Semalam masa balik kerja N dengar puisi yang didendangkan oleh DJ favourite N Kak Fafau, Farah Fauzana HOTFM.
Puisi yang dibacanya taklah sehebat seperti karyawan negara tapi perkara yang dia cuba sampaikan tu memang melekat kat jiwa N.
Sampaikan air mata bergenang dan jatuh mengalir kat pipi. N tak boleh bayangkan perasaan keluarga penumpang dan juga cabin crew.
Mesti perasaan mereka bercampur baur. Resah gelisah, takut, sedih dan macam-macam lagi.
Ditambah pula dengan pelbagai spekulasi dan andaian masing-masing terhadap kehilangan MH 370.
N rasa bersyukur kerana masih berada di sisi keluarga yang dicintai.
Marilah kita berdoa agar MH 370 ditemui dengan kadar segera dan terjawab seribu satu soalan yang bermain di minda.
Lets pray for MH370.
sebut MH370 pun kite dah sebak..bila baca puisi or sajak berkaitan mmg meleleh air mata.
ReplyDeleteqema : aah.. sedih la
ReplyDelete