Pernah makan tak biskut airskrim.
Biskut bujur yang dilekatkan dengan gula bentuk aiskrim.
Sekarang biskut kegemaran N tu diturunkan ke generasi seterusnya iaitu Baby Asyraf.
Baby Asy suka betul makan, tapi bukan biskutnya. Sekali gigit, dia gigit yang bahagian gula aiskrim je.
Biskut yang sedap tu dia suap masuk mulut N. Heii sabar je la.
So, kalau dia makan aiskrim gula je memang lepas ni N takkan beli dah. Tak eloklah baby makan gula banyak sangat.
Baby ni suka hati dia je, makan selang seli dengan twist potato beli kat pasar malam.
Sedap hingga menjilat jari.
Kejap makan duduk, kejap berdiri dan sambil-sambil tu tengok TV.
Yang ini bukan duduk, ini cangkung. Nampak macam baby raksasa tengah kelaparan.. kiri kanan tangan pegang biskut..
No comments:
Post a Comment
Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D