About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Monday, March 10, 2014

What we should do... MH 370

Kehilangan MH 370 merupakan satu tragedi yang besar. Sedang hangat diperkatakan di seluruh dunia.

Semua negara luar kini menumpukan perhatian kepada Malaysia. Baik yang tak kenal Malaysia, sekarang dah kenal.

Banyak muka depan surat khabar di Malaysia sendiri mahupun luar negara bercerita pasal kehilangan MH 370 yang sangat misteri.


N ingat lagi dua hari lepas, setiap satu jam ataupun setengah jam ada je berita perkembangan MH 370 menerusi TV3.

Sangat kusyuk mendengar dan tak sabar nak tahu perkembangan sampai terlupa cerita apa yang N tengok.

Banyak betul spekulasi dan andaian dalam kepala otak ni.

Pelik rasa, macam manalah kapal terbang sebesar tu boleh hilang dari radar.

Banyak perkara yang boleh berlaku di luar jangkaan manusia.

Perasaan nak tahu tu membuak-buak..

Tapi yang lagi terkilan ialah keluarga mangsa yang terlibat. Masing-masing buntu dan menangis.

Kita sebagai warganegara Malaysia, marilah kita memberi sokongan yang penuh dan berdoa agar MH 370 berada dalam keadaan yang selamat tak kiralah di mana saja ianya berada.

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D