Dua tahun lepas, N pergi Bon Odori yang dibuat di Stadium Matsushita Shah Alam. Memang dekat sangat dengan rumah.
Baby Asy dalam stroller, baru berapa bulan.
Jalan masuk nak stadium sangat sesak. Masa sampai tu kami berhenti tepi jalan sebab kereta tak boleh masuk. Sepatutnya tepi jalan betul-betul laluan ke stadium tak boleh berhenti langsung tapi memandangkan kami bawa baby kecil dan budak-budak, pengawal keselamatan yang baik hati tu bagi keutamaan kepada kami.
Sementara tunggu Papa cari parking kami berkumpul dulu selepas melepasi pintu masuk.
Makan beramai-ramai.. Segala ceruk stadium dipergunakan dengan sebaik mungkin.
Bangku stadium dan trek penuh dengan orang ramai.
Kat tengah-tengah stadium ada satu pentas dan lampu yang bergantungan.
Dah sampai sana N pergi merayap dengan kakak cari makan. Ada banyak jenis gerai kat sana. Ada yang halal dan ada juga yang non-halal. Kami pergi beli kat Sushi King je.
Berkelah beramai-ramai.. Sepatutnya kene bawa makanan sebab makanan yang jual kat sini agak mahal. First time pergi, jadi kami bawa badan je :D
Masa mula-mula sampai tu tak ramai lagi orang, tapi bila kami duduk berkelah tepi trek tu tetiba orang makin bertambah ramai.. Dari mana entah ramai sangat ni.
Baby Asy tidur..
Baby asy duduk dalam stroller, baru bangun tidur sebab kat stadium ni angin dia lain macam. Walaupun ramai orang tapi angin sepoi-sepoi menyepoi-nyepoi baby asy sampai tertidur.
Baby asy dan N bergambar dengan costume Koala kuning yang besar.
Ni la rupa penuh Koala kuning. Di sebelah koala yang macam model tu adalah my supermama.
Diaorang tengah buat Bon Odori dance..
Jejaka-jejaka dan wanita yang berpakaian pakaian tradisional Jepun, Kimono.
Lagi jejaka dan gadis yang berkimono.
Picture credited to her... Tak tahu sape dia. Dia pun tak der tulis sign "Please dont take my photo". Jadi tak salah kan kalau N post gambar ni..
Belakang kimono memang comel, ada reben besar..
My supermom berlatar belakangkan Bon Odori dance.
Ramai nya manusia memanuhi stadium matsushita shah alam sempena Bon Odori.
Ni pemandangan Bon Odori Stadium Matsushita Shah Alam ketika kami nak berangkat pulang.
so meriah!
ReplyDeleteyurp orang sangat ramai dan event sangat meriah
ReplyDelete