About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Wednesday, October 8, 2014

NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR 9 October 2014

Esok bersamaan dengan 9 October 2014 ada gangguna bekalan air berjadual... Ohhh tidak. Takder air memang susah. Tetiba je teringat awal tahun baru-baru ni. Siksanya nak angkut air tak payah cakaplah. Nak mandi pun siap kena catu.. Huhuhuuu.. N baru je masuk website syabas. Ni N copy and Paste dari Syabas... Cuba tengok tempat you all kena tak??


NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL DI WILAYAH SEPANG, HULU LANGAT, PETALING DAN GOMBAK


KENYATAAN MEDIA
SIARAN SEGERA
7 OKTOBER 2014

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan terdapat beberapa kawasan di Wilayah Sepang, Hulu Langat, Petaling dan Gombak akan mengalami gangguan bekalan air sementara akibat kerja-kerja pembaikan kecemasan di saluran paip air mentah oleh Konsortium ABASS Sdn Bhd di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih, dan pada masa yang sama pihak SYABAS melaksanakan empat (4) kerja menaiktaraf sistem bekalan air di kawasan berkenaan. Kesemua kerja tersebut telah diluluskan oleh Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Berikut merupakan tarikh perlaksanaan kerja-kerja tersebut:-

1.       SEBAB-SEBAB GANGGUAN
Kerja-Kerja Pemasangan Injap Kekupu 1500MM Pada 'Tee-Off' dari Jajaran 1800MM 'Outlet' Kolam Imbangan Semenyih

TARIKH/MASA GANGGUAN
9 Oktober 2014 (Khamis), 9.00 pagi hingga 9.00 malam.

KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT 

Senarai bentuk karangan sampai juling nak baca, ikut arahan bergambar kat bawah untuk cari kawasan anda. Ctrl + F je terus dari blog N ni okay. Sambil baca arahan sambil buat ikut arahan :D. Tak payah masuk syabas website sebab N dah copy paste semua dari sana ke entry ni.. wink wink..

NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR 9 October 2014

Wilayah Sepang
Bandar Baru Salak Tinggi; IOI; MARDI; Suria Tropika; D'Alpinia; Jenderam Hilir; 16 Sierral Sungai Buah; UNITEN dan Depoh Minyak.

Wilayah Petaling
Bandar Bukit Puchong; Bandar Putra Permai; Bukit Puchong; Bukit Serdang;     Bukit Serdang 5 - 8; Kota Perdana; Lestari Perdana; Meranti Puchong; Lestari Puchong; Perindustrian Bukit Serdang; Pinggiran Putra; Pusat Perdagangan Seri      Kembangan; Saujana Puchong; Serdang; Serdang Lama; Serdang Perdana;     Serdang Raya; Taman Puchong Utama; Sri Andalas; Sri Kembangan; Sri          Serdang; Taman Bukit Serdang; Taman Puncak Jalil; Taman Equine;           Keseluruhan Batu 13 dan Batu 14 Puchong; Taman Universiti Indah; UPM;       MARDI; Taman Serdang Utama; Taman Jinma; Taman Dato Demang; Pasar         Borong Selangor; HOSPITAL SERDANG; R&R Serdang Arah Utara dan Selatan;       Plaza Tol UPM; Plaza Tol Sungai Besi KL - Seremban; Plaza Tol LDP R&R Air Hitam Puchong; Plaza Tol LDP Puchong Selatan; Lestari Putra 1 hingga 5;         ASTRO bukit Jalil; Desaminium; Puchong Gateways; Lestari Permai; Prima       Tropika; Taman Alam Putra dan Pusat Latihan Standard Charted Sungai Besi - Bukit Jalil.

