About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Thursday, May 22, 2014

External Hard Disk Clean Out

Sejak-sejak Office N kene trippp aritu masa semua orang tengah bercuti buruh, habis kebanyakan PC kat office hancus dibawa ke laut. Kalau ada yang okay pun beberapa buah saja termasuklah N. Tapi baru-baru ni ada PC yang Okay makin lama makin down. IT staff kata disebabkan oleh jangka hayat dia. Dah tua... Tak larat nak berkhidmat dah.

Oleh kerana PC N masih okay, staff yang lain suruh back up sementara sempat sebab yang lain ramai tak sempat nak back up. Dah tiga hari ni asyik la lupa nak bawa hard disk. Hari keempat ni baru berjaya. Tu pun malam tadi punggah bilik cari External Hard Disk.

Nasib baiklah jumpa. Bila buka external hard disk N pagi ni tengok storage free tak sampai 1G dari 80G pun walhal folder yang nak kena back up tu 21G.. Waahaaaa....... Bahaya... Space tak cukup. External Hard Disk ni N beli dah lama, ada la dalam 6-7 tahun yang lepas kat KL Convention Centre masa PC Fair.

Bila dah tak cukup macam ni N kena amik yang mana betul-betul perlu je dan buang data yang tak penting dalam External Hard Disk. Dah buang sikit tapi storage free baru cecah 1.32G.. Hhuhuuuu

Tengah-tengah duk godek tengok apa nak buang, terjumpa la beberapa gambar EX... Hahhhhh masih ada ke?? Hehhh nampak sangat dah lama tak buka kan external hard disk ni. Terus je delete.. Tak kuasa N nak simpan, menyakitkan jiwa dan raga okay. 

Nasib baik dalam bentuk softcopy delete je terus, kalau hardcopy dah lama dah N pijak-pijak enam ratus empat puluh lima kali, tembak sembilan ribu tujuh ratus tiga puluh satu kali..koyak-koyak campur tepung + telur.. Gumpal-gumpal jadi macam meatball dan campak dalam mulut buaya. Kat situ je tempat yang layak untuk dia..

Hahhhh marah betul bunyi... heheheee mintak maap la ye. Ter emosi pula pagi-pagi hari ni bila kenang cerita lama. Dah-dah, buku lama kalau boleh takmo buka dah. Biar dia duduk kat satu tempat dalam diri N ni.

Anyway, banyak benda dan gambar yang best-best dalam external hard disk tu. Siap terjumpa Gambar Pasport ni...

External Clean Out

Hehehee paling faovurite yang budak kecik tu. Tulah N masa kecik. Masa ni buat gambar passport sebab nak ke Singapore tak silap, Papa bawa satu family. Ada urusan kerja. Tahun 85 ke atas sebab gambar N tu mungkin masa umur 2-3 tahun.

Gambar passport ni N scan je, orang dulu mana pakai camera digital lagi :D

Gambar passport yang pakai baju cekelat tu ambik kat studio kedai dan baju hitam tu amik sendiri kat rumah berlatarbelakangkan dinding warna putih. N rasa lagi puas hati kalau ambil gambar sendiri sebab bila kat studio muka N jadi buruk pula.. hehehee perasan cantik la pula.

Dah tangkap gambar then boleh edit je :D

Okaylah, N nak sambung susun atur external hard disk, 20G lagi diperlukann.. helpppp me

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D