About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Saturday, May 17, 2014

Serai Restaurant

Salam Sabtu you all. Cuti-cuti ni pergi mana yaa.. Jom pekena Restoran Serai.

Nasi Goreng Kampung + keropok ikan + timun + satay ayam 2 batang + carrot timun jeruk

Serai Restaurant Paradigm

Gambar kat atas ni Nasi Goreng Kampung siap ada dua batang satay ayam. Sedap sehingga menjilat pinggan.. Nyumnyum.. Haruslah jilat pinggan kalau tak rugi, harga sepinggan pun RM20++.

N boleh melopong je bila tengok harga kat menu sambil telan-telan air liur. Tetiba je terus kenyang. Jangan pelik ya you all, N ni memang jarang-jarang makan kat tempat yang mahal-mahal. Ni pun pergi dengan parents. Kebetulan diaorang lalu kat tempat kerja, terus diangkutnya N ke Paradigm untuk lunch.

Dalam kepala otak dah berlegar-legar jenis-jenis restoran yang ada kat sana.. Dah tentulah semuanya $$$$$ kecuali fast food burger king yang N selalu attack. Sekali makan RM6.35 sen aje. Siap set air, fries dan burger lagi. Boleh je kenyang sampai tak larat nak bangun.. huhu

Tapi parents N memang jenis tak kisah makan kat mana. Dan Serai tu salah satu restoran favourite mereka. Kalau nak tunggu N pergi sendiri memang taklah jawabnya.. Suasana kat dalam restoran ni memang best. Deco pun cantik. Memang sesuai sangat dengan harga..

Kalau you all rasa nak memanjakan diri bolehlah pergi Restoran Serai ni. Tak silap N kat tempat lain pun ada cawangan restoran Serai ni.. Cubulah google ye.. Makanan jangan risau, sebab rasanya tip top meletop kebaboom poket.. hehe

3 comments:

  1. my sis pun cakap sedap restoran tu! kalau harga mahal dan sedap mahu baling pinggan je...since sedap mau jilat pinggan tu..hehehe have a good weekend N!

    ReplyDelete
  2. Hi....cakap pasal restoren SERAI ni saya baru je upload gambar2 masa pegi sini baru2 ni di www.blogmakanbest.blogspot.com
    Memang best makan sini. Senang2 tu singgah la yer blog saya topik pasal makan je 100% hehe...dan nanti jangan lupa follow yer TQ TQ TQ

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D