About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Monday, November 10, 2014

Day 4 - 10 Favourite Artists

Uik.. mana October 10 days challenge day 3?? Huhu.. N skip okay, sebabnya N tak cukup lagi beberapa favourite youtube channel. Tak lengkap pula kalau letak kurang dari 10 kan. Nanti dah cukup baru N post.. So sekarang N terus ke hari yang seterusnya :D

October 10 Days Challenge

Artis ni termasuk penyanyi dan pelakon kan?? Senarai artis pilihan N

1. P. Ramlee - Bintang lagenda ni sangat-sangatlah popular. Cerita dan setiap watak yang dipegang semua pun menarik. Malahan cerita-cerita P. Ramlee dulu sering ditayangkan di kaca TV walaupun orangnya dah tiada..

2. Sudirman - N sangat suka lagu-lagu Sudirman. Semuanya sedap dan ada beberapa lagu yang evergreen dan kerap dimainkan pada event-event tertentu. Hilangnya penyanyi (pelakon juga) ini tiada gantinya.. Sudirman sangat istimewa. 

3. Siti Nurhaliza - N suka Siti Nurhaliza tetapi bukanlah peminat fanatik yaa. N sangat senang dengan Dato Siti kerana dia pandai jaga diri sejak dia berjinak-jinak dengan dunia hiburan. Tiada gosip-gosip liar ataupun cerita yang buruk-buruk pasal dia.. Dan paling best Dato Siti pernah digelar sebagai penyimpan remaja ASB yang terbanyak. Bagus, contoh yang baik untuk semua golongan artis remaja di luar sana dan juga remaja biasa.

4. Fadzlie - N suka dia sebab dia bukan saja pandai nyanyi tapi seimbang dengan tahap pembelajaran dia sehingga bergelar angkasawan. Selain dari tu pandai masak (Master Chef) dan dia juga public figure yang berjaya yang boleh dijadikan contoh. Dr Fadzlie ni pernah datang bagi ceramah kat UiTM Dungun dulu. Seronoknya la dengar dia bagi ceramah. Penuh satu dewan sampaikan N kena berdiri.. :D

5. Jalalludin Hassan - Suka sangat tengok dia berlakon. Lakonannya sangat cool dan macho walaupun dah berusia. Orang lelaki ni makin berusia, makin menarik :D. Sangat sesuai memegang watak-watak korporat kerana perwatakan memang nampak korporat :D

6. Vanida Imram - Ni lebih kurang macam ayah angkatku di atas. :P huhu.. Vanida ni kalau berlakon, apa saja watak dia boleh pegang. Bagi N Vanida ni eksklusif sebab jarang nampak dia berlakon. Dan N paling suka kehidupan dia yang kurang dengan gosip liar dan bahagia bersama suami. Derang ni dah lama bersama dan masih bersama sehingga kini.

7. Lisa Surihani / Yusry KRU - N mula suka mereka ni bila TV menyiarkan Passport Cinta, satu rancangan jalan-jalan budget yang dikelolakan oleh mereka berdua. Memang sangat serasi bersama. Lisa seorang yang suka merancang tetapi Yusry jenis yang pakai main redah :D.. I like

8. Ella - N suka dengan Ella ni sebab suara dia yang serak-serak basah. N kategorikan Ella ni sebagai seorang yang berani kerana personaliti dan pekerjaan dia sangat jauh berbeza. Berbeza dari segi apa?? Haaa.. kalau you all perhatikan betul-betul perwatakan Ella ni sangat-sangat manja. Kalau orang yang tak mengenali dia sure Ella ni dianggap mengada-ngada.. Well, jangan macam tu yer you all. Dia bukan mengada, tapi memang perwatakan dia macam tu. Pastu dia nyanyi lagu bentuk rock... Kan jauh berbeza tu. Dalam kekerasan ada kelembutan.. N suka.. Suka juga lagu-lagu dia :D 

9. Yuna - N memang respect bintang youtube ni. Lagu dan suara dia yang bersahaja sangat mendamaikan. Sangat senang di telinga N. Paling best bila lagu yang dimainkan adalah rekaan sendiri. Bukan boleh nyanyi je, alat muzik pun boleh main. Memang sangat berbakat.. Multipurpose.. memang N suka orang yang ada banyak kebolehan macam ni.

10. Fara Fauzana - Ni boleh kategori artis ke?? N suka sangat Fafau ni. Rasa tak lengkap kalau pepagi tak dengar dia celoteh kat radio Hot FM. Tak lupa juga AG, Fizi dan DR R.. FBI pula sentiasa akan dirindui.. sob sob..

1 comment:

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D