About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Wednesday, April 2, 2014

Malu sebab Mak tak berharta, patut ke??

Apa nak jadi dengan orang zaman sekarang. Dengan Mak sendiri pun nak rasa malu. Malu sebab Mak tak berharta, dah meningkat usia pun masih duduk rumah sewa. N ingatkan perkara ni hanya berlaku dalam filem-filem. Tapi ianya berlaku dalam hidup realiti. Ini bukanlah omong kosong.

Tergamaknya seorang anak malu dengan maknya sendiri kerana maknya tak berharta. Usia dah makin meningkat tapi Mak masih duduk di rumah sewa. Malu tu bercambah bila keluarga suami merupakan keluarga yang senang-senang. N rasa sangat sedih dengan perbuatan anak yang macam ni.

Mana hati dan perasaan anak ketika dia rasa malu. Adakah dia lupa yang selama dia hidup mak dia lah yang bertungkus lumus dan banyak membantu ayah mencari rezeki. Sepatutnya tak ada istilah rasa malu bila Mak tak berharta. Tetapi dia yang sepatutnya malu dengan diri sendiri sebab tak dapat berikan harta dan kesenangan kepada Mak.

Cuba bayangkan seorang mak dapat menjaga tiga orang anak tetapi amat susah untuk seorang anak menjaga seorang mak. Dan cuba kita bayangkan ianya berlaku kepada kita bila kita dah tua. Anak yang ramai mahupun sikit tak boleh nak menjamin keselamatan mahupun kebahagiaan kita di hari tua melainkan kesedaran.

Kesedaran terhadap tanggungjawab seorang anak terhadap kedua ibu bapa.. N tak nak tuding jari kat siapa-siapa.. Saper yang makan cili dialah yang rasa pedasnya. Marilah kita renungkan sama-sama dan jadikan pengajaran..

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D