Pagi-pagi ni saja nak tayang Cheesekut yang N dan mama buat sebelum ni. Setakat ni dah tiga kali juga N buat. Seronok dan sedap.
Siap suggest kat kawan suruh buat. Ingatkan N yang lambat tahu pasal Cheesekut ni, rupa-rupanya ada kawan N yang lain pun tak tahu juga.
Pertama kali rasa cheesekut ni masa kat Ipoh rumah adik ipar. Dia yang buat, excited nak bagi kami rasa. Lepas dah tahu macam mana nak buat, balik je rumah mentua dan N cuba buat. Pastu hidang kat tetamu masa birthday asyraf yang ke dua.
Licin.. buat pun satu loyang je. Balik rumah Mama, N dengan mama pula buat. Best...
You all tak terasa nak buat ke? Jom la buat sendiri kat rumah. Senang je, tak payah nak bakar ataupun masak. Untuk kawan N hari tu N suruh dia tengok resipe dalam blog cik epal je. Memandangkan tuto Cheesekut cik epal sangat lengkap N malaslah nak buat tuto kat sini. Kalau you all nak buat masuk blog cik epal ni.
dah pernah buat. sedap. :)
ReplyDeletesedap.. nyumnyum
ReplyDelete