About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru Semua..

Di kesempatan ini N takmo lepaskan peluang untuk ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik seluruh dunia.

Apa itu Hari Guru??

Adakah you all semua faham apakah itu Hari Guru. Hari Guru merupakan satu hari yang dikhaskan untuk menghargai segala jasa-jasa dan pengorbanan para-para pendidik. Pada hari tersebut juga ramailah pelajar-pelajar yang akan bagi kad dan juga hadiah kepada guru mereka.

Sedari N sekolah rendah sehinggalah masuk ke Universiti, para pendidik yang mendidik N silih berganti. Ramai tak terkira dan banyak betul pengorbanan yang diberikan oleh mereka untuk mendidik N.

N nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua para pendidik yang pernah mengajar ataupun tidak pernah mengajar N. Andalah pencetus kepada perkembangan pendidikan negara.

Siapakah Guru N??

N ada ramai guru dalam kehidupan N dari kecil sampailah besar. Kenapa N letak title selamat hari guru semua?? Kenapa ye? Sebabnya pada N, Hari Guru bukan saja hanya untuk guru di sekolah. Ibu bapa, mama papa, rakan-rakan, pakcik makcik,  blogger-blogger, kakak abang atau sesiapa sahaja yang mendidik dan mengajar, tak kira la ilmu yang diberi tu kecil mahupun besar semua N anggap sebagai guru.

Selamat Hari Guru you all..

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D