About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Monday, March 24, 2014

Traffic burden will never be decrease..

Ohh traffik.. Orang kata kalau cuti sekolah ni jalan lengang sebab mak bapak tak payah hantar anak ke sekolah. Tapi benda tu semua tak betul. Buktinya pagi ni N masih tersekat dalam ribuan kenderaan atas jalan raya. Bila semua ni nak berakhir??

Jalan paling lengang waktu musim sekolah adalah di penghujung cuti sekolah. Masa tu la mak bapak amik cuti bawa anak-anak semua makan angin.

Tapi bila dah mula sekolah keadaan kembali seperti sedia kala. Jemmmmm panjang berjela. Alangkah indahnya kalau duduk kat kawasan yang tak banyak kenderaan. :D

Kempen berkongsi kereta N pernah amalkan masa officemate N berkerja. Kami duduk di tempat yang lebih kurang dekat. So kami ke tempat kerja sama-sama. Jimat minyak, tol dan dapat mengurangkan traffik. Tapi bila dia dah berhenti N kembali solo ke tempat kerja. Menempuh jem sorang-sorang sangat menyakitkan hati.

Tapi penigkatan kadar kenderaan di atas jalan raya boleh menaikkan ekonomi daripada segi jualan kenderaan. Bila dah ada kereta jualan minyak pun meningkat sebab nak gerak kena ada minyak. Tapi tak sampai kat situ yer sebab bila dah isi minyak mesti nak keluar jalan-jalan. Tol, makan-makan, shopping dan makan angin. Haaa nampak tak macam mana kenaikan kadar kenderaan merangsang ekonomi negara..

Tentang ekonomi tu memang la happy tapi tang traffik tu tak best langsung.. huhu

Kadar traffik susah nak berkurang sebab menurut maklumat kat sini bagitau kenaikan pengeluaran kenderaan sebanyak 2 peratus untuk tahun 2014. Kenaikan kenderaan penumpang sebanyak 12 943 unit dan kenderaan komersil 1 264 unit.

Kawan-kawan.. jom kita aktifkan kempen kongsi kereta.. :' l I hate traffic jem

2 comments:

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D