Inalilla..
N baru dikejutkan dengan berita buruk dari student petang tadi. Khabarnya ada seorang student kemalangan di Lebuhraya Damansara Puchong.
Umurnya baru 23 tahun, muda lagi.
Kemalangan berlaku disebabkan pelajar itu sendiri yang menunggang motorsikal melanggar bucu kanan belakang lori.
Siasatan polis mendapati lori yang rosak tu tak meletakkan sebarang tanda kepada pengguna jalan raya.
Peringatan kepada semua orang yang membaca, sekiranya you all mengalami sebarang masalah di atas jalan raya pastikan you all letak tanda ataupun double signal supaya pengguna jalan yang lain akan perasan kenderaan you all yang rosak tu. Peringatan ni sangat penting terutamanya untuk kenderaan yang tidak bergerak mahupun bergerak perlahan.
Kalau perkara yang kita boleh cegah tu, cegah awal-awal. Kalau dah jadi apa-apa, nak nyesal pun tak guna. Nyawa tak boleh bawa main-main atau di ganti dengan apa-apa..
Sedihnya N, setahun lepas kami duduk dalam kelas dan belajar tapi hari ni semuanya tinggal kenangan.
Mari kawan-kawan Al-Fatihah buat arwah.
No comments:
Post a Comment
Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D