Kalau semua duk kecoh pasal mangga asam boy, N pula sibuk dengan buah apple asam boy. N ni jarang beli mangga muda. Selalu makan bila orang bagi. Jadi oleh kerana dah lama tak dapat buah mangga, N pun gantikan dengan buah apple fuji (rasa macam rugi nak beli mangga muda :P). Dah potong terus masukkan asam boy. Tutup bekas dan goncangkan.
Lebihan makan malam tadi N bawa bekal ke office. Asam boynya tak masukkan sekali sebab dah cukup rasa. Mertua cakap kalau dapat apple hijau lagi sedap sebab apple hijau rasanya masam ala-ala macam mangga gitu. Takperlah mak, nanti N beli apple hijau ye :D
Makan sekali dengan breakfast pagi ni fries dan ayam left over malam tadi :D
Asam boy yang N guna pakai untuk apple asam boy ni warnanya putih. Kalau yang merah kata orang kedai tu rasanya masam masin. Yang putih ni masam, masin dan manis.
Selamat breakfast :D
ReplyDeleteAsam boy pepagi.. wow..
sedapnya breakfast..
ReplyDelete