About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Friday, July 11, 2014

Menabung untuk Palestin

Salam Jumaat.. Semua rakyat Malaysia sihat-sihat?? Tapi apa khabarnya sahabat di Palestin? N rasa sebak la tiba-tiba. Bila blogwalking semua orang bercerita tentang Palestin.. Boom sana sini, mati sana sini.. Jumlah dari hari ke hari makin meningkat..
 
Dengan gambar-gambar yang sangat menghayat hati. Tipulah N cakap kalau N tak amik peduli. Sedih dengan apa yang terjadi. Tak sangka zaman sekarang ni pun perang masih terjadi. Ramai orang yang tak bersalah jadi mangsa kekejaman. Bila tengok kanak-kanak dan bayi yang terkorban, terus teringat anak yang ada kat rumah. Bergenang terus mata ni.

N sangat terkilan lagi-lagi perkara yang tak dingini ni berlaku di Bulan Ramadhan. Allah bukan saja duga mereka dengan menahan lapar dan dahaga tapi lebih dari tu.. Bila fikir balik, beruntungnya N duduk di atas bumi Malaysia yang tak ada serangan-serangan seperti di sana. Bersyukur dengan segala dugaan yang Allah bagi kat N, sebabnya ia tak sebesar seperti yang Allah turunkan kepada mereka di Palestin. Kalau terjadi kat N, wahhh tak dapat bayangkan. Tak tertanggung rasanya penderitaan..

Di hari dan bulan Ramadhan yang mulia ni jom lah kita ramai-ramai menabung.. RM1 pun jadi la kawan-kawan. Tapi kalau RM1 pun tak mampu, jangan lupa untuk berdoa untuk kesejahteraan mereka. Mudah-mudahan Allah perkenankan semua doa-doa kita untuk mereka yang sedang berjuang di sana..



Bahan bacaan yang anda mungkin nak baca:

13 comments:

  1. semoga palestin mencapai kemenangan

    ReplyDelete
  2. Allah lindungilah saudara kami di sana, dengan kuasaMu, tumbangkanlah Israel lakantullah

    ReplyDelete
  3. Sedih sangat-sangat kan. Kalau kita berada ditempat mereka. Tak lena dan senang..sentiasa ketakutan. Dekat manalah nak sembunyi..Ya Allah. Kita doakan, moga kemenangan milik ISLAM.

    ReplyDelete
  4. Allahuakbar ... Ya Allah, bantulah mereka2 yang dizalimi ... Berilah kemenangan kepada mereka ...

    ReplyDelete
  5. semoga nasib mereka terbela.dan mereka.terus kuat menentang kekejaman zionis..

    ReplyDelete
  6. tahniah
    http://coratcoretpinkummi.blogspot.com/2014/07/peserta-bertuah-untuk-segmen-24-jam.html?m=1

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D