mamanya haruslah ambil leave untuk jaga baby sorang ni. Awal pagi semalam dah nak bersiap ke tempat kerja tapi husband minta ambil leave sebab baby asy ni tak sihat dan siap muntah masa N tengah mandi.
Dengan hati yang sangat berat N pun baringlah sebelah baby asy. Bukan tak sayang anak, tapi bila mengenangkan semalam ada tiga kelas pagi dan petang N agak keberatan nak ambil leave. Well, memang dilemma betul bagi seorang ibu yang bekerja macam N ni. Tanggungjawab bukan sahaja dalam rumah tetapi di tempat kerja juga. Dua-dua pun penting dalam hidup N, sebab kalau N tak kerja, banyak lagi masalah lain bakal timbul.. huhu
** Baru lepas mandi dan sebelum muntah untuk kali ke berapa ntah..
Nak taknak N terpaksa juga ambil leave dan pesan kat officemate untuk pembatalan kelas. N memang tak gemar bila berhadapan dengan situasi macam ni sebab tak mustahil ada juga student yang takkan dapat info pembatalan kelas sehinggalah mereka sampai ke kolej. Macam N lah tu, dulu N selalu terkena. Memandangkan N tak duduk satu tempat dengan rakan kelas, asal kelas batal je mesti N tak tahu.. Bila sampai kelas, kelas kosong.. Huhhh..
Dari pagi sampailah tengah hari baby asy duk muntah je walaupun minum air seteguk. Tapi N tak risau sangat sebab baby asy muntah kahak. Memang elok muntah kahak ni dan N pun agak terkejut sebab kahaknya sangat banyak. Banyak mana dia muntah, banyak tulah kahak dia.. Wowww... Senang betul kahak keluar.. Tapi mungkin sebab ubat yang doktor bagi juga kot. Pagi (4 pagi) sebelum nak g kerja kononnya pun husband dah bawa g hospital Klang. Katanya kat sana ada 2-3 orang patience je. Kat Shah Alam ni bila ntah nak ada hospital, nama je bandaraya tapi hospital takder.. sedih lorr, tengok budget baru-baru ni pun tak cakap pasal hospital shah alam... Apa cer? Common la, penduduk ramai tapi kemudahan bukan tak cukup, tapi takder. Nak bergantung kat klinik, mana ada klinik gomen 24 hours. Kalau ada saper yang tau drop komen ye :D
Second time bagi makan ubat lepas makan nasi tapi tu pun dah petang sikit. Tengah-tengah sakit pun siap aktif main dengan budak yang mak jaga.. Kekadang confius rasa dengan budak sorang ni. Sakit ke??? tapi aktif semacam je tengok.. Hurmm tapi eloklah dari dia duk benyek je atas tilam, lagilah risau kan.
N pula dah3-4 hari dah sakit-sakit tekak, selsema dan batuk sikit-sikit. Tapi still on kelas kelmarin. Suara malu-malu meow pun N redah je, tapi seksa betul nak kawal suara rock macam sekarang ni. Nasib baik hari ni dan esok takder kelas, bolehlah N relakkan tekak untuk kelas Jumaat ni..
Anyway, you all. Doakan baby asy supaya sembuh cepat ye :D
semoga baby ash cepat sembuh..dan N pun, kena cover diri tu sebelum terjangkit
ReplyDelete