About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Tuesday, March 25, 2014

Misi MH 370 belum berakhir.. Kotak Hitam

Yer betul.. Walaupun Datuk Seri Najib Razak dah umumkan malam tadi yang MH 370 terakhir dikesan di Lautan Hindi tak bermakna pencarian berakhir di situ.

Penemuan objek-objek yang dikesan satelit inilah yang menjadi titik permulaan untuk mencari MH 370 dan ia merupakan harapan baru untuk bertemu dengan MH 370.

Sekiranya MH 370 terhempas amat mustahil untuk menemui jasad dek kerana ketinggian penerbangan. Tetapi itu semua kuasa Allah. Kalau Allah nak temukan juga macam-macam petunjuk yang kita akan dapat.

Tetapi kita masih ada harapan untuk mengetahui apa yang berlaku kepada MH 370 melalui kotak hitam yang ada dalam MH 370. Walau apa pun yang terjadi kotak hitam tersebut mungkin masih ada kerana ianya tahan lasak. N berharap sangat yang kotak hitam tersebut ditemui dengan segera kerana jangkat hayat kotak hitam tersebut amat terhad.

Dengan penemuan kotak hitam tersebut, semua persoalan dapat terungkai.. Al-Fatihah kepada semua krew dan penumpang MH 370

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D