About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Wednesday, August 7, 2013

Persiapan Hari Raya

Untuk last day puasa ni jom kita cek persiapan hari raya..


Perkara-perkara penting  yang perlu diambil kira sebelum sambutan hari raya:

Tiket @ service kereta: 

Sesiapa yang balik kampung beraya pastikan tiket dah beli awal-awal dan dilipat kemas dalam beg duit. Kenapa nak kena simpan dalam beg duit. Haaa penting ni sebab kalau simpan kat tempat lain takut terlupa dan tak jumpa. Dan bila tak jumpa tak dapatlah balik kampung huhuhuuu..

Kalau balik kampung naik kenderaan sendiri pula kena pastikan kenderaan tersebut di servis dahulu untuk mengelakkan perkara yang tak dingini terjadi. Dan lagi satu pastikan minyak diisi penuh dan ada tayar spare dalam but untuk digunakan semasa kecemasan. Kebanyakan workshop akan tutup pada hari raya so kena pastikan dalam but pun ada peralatan untuk tukar tayar dan manual tukar tayar. :D

Home Deco @ Security

Untuk home deco ianya boleh dilakukan seawal seminggu sebelum raya. Jangan buat last minute sebab nanti kelam kabut. Kalau boleh bila dah nak raya tu boleh lah ke masjid untuk tunaikan tarawih takpun buat kuih raya.

Sesiapa yang balik kampung tak perlu buat home deco tapi apa yang perlu ditekankan ialah home security. Nak kena upah pak guard ke..?? Haa tak payah la sampai upah pak guard. Kalau boleh sebelum nak pulang ke kampung pastikan jiran-jiran tetangga tahu yang kita nak balik kampung. Dan bila keluar dari rumah pastikan semua tingkap, pintu dan pagar ditutup rapi dan dikunci. Pastikan juga tiada peralatan  berharga di luar rumah yang mana boleh mengundang perhatian pencuri.. 

Duit Raya

Kalau boleh sebelum raya tu simpan la duit kecik-kecik untuk diletakkan dalam sampul raya. Sebab kalau nak tukar last minute kat bank sure nya bank pun tak der duit kecik nak bagi tukar. Dan untuk mengelakkan keluar duit yang banyak untuk duit raya amalkan la bila dapat paket raya, terus jer letak duit yang ada dalam sampul. So pada hari raya takder la rasa beban sangat. Kalau nak keluar sedebuk kan macam banyak je.

Kuih Raya

Kuih raya boleh buat masa malam raya especially lepas balik dari tarawih takpun masa siang hari, hari minggu. Tapi kalau malas bolehlah tempah awal-awal takpun beli last minute. Selalunya kalau bernasib baik tukang jual akan offer harga kuih yang sangat super murah sebab derang nak habiskan stok yang ada.

Baju Raya

Baju raya memang sangat penting.. Kalau boleh jangan tempah sebulan awal sebab ada tukang jahit yang dah tak terima. So jalan selamat ialah hantar baju raya pada waktu bukan musim raya. Maksudnya awal 7 or 8 bulan ker kan. Takpun kalau malas sangat nak pikir malam raya tu pergi la pekan ke bandar ke untuk beli yang sudah siap. Kalau kat lembah Klang ni tempat yang famous adalah PKNS, Shah Alam dan juga Jalan Tar, KL. Malam raya memang sangat meriah dan sangat-sangat sesak.

Bill @ Loan or Finance

Last and most important ialah finance. Pastikan anda budget persiapan raya dan juga keperluan semasa dan sesudah raya. Tak boleh joli sakan sampai tak ingat dunia. Jangan lupa sewa rumah, bill elektrik air, pinjaman, kad kredit, perbelanjaan selepas raya dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D