About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Friday, June 20, 2014

6 Comment setting yang blogger patut tahu

Bila dah ada blog, sangat-sangat penting untuk tahu blog setting. Hari ni N nak tekankan pasal Comment Setting sebab masih ramai yang tak tahu dan tak kurangnya yang malas nak amik tahu pasal topik ni. Tsk tsk.. Tolong jangan sesekali ambil ringan sebab comment setting ni pun merupakan penentu kepada blog traffik you all. Nak tahu macam mana boleh kait rapat.. Haa baca entri ni sampai habis ye..

-----------------------------------------------------

6 Comment setting yang blogger patut tahu

Sebelum kat kupas lagi lanjut kena bagitau dulu la lokasi comment setting ni.

Dashboard > Individual Blog Dashboard > Setting > Posts & Comments 

-----------------------------------------------------

6 Comment setting yang blogger patut tahu

Kat bahagian Comment setting ni ada 6 perkara yang tertera.

1. Comment Location / Lokasi kotak komen

a) Embedded : Kotak komen akan tertera sekali dengan entri. Pengunjung boleh terus komen.
b) Full page : Satu tab akan dibuka khas untuk pengunjung komen. N tak suka style macam ni sebab N tak suka buka banyak tab dalam satu masa dan susah nak rujuk balik entry bila terlupa entri tu pasal apa.. huhu short term memory loss..
c) Pop-up Window : Satu window kecil dibuka untuk pengunjung komen. N guna yang ini. Sama macam Full page cumanya lagi kecil dan senang nak rujuk balik entri komen tersebut dan juga pangkah setelah habis komen. Contoh kat dalam gambar bawah ni.
d) Hide : Pengunjung tak boleh tulis komen. Tapi kalau sebelum hide memang dah ada komen, komen takkan hilang kalau you all tiba-tiba hidekan kotak komen. Nak tunjukkan balik komen-komen tersebut, tukar je setting a, b atau c.

Pop-up window KapasPutih & Visitor Identity
Pop-up window KapasPutih & Visitor Identity

2. Who can comment / Siapa boleh komen

a) Anyone : Sesiapa sahaja boleh tinggalkan komen. Contoh kat dalam gambar atas (Choose an identity)
b) Registered user : Berdaftar sahaja.. Daftar kat mana?? N tak tahu la pula bab ni
c) User with google account : Sesiapa sahaja yang ada akaun google
d) Only member of this blog : Follower sahaja boleh komen

Nak pilih yang mana?.. N prefered a) Anyone.. Sebab apa?? Sebab semua orang boleh bagi pendapat dan kongsi ilmu tak kira la daftar or tak, follower or tak ataupun ada akaun google or tak. Selain tu boleh bagi kebaikan kepada blogger sendiri mahupun pengunjung. Kebaikan daripada segi backlink. Pengunjung sangat gemar tinggalkan backlink supaya mereka dapat tingkatkan traffic blog mereka dan bila pengunjung suka mereka akan datang lagi dan meningkatkan traffik empunya blog. Cuba bayangkan kalau you all terbaca satu entri yang menarik dan tak boleh nak bagi pendapat.. Best tak rasa?? Tak kan. Geram dan gatal je jari nak bagi pendapat dan nak kongsi pengalaman.

Backlink yang ditinggalkan bukan sahaja akan di klik oleh empunya blog untuk kunjung balas tetapi akan diklik juga oleh pengunjung lain yang tertarik dengan komen yang dibaca. Macam N ni, kalau tengok ada komen yang membina kat blog orang lain, automatik jari ni terus klik nama/backlink pengkomen tersebut untuk tengok kehebatan blog beliau pula.. hehehe  hehe..

3. Comment Moderation / Pengubahsuaian komen

a) Always : Setiap komen yang ditulis oleh blogger lain akan disimpan dahulu sebelum empunya blog baca dan approve untuk siarkan. Kelebihan guna style ni, senang untuk monitor semua komen yang ditulis. Terutamanya kepada blogger yang famous amos. Bolehlah tapis dulu takut ada pengunjung or haters yang busuk hati tulis perkara-perkara yang tak sepatutnya untuk tatapan umum. Cara ni juga menyenangkan blogger untuk kunjung balas ke blog pengunjung yang datang komen.
b) Sometime : Sekali sekala.. Kadang-kadang.. N kurang paham yang ni. Sama macam Always kot
c) Never : Setiap komen yang ditulis oleh pengunjung akan terus disiarkan.. N guna yang ini dan suka blog lain yang guna style macam ni sebab lepas tulis N boleh view terus komen yang N tulis. Pernah juga tersilap tulis, nasib baik boleh view terus, jadi boleh delete dan tulis yang baru.. :D

Comment Moderation

-----------------------------------------------------

6 Comment setting yang blogger patut tahu

4. Show word verification / Pengesahan komen

a) No : Pilihan semua blogger termasuklah N
b) Show : Setiap pengunjung yang tinggalkan komen perlu masukkan huruf/nombor yang dipaparkan untuk membuktikan yang pengunjung bukan robot.. hahha kelakar kan. Tapi yang ini penting untuk elakkan SPAM comment dari orang yang menggunakan automatic random comment software (robot) or seangkatan dengannya untuk dapatkan traffik ke site mereka. AMARAN: Kebenaran yang you all kena tahu especially NEWBIE, SEMUA BLOGGER TAK SUKA WORD VERIFICATION. Sila alert okay.. 

Nak tau apa yang N buat bila ada blog yang guna style macam ni. Kalau N rajin dan perihatin sebelum masukkan nombor/huruf, N akan edit dulu komen minta empunya blog buang word verification. Tapi kalau N tengah malas dan takder mood, N akan masukkan je la nombor/huruf, publish dan terus pangkah blog tersebut.. huhu sorry yaa.. 

Bukan sengaja, tapi word verification ni boleh hilangkan mood N untuk explore blog tersebut. Kalau kena gambar huruf/nombor yang jelas okay lagi, tapi kalau kena yang tak jelas, sampai tak dapat nak kenalpasti.. Memang boleh mendatangkan kegeraman yang melampau.. Kalau nak left macam sayang kan sebab kita dah tumpukan perhatian baca entry tersebut dan senang hati tulis komen. Nak tak nak mesti akan cuba sedaya upaya kecikkan mata kenalpasti nombor/huruf sampai pernah repeat banyak kali.. huhu kasihan N masa tu..

Contoh word/number verification source google image
Contoh word/number verification source google image.

5. Show Backlink / Paparan link pengunjung

a) No : Setiap pengunjung yang datang komen tidak akan didedahkan linknya.
b) Show : Memaparkan backlink / link pengunjung yang datang komen. Empunya blog kenalpasti dan mengesan pengunjung yang tinggalkan komen. Lagi lanjut sila rujuk pasal Backlink kat atas (Perkara no 2).

Backlink and message to visitor

6. Comment from message : Boleh tulis apa-apa sahaja mesej yang ingin disampaikan kepada pengunjung yang nak tinggalkan komen. Contoh kat dalam gambar atas..

-----------------------------------------------------
Tutorial & Ilmu blog yang lain:

6 comments:

  1. Macam kenal je yang sorang ni miahahaha!!

    ReplyDelete
  2. ok.10q for the info..at last jumpa juga setting yg kena cek dulu bfore approve..cewah..bajet blogger femes pulak aiii.ngaa

    ReplyDelete
  3. thanks awak ingatkan saya :) i appreciate :)

    ReplyDelete
  4. Thanks Sis N. Baru tadi dok tengok. Apa fungsi tu semua..:)

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D