About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Thursday, May 22, 2014

Penangan Slot Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan

Banyak betullah gambar yang ada dalam PC office ni sampai bila nak back up perkara penting siap kena transfer sementara lagu-lagu yang mencecah sampai 16 G ke PC office. Pastu barulah boleh angkut gambar-gambar dan file penting ke dalam external hard disk.

Sementara N tak beli lagi Pendrive baru lagu-lagu tu kene bermastautin la dulu dalam PC. Kalau lagu yang hilang N tak kisah. Janji gambar dan files yang penting tu selamat dengan N. PC ni pun tak tahulah boleh bertahan sampai bila kan. Sebelum jadi apa-apa baiklah kita cegah..

Haaa minta maaflah, panjang nooo mukadimahnya ye. Inilah yang terjadi bila baru nak buka blog, tulah hari ni busy satu hari skodeng external hard disk kan setelah sekian lama tak buka.

You all tengok tak Slot Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan semalam jam 7 TV3? N ingat lepas habis tengok Slot Drama Aku Isterinya yang berakhir kelmarin, N takmo follow mollow dah cerita drama bersiri ni. Tapi mata ni takmo beralih daripada TV.. huhu

Tertengok la pula. Tapi tengok part awal dan hujung sebab tengah-tengah mertua ajak pergi beli santan kat kedai.. hehe.. Dan bila balik siap sempat lagi tengok sampai habis. Cukup la rasa nak tengok episode 1 je, tapi bila dah part hujung bersambung tu.. Alahai.. memang nak kene tengok juga malam ni..

Geram tau, episode pertama ni pun dah catchy tau. Pandai la diaorang ni nak tarik minat penonton tengok lagi.. Terbayang-bayang muka mamat ni bila tengok muka minah yang pegangkan HP mama dia tu.. Terkedu you all.. Sebab tak sangka kot yang minah ni cantik bangat. Sorry la nama pelakon tak ingat pula.

Anyway, N rasa mama Dian ni kan sengaja tinggalkan HP dia sebab berkenan agaknya tengok muka minah ni... hehehee Itu pandangan N la, sebab pelik betul bila Dian nak keluar dari surau dia terjenguk-jenguk minah tu, mungkin dia nak tengok kejujuran minah ni.

Well, jom kita tengok sambungannya kejap lagi jam 7 :D. N nak balik dah, tak sabar nak tengok. Jom tengok ramai-ramai Slot Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan.

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D