About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Monday, January 27, 2014

Anugerah Juara Lagu 28 GAME ON

Anugerah Juara Lagu 28 yang membawa tema GAME ON  kali ni memang menyengat seperti Anugerah Juara Lagu sebelum ni.

Manakan tidak sneak peak untuk Anugerah Juara Lagu 28 GAME ON (AJL 28) dah pun keluar seawal seminggu sebelum event berlangsung.

Makin dekat tarikh makin banyak sneak peak keluar dalam TV dan membuatkan orang ramai tak keruan nak dapatkan tiket mahupun bersedia di depan TV.

Berdasarkan berita siaran langsung wawancara TV3, jam 8.20 malam tadi, tempat duduk di dalam Stadium Putra, Bukit Jalil dah pun dipenuhi oleh orang ramai dan juga artis-artis.

Majlis Anugerah Juara Lagu 28 GAME ON (AJL 28),diacarakan oleh Scha Al Yahya dan AG HotFm. Persembahan pembukaan oleh Shila Amzah dan Mus May, diikuti oleh DJ Fuzz.

Semua artis yang berentap malam tadi, antaranya ialah:

Hazama - Penglipur Lara
Black - Takkan Terpisah
Hafiz - Bahagiamu Deritaku
Salam Music - Aku Pelat
Noh Salleh & Aizat - In Love With You
Stacy - Bosan
Awi Rafael & Altimet - Kalau Aku Kaya
Hyper Act - Hanya Aku
Azlan & The Typewriter - Tanda Tanya
Najwa Latif, Sleeq & Shamkamarul - Sahabat
Jaclyn Victor - Ikut Rentakku
Alyah - Kau Yang Terindah

AJL 28 GAME ON
Gambar dari Anugerah Juara Lagu

Keputusan Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28), GAME ON:

Juara AJL 28
Hafiz - Bahagiamu Deritaku

Naib Juara AJL 28
Hyper Act - Hanya Aku

Tempat ketiga AJL 28
Awi Rafael & Altimet - Kalau Aku Kaya

Vokal Terbaik AJL 28
Jaclyn Victor - Ikut Rentakku

Persembahan Terbaik AJL 28
Hafiz - Bahagiamu Deritaku

 Tahniah kepada semua pemenang dan semua yang bertanding. Persembahan memang hebat-hebat belaka. Di samping melontarkan suara, semua yang berentap di pentas AJL 28 menggunakan kreativiti masing-masing untuk memikat hati pengundi yang juga merupakan penentu kemenangan mereka.

Sesiapa yang terlepas Anugerah Juara Lagu 28 GAME ON, (AJL 28) jangan risau sebab you all boleh tengok kat sini Anugerah Juara Lagu dan Tonton Music yang mana bukan saja video, gambar-gambar  AJL 28 semua pun ada.

2 comments:

  1. tahniah diucapkan kepada Hafiz kerana telah berjaya menjadi juara... ^_^...cuma vokal terbaik tu kena work it on untuk tahun akan datang...

    ReplyDelete
  2. aah tahniah kat dia sebab gondol banyak kategori :D.. rezeki dia tahun ni

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D