About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Wednesday, June 5, 2013

Laundry bag penyelamat baju

Setakat hari ni N dah ada lebih 10 laundry bag collection. Daripada yang kecil sampai yang besar semua pun ada.

 Tapi dua daripada collection N dah koyak dan tak bley guna. huhu. Kat bawah ni laundry bag yang dah diisi dengan baju:


Laundry bag ni ada 2 jenis:

1. Laundry bag untuk baju
N selalu guna laundry bag ni untuk basuh baju kurung sebab malas nak basuh tangan dan untuk jaga kesihatan tangan :D. 

Tak lupa juga baju-baju yang lembut, dress labuh, jubah ataupun baju kait untuk mengelakkan benang tercarik ataupun tertetas (baju kurung).

2. Landry bag untuk pakaian dalam
Pada N basuh mesin lagi bersih dari basuh tangan so N akan masukkan pakaian dalam ke dalam laundry bag bulat yang macam kat dalam gambar atas sebelum dimasukkan ke dalam mesin. 

Laundry bag ni memang amat sesuai especially untuk pakaian dalam yang ada besi sebab laundry bag yang N beli ni ada lapisan plastik di atas dan bawah. 

Tujuan plastik ni adalah untuk menjaga besi dalam pakaian dalam daripada terbengkok sana dan sini dalam mesin basuh.

Pakaian dalam yang tiada besi pun boleh juga guna laundry bag yang ada plastik mahupun tiada plastik. 

Penggunaan laundry bag untuk pakaian dalam yang tiada besi adalah untuk elakkan pakaian dalam tersebut daripada melingkar dan mengikat semua baju-baju yang ada dalam mesin :D

Laundry bag ni ada banyak bentuk. Empat segi ada, oblong pun ada (bulat dan panjang).

Saiz laundry bag:

1. Kecil
Digunakan untuk basuh baju yang bersaiz kecil ataupun untuk sehelai pakaian sahaja. 

2. Besar
Digunakan untuk basuh baju yang besar terutamanya baju kurung ataupun jubah. Boleh isi lebih dari sehelai baju.

Takpun boleh guna untuk simpan comforter ataupun toto yang tak dipakai.

Saranan untuk saiz laundry bag:

Cucian sehelai baju satu laundry bag lagi bersih dan lagi elok sebab baju tu boleh conquer bag tu dan tak diganggu dengan baju lain. 

Kalau isi lebih dari 2 mungkin baju dalam bag tu akan jadi padat dan melekat maksudnya tak dapat nak bergerak bebas. 

Sebab tu la kalau nak basuh baju takleh masuk penuh sampaikan baju tak leh nak pusing2. Sama la juga dengan laundry bag. Untuk elakkan bag tu dari berat dan tak leh pusing cukuplah isi dalam 2 or 3 baju dalam satu bag.

So sekarang ni nak basuh guna tangan lagi ker?? Haa kalau you all rasa malas g lah beli laundry bag. Memang memudahkan kerja harian. Kat mana-mana tempat pun ada. Kalau nak  beli yang kecik bolehlah g Mydin sebab murah tapi kalau nak beli yang besar pergi la beli kat Daiso. RM5 jer untuk pelbagai saiz.. Berbaloi-baloi..

2 comments:

  1. saye tak suke pakai laundry beg.suami kate baju tak cukup bersih.huhu.mcm2 la.

    ReplyDelete
  2. sebab tu kena isi sikit jer.. anyway N malas nak basuh tangan especially baju kurung :P

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D