Wilayah Hulu Langat
Seksyen 1 hingga Seksyen 4 Bandar Baru Bangi; Seksyen 6 hingga Seksyen          10 Bandar Baru Bangi; Seksyen 15 dan 16 Bandar Baru Bangi; Bandar Sri    Putra; Taman Impian Putra; Taman Bangi Villa; Taman Bangi Indah; Bandar         Bukit Mahkota; Pekan Bangi Lama; Kampung Bangi; Rumah Murah PKNS   Bangi; Bangi Estet; Kampung Aman Bangi; Taman Permai dan Taman Sri        Bangi, Bangi Lama; Taman Angsana, Bangi Lama; Taman Wawasan Seksyen               14; Kampung Teras Jernang; Desa Mahkota Bangi; Mutiara Bangi Seksyen 2;               Taman Jernang Jaya; Kawasan Perindustrian Bangi Seksyen 13; Taman Tasik               Semenyih; Universiti Nottingham; Perumahan Jalan ke Pekan Broga; Bandar               Rinching Seksyen 2 hingga 4; Kampung Rincing Hilir; Kampung Kuala         Pajam; Kampung Jalan 6 Kaki, Beranang; Kampung Sungai Kembung Hulu         & Hilir; Kampung Batu 5 Bangi Lama; Kampung Sungai Purun, Semenyih;      Taman Dalma dan Taman Impiana, Semenyih; Plaza Tol Semenyih, LEKAS;         Kawasan Perindustrian Batu 1 dan 2; Tiara East, Jalan Broga; Semenyih     Indah; Semenyih Mewah 2 dan 3; Taman Desa Serdang; Taman Bukit Gita        Bayu; Jalan Dagang, Taman Sungai Besi Indah; Mines Resort; Bluewater      Estate; Kilang Berhampiran Minlon; Pangsapuri Heritage Mines; KUIS;    Agensi Nuklear Malaysia; Institut Genom Malaysia; Kampung Bahagia, Bangi Lama; UKM MTDC; Bangi Avenue, Bangi Lama; Plaza Tol Bangi,     Lebuhraya KL-Seremban; Taman Impian Putra; Taman Bangi Indah;               Kampung Teras Jernang; Taman Permai; Kompleks Mahkamah Syariah,        Balai Polis BB Bangi, Balai Bomba Bangi, Sekolah Integrasi Bangi, Bangi       Utama Shopping Complex & Kawasan Komersil Medan Bangi; Pekan Bangi          Lama; Taman Bangi Villa; Taman Sri Bangi; Bangi Golf Resort; UKM   Lingkungan 1 dan 2; Taman Universiti; Taman Vista Emas Sungai Tangkas;      Alam Sari; Jalan Selamat, Jalan Masjid, Jalan Dato Dagang, Jalan Dusun,          Jalan Selamat, Jalan Imam Kg Sg Ramal Dalam; Pusat komersial Seksyen 8 & 9; Kajang Impian; Desa Surada dan Jalan Abim Sungai Ramal; Kolej Darul    Hikmah; Taman Berjaya Baru Sungai Chua; Taman Bidara, Sungai Chua;       Taman Sepakat Indah; Taman Kajang Mewah; Seksyen 5 Tambahan; Taman Berjaya; Taman Berjaya Baru; Taman Pasir Emas; Taman Taming Emas;               Kampung Baru Cina Sungai Chua; Taman Semarak; Taman Kajang Raya;      Taman Desa Kekwa; Taman Bidara; Taman Koperasi LLN; Taman Putra    Kajang; Taman Kajang Indah; Kawasan Perindustrian Selaman & Miel Bangi,         Seksyen 10 BB Bangi; Kampung Sungai Tangkas dan Seksyen 4, 5 dan 15         Tambahan, Bandar Baru Bangi.
             
2.       SEBAB-SEBAB GANGGUAN
Kerja-Kerja Penggantian Injap 600MM di Jalan Chan Chi Moi, Setapak Wilayah Gombak

TARIKH/MASA GANGGUAN            
9 Oktober 2014 (Khamis), 9.00 pagi hingga 9.00 malam.

KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT

Wilayah Gombak
Air Panas Setapak; Hospital Columbia; Jalan Semarak; Taman Danau Kota; Taman P.Ramlee; Taman Desa Gombak; Langgak Bukit; Kampung Padang Balang; Kampung Puah; Kampung Bandar Dalam; Taman Prima Setapak; Kampung Sungai Merali; Jalan Genting Kelang; Jalan Langkawi; Jalan Pahang dan Batu 3 hingga 5, Gombak.

Para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan berlakut. SYABAS berharap pengguna yang terlibat dengan gangguan sementara ini akan bersabar dan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut; sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS; dengan menaip PUSPEL, dan hantar ke 39222. Informasi ini juga boleh diperolehi dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my; www.twitter.com/puspel dan ’facebook’ dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’.

Harap maklum.

PRISCILLA ALFRED DHARAN
Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam

-----------------------------------------

Tempat anda kena??.. Tempat N nasib baik tak kena.. :D

3 comments:

  1. Mujurlah kawasan akak tak kena juga :) Thanks for the info.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah syukur x kene...anyway thanks share..klu x sy pun x tahu hihi

    ReplyDelete
  3. bersabarlah warga selangor

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D