About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Thursday, June 12, 2014

HUAWEI Ascend P7 for selfie lover :D

Hai u alll... Tengah hari semua. Apa yang best hari ni? Berbunga-bunga rasa N sekarang ni. Adakah sebab mamat handsome kat gambar bawah ni. Ahaaa mestilah, nama pun manusia. Kalau lelaki suka tengok pompuan cantik dahi licin, hidung mancung, bermata redup, kulit cerah dan berlesung pipit.. haa panjang ko.. Yang pompuan pun sama juga, mestilah suka tengok mamat handsome kacak bergaya dan berstyle. :D

HUAWEI Ascend P7

Tapi sory la cik abang dalam gambar kat atas, N bukan nak citer pasal u pun. Yang N excited adalah dengan produknya... HUAWEI Ascend P7

Untuk u all yang baru nak kenal dengan N, satu benda yang u all kena tau. N memang gila dan kaki gambar. Cumanya kebelakangan ni je gambar tak banyak sebab tak banyak aktiviti yang N buat. Asyik ngadap PC je kat office kalau takder kelas.. N ni takder la gila sangat bergambar sampaikan duk ngadap PC pun nak snap kan.. serius boleh buat orang lain tensi ko.. 

HUAWEI Ascend P7
HUAWEI Ascend P7 - 8MP BSI Front Camera

Apa yang menarik minat N pasal HUAWEI Ascend P7 ni ialah kegunaan kamera dia yang best. HUAWEI Ascend P7 ni sangat sesuai untuk kaki selfie sebabnya MegaPixel dia yang tinggi untuk front camera. 8MP untuk kamera depan sangat hebat ok.. Bukan kata jerawat, liang roma pun boleh nampak.. hehe over pula.. Kebanyakan HP lain, kamera depan paling besar pun 2MP/3MP. N memang suka kalau MP besar sebab gambar kelihatan lagi real.

HUAWEI Ascend P7
HUAWEI Ascend P7 - Panorama Selfie

Siap ada panorama selfie lagi. Jadi lepas ni kalau nak amik gambar pemandangan, kita pun boleh selit sekali.. alolo.. bestnya

HUAWEI Ascend P7
HUAWEI Ascend P7 - 13MP Rear Camera

Main kamera pun boleh tahan. Kalau dah front camera pun boleh sampai 8MP yang belakang semestinya lagi besar 13MP. Besar ni. Pasni tak payah jinjing kamera dah weii

HUAWEI Ascend P7
HUAWEI Ascend P7 - Low-light Performance

Pastu siap ada tapis infrared blue glass untuk mencantikkan lagi gambar, warna dan juga objek walaupun dalam keadaan yang gelap atau kurang cahaya. Bukan saja untuk main kamera, rear camera pun ada sekali.. wala waa

HUAWEI Ascend P7
HUAWEI Ascend P7 - Ultra Snapshot

Ultra Snapshot.. Haaa yang ni mungkin untuk tangkap gambar objek yang bergerak laju.. Bagus ni, takkan terlepas moment-moment penting. Boleh guna untuk tangkap gambar anak yang tak reti nak duduk diam-diam, gambar dah tak kabur dah. I hate blur piccas

HUAWEI Ascend P7
HUAWEI Ascend P7 - Creative Photo Editing and Sharing

Then boleh buat simple editing such as the watermarking, audio tagging and camera filters.

HUAWEI Ascend P7
HUAWEI Ascend P7 - Ultra Power Saving Mode

Selain dari kebolehan kamera yang sangat ohsemm, HP kamera lover mestilah ada keupayaan untuk jimatkan tenaga sebab picture taking consume a lot of energy.. U know wat i mean ehh..

HUAWEI Ascend P7
HUAWEI Ascend P7 - Thermal Gel Cooling System

Dan tak lupa thermal gel cooling system. Sistem ni boleh menyejukkan CPU HP yang mana mengelakkan tenaga terbuang dan memastikan HP tersebut sejuk di tangan semasa bergambar atau main game.. N selalu bergambar dan kalau tengah tak ingat dunia, HP mogok memanaskan badan.. huhu

Best la HP HUAWEI Ascend P7 ni. Kalau ada duit sure N rembat satu dan review kat sini camera function dia.. Nak satu.. Kawan-kawan tolong la N menabung iklan Nuffnang supaya N dapat beli HP ni.... :D

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D