013

Online game Shop Empire 2

Okay, hari ni jom kita check it out game yang kedua iaitu Shop Empire 2. N paling suka game ni berbanding dengan game Diner


Dalam game ni kita boleh pergi 5 negara untuk bina mall, tapi untuk level 1 kita cuma dapat 1 negara jer dulu. So, kalau nak ke negara yang lain, pemain kena bina mall berdasarkan kepada goal yang diberi.


Dan setiap kali dapat income player boleh guna duit tu untuk upgrade dan beli lagi shoplot. Bila dapat lepas satu level, player akan dapat unlock beberapa shoplot baru yang boleh ditambah dalam mall.

Nak main klik sini

Friday, January 4, 2013

Online Game Diner City

Suka main games tak?? N sukalah sangat-sangat. Bley kata hantu game la. Tapi N suka strategy and online game. Salah satu game yang N suka ialah Diner City (www.silvergames.com).


Sebelum main player diberi 2 pilihan, samada nak jadi owner kedai sushi or kedai western. Once dah pilih, player akan diberikan sejumlah modal untuk memulakan perniagaan.Modal dia tak banyak pun dan cukup untuk beli satu barang. 

Then bila dah running kedai, baru lah income masuk. Setiap level ada beberapa hari yang akan diperuntukkan. Player akan dapat ke level seterusnya sekiranya player tu dapat peratusan yang lebih banyak dari pesaing. 

So untuk dapat peratus yang tinggi, tiap kali income masuk, player boleh la beli equipment untuk menjana lagi income. Setiap equipment mempunyai fungsi yang berbeza tak kira la samada dari segi penambahan pax ataupun income per entry.

Banyak lagi games yang besh dari site ni. Kalau nak main masuk la www.silvergames.com. Ada lagi game lain yang N main kat site ni, nanti N buat review lagi yer :D

Happy gaming everyones.. Esok cuti bley la main games. Wink wink