About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Wednesday, June 11, 2014

19 sebab kenapa cuti sekolah best..

Perghh.. Seronoknya jadi budak sekolahkan. Cuti pertengahan tahun lama benar sampai 19 hari okay. Memang cuti sakan la depaa. Boleh cuti sampai lebam ko.

Okay, apa yang best pasal cuti sekolah ni walaupun N dah tinggalkan bertahun-tahun lamanya. Sempena cuti  sekolah 19 hari sekarang ni,  kat sini N ada 19 sebab kenapa cuti sekolah best :D

1. Jalan raya lengang bagi orang yang bekerja macam N.. Yehaaa Jalan aku yang punya..

2. Sales cuti sekolah sana sini. Masa nilah nak beli keperluan sekolah.. Murah murah.. MakPak nangis kena keluar $$$$ Kling kling kling

3.  Melancong. Bawa keluarga jalan-jalan, asyik duk office dan sekolah siang malam.. Kena lapangkan sikit minda dengan aktiviti baru di luar.

4. Balik kampung. Melawat atuk nenek kat kampung.

5. Luang masa dengan keluarga. Masa nilah nak duduk dapur dan buat cake dengan mak. Takpun g padang main bola dengan ayah.

6. Jumpa sanak sedara. Jalan-jalan cari makan :P kat rumah sedara.

7. Jumpa rakan-rakan lama. Hang out sama-sama, tengok wayang dan makan-makan.

8. Jimat. MakPak tak payah keluarkan duit belanja sekolah. Cumanya kena masak sebelum keluar kerja :'(

9. Tak payah fikir uniform sekolah. MakPak or budak sekolah tak payah pikir nak basuh baju, jemur dan seterika uniform.

10. Tak payah fikir kasut sekolah. Lega sebab tak perlu nak basuh kasut, cari tempat nak jemur kat mana supaya kering dan kapur :D

11. Boleh main game sepanjang hari takpun sampai lebam biru hijau kuning coklat dan jingga.

12. Buat majlis. Masa sekolah semua orang busy. Bila cuti sekolah bolehlah plan for event. Birthday, Doa Selamat, House warming, Akikah and etc..

13. Tidur.. Zzzzz.. Tak payah bangun pagi-pagi buta, boleh bangun lambat.. hehe

14. No more snozzzzz alarm clock. Budak sekarang guna HP je kan untuk alarm clock??

15. No more perhimpunan.. Hikhikk.. Tetiap pagi ada perhimpunan.. penat la berdiri je.. huhu

16. Boleh bercuti dari jumpa cikgu subjek XXX yang garang tu..

17. Yeee takder homework. Tiap-tiap hari kalau sekolah ada homework, menimbun-nimbun sampai mak kena buat sekali. Tapi bila cuti dah takder homework hari-hari sebab cikgu bagi sekali je bila nak cuti panjang :D.. Tapi kalau balik ke sekolah tak siap, satu rotan.. huhu

18. Tak tertinggal bas sekolah dah.. hehe.. 

19. Tak payah nak berebut beli makanan kat kantin.. Huhu tensi betul tengah-tengah perut berkeroncong, beratur boleh pula tak nak pendek..

Ni takwim Penggal Persekolah Tahun 2014 di Malaysia untuk tatapan u all..

Takwin Penggal Persekolahan Malaysia


Takwin Penggal Persekolahan Malaysia


2 comments:

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D