Minggu lepas ramai orang yang baru mengerjakan haji dah selamat tiba pulang ke Malaysia. N pun tak lepaskan peluang untuk menyambut salah seorang jemaah haji. Sebenarnya N tak kenal pun siapa orangnya sebab N ikut mertua je. Tapi perasaan teruja tu tetap ada. N respect juga la kat makcik ni sebab dia pergi sorang sorang. Dalam hati kesian pun ada sebab tiada teman samada suami ataupun anak..
Bila fikir-fikir.. Agaknya dah tua nanti macam ni lah yang akan terjadi. Kalau suami dah takder, anak pun dah kahwin tak mustahil hidup akan jadi sunyi tanpa teman.. Gila jauh meleret pemikiran N ni.. Huhu..
Sampai sana terus lepak makan minum kejap sebab flight dari sana belum tiba lagi. Tapi orang yang menunggu sangatlah ramai sampaikan guard kat situ pun marah. Bukan marah menunggu tapi marah sebab orang yang menunggu tu betul betul berkumpul depan laluan keluar gate. Jadi orang yang baru lepas check out susah la nak keluar gamaknya.
Tak ingtlah berapa jam tunggu.. Tapi terasa agak lama la juga. Baby asy pun mengada ngada plus keaktifan dia yang terlampau memang menguji kesabaran semua orang. Dan dia pun sempat pau maktok dia kitkat choc ball sebab ruang menunggu tu betul betul depan kedai yang jual pelbagai jenis makanan ringan. Huishh bahaya sungguh. Bila N masuk, N mampu tengok sambil telan saliva.. Mahal ko harganya. Dah nama pun kat airport kan. Mertua yang awalnya teringin nak masuk kedai chocolate pun tak jadi nak masuk sebab takut baby asy meroyan minta bukan bukan..
Lepas dah menyambut dan salam salam makcik tu kelihatan terharu sambil mengalirkan air mata.. Seronok tengok makcik tu. Tertunai hasrat dia untuk menunaikan haji walaupun seorang diri. Baby asy pula, dari sampai hingga la balik memang excited. Seronok dia dapat naik walking elevator tu.. N pun teruja sebab dah lama tak ke airport.. Hopefully lepas ni bila ke sana bukan nak hantar or menyambut tapi N sendiri yang nak naik flight pergi bercuti.. Doa doa kan la ye you all.. Lama dah tak g bercuti :)
memang respectlah..pergi sorang2 jer..alhamdulillah kan tertunai jgk niat dia nak g haji.
ReplyDeleteOwh..block laluan.
ReplyDeleteMemanglah guard marah kan?
Dah cemane orang nak kluar:)
Macam tu agaknya bila akak tua nanti:(
ReplyDeleteHopefully anak-anak temankan kalau asben dah xde.
alhamdulillah dah balik dengan selamatnya. semoga kita semua dimurahkan rezeki untuk dijemput menjadi tetamu-Nya di sana
ReplyDelete