About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Friday, December 26, 2014

Realiti bencana alam VS Movie

Banjir di pantai timur malaysia sangat merisaukan N. Ramai orang yang menjadi mangsa. Semakin hari jumlah makin meningkat. Lagi merisaukan bila N dapat Whatsapp yang ditulis oleh pekerja hospital di sana yang menceritakan betapa buruknya keadaan di sana.

Dari luahan yang ditulis N dapat rasakan kekecewaan dia dengan bantuan yang tak tahu bilakah akan tiba. Bantuan yang diharapkan datang dan pergi begitu sahaja dek kerana keadaan yang tidak dijangka. Dia juga menonton TV tetapi berita hanya menyiarkan keadaan di sana buruk tetapi tidak siarkan betapa buruknya keadaan di sana.

Kesiannya mereka. Bekerja tanpa henti untuk menyelamatkan pesakit-pesakit yang berada dalam keadaan yang kritikal. Bila N baca, jalan ceritanya tak ubah seperti menonton movie orang putih. Sambil baca N membayangkan movie-movie yang ada kaitan dengan bencana alam. Bila keadaan terdesak macam ni, bantuan memang akan sampai lambat takpun orang luar tak tahu dengan keadaan yang menimpa mereka. Selalunya movie dalam TV, selalu macam tu sebab nak bagi jalan cerita lagi menarik dan kasi suspen kepada penonton. Tapi tak sangka pula N, di dalam dunia realiti pun macam tu juga.

Teringat juga rakan yang sedang berpantang di rumah ibu bapanya di pantai timur sana. Lebih bernasib baik tetapi katanya lagi satu inci sahaja air nak masuk rumah. Khabar dari dia pun selang beberapa hari baru upate kerana masalah-masalah tertentu. Khabar terakhir katanya bekalan air dah takder dan bekalan eletrik akan diputuskan. Ramai orang yang beli bekalan makanan dan lilin..

Dear husband yang kini berada di Gambang pun dah beberapa hari bercuti kerana jalan di sana ditenggelami air. Harap-harap tidak ada kejadian buruk di sana.

Khabar terbaru, KL dan Lembah Klang banjir kilat. Mertua pun cakap Baby Asy takut bunyi kilat malam tadi.

Mari kita doakan semoga semua bencana pergi cepat sebagaimana cepatnya ia datang. Kalau nak menderma bolehlah baca dan dapatkan info kat entry ni..

1 comment:

  1. semoga mereka semua tabah disana.. mudahkan urusan dan sabar..

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